24 ◈

1.1K 133 43
                                    

"Selepas sebulan kita kahwin. Kita cerai. Nanti saya pikir lah alasan nak bagitahu parents saya"

Hati Seulgi menahan rasa sakit apabila mendengar kata-kata Taeyong itu. 'Kenapa perlu bercerai? Tak boleh ke kita bercinta selepas kahwin?'

"Seulgi? Awak setuju tak?" Taeyong melambai-lambai tangannya di hadapan muka Seulgi kerana Seulgi merenung jauh memikirkan tentang hubungan 'fake' ini.

"Huh? Hm ye" jawabnya perlahan. Walaupun sakit, tapi ini saja cara dia untuk rapat dengan Taeyong.

"Okey" balas Taeyong sekilas lalu sambung fokus kepada komputer ribanya yang berlogo buah epal kena gigit tu.

Seulgi bangun dari kerusi dan meminta diri keluar dari situ, Taeyong hanya memberinya isyarat kepala dan Seulgi terus keluar.

Langkahnya lemah akibat hati yang berkecai sekarang ni. Taeyong semalam sweet nak mampus tapi harini dingin je dengan dia. Kenapa?

Sampai saja di meja kerja Seulgi, dia terus menekup mukanya di atas meja sambil membanjiri lengan baju.

Paras air di lengan baju Seulgi semakin meningkat hinggalah ada seseorang menegurnya.

"Eh Seulgi, kenapa ni?" Seulgi mengangkat muka memandang si pemilik suara.

"Hana" dia memeluk Hana. Hana pun peluk dia juga sambil gosok belakangnya supaya reda. Tapi apa yang jadi, semakin ribut disitu.

"Ambil nafas dulu, bertenang. Cuba cerita apa yang jadi" Seulgi pun membuat apa yang disuruh.

Selepas dia tenang, dia ceritakan semua pada Hana.



















◈◈◈◈◈

"Merah jambu? Hm, comel sangat"

"Hijau? Pikir aku rumput ke?"

"Kuning? Not my favorite"

"Putih? Aish, ni bukan kain kapan"

"Hitam? Ingat ni majlis pengebumian ke?"

"Merah? Tak terlalu menggoda ke?"

"Hmm biru?" Hana memandang dress yang berterabur di atas katil. Di lantai pun ada. Dia sekarang sedang memilih baju yang sesuai dipakai untuk dinner malam nanti.

Eh malam nanti? Sekarang dah pukul 6 petang. Doyoung janji nak datang pukul 7 sebentar lagi.

Hana menggeleng kepalanya banyak kali.

"Stop, pilih baju ni je. Dah tak sempat dah ni" dia terus mengambil dress biru itu dan menyaling bajunya, seterusnya siapkan diri.

(Bayangkan ini dressnya)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan ini dressnya)

Pilih baju dah 2 jam. Ni nak tampal make-up pulak. Nasib baik Hana make-up tak over. Kalau tidak, kena tampar tercabut bulu mata.








i want a mama!Where stories live. Discover now