"Jaga cucu kesayangan omma ni elok-elok" pesan puan Kim buat kali terakhir sebelum berangkat ke Jepun bersama suaminya untuk melawat anak sulungnya, Gongmyung.
"Jangan sibuk sangat dengan kerja kat office, anak ni perlu diberi perhatian juga" kali ini pesan encik Kim.
"Baiklah omma appa, Doyoung tahu lah jaga anak Doyoung ni. Sekarang omma ng appa dah boleh masuk flight, nanti terlepas pula. Daehyun salam atuk nenek"
Daehyun buat apa yang papanya arahkan. Doyoung juga berpelukan dengan omma appanya sebelum mereka pergi dari situ.
Setelah mereka berdua pulang dari lapangan terbang. Doyoung terus membawa anaknya balik ke rumah mereka.
Doyoung sebenarnya tak tinggal dengan omma appanya. Semasa hari kerja sahaja dia pergi tinggalkan anaknya ke sana. Sebab dia takut untuk upah babysitter jaga Daehyun. Oleh kerana banyak isu isu babysitter dera anak asuhan mereka, so Doyoung memutuskan untuk bagi anaknya pada orang tuanya sahaja.
Masalah sekarang orang tua Doyoung pergi ke Jepun. Siapa yang mahu jagakan Daehyun? Dia takkan lepaskan Daehyun ke tangan orang lain. Maksudnya, dia tak bagi orang yang dia tak percaya jaga Daehyun. Sebab si Daehyun ni susah nak masuk dengan orang yang dia tidak kenal.
"Daehyun, esok ikut papa ke office nak?"
"Tanak! Daehyun nak pergi rumah nenek!"
Doyoung mengusap kepala anaknya "Nenek ng atok takda kat rumah sayang"
"Nenek atok pergi mana?" Tanyanya dengan penuh innocent.
"Jepun"
"Je pun tu apa??"
Doyoung mengeluh. Anak dia tak faham apa apa pasal negara ni.
"Okay macam ni, esok ikut papa pergi office. Daehyun kena bangun awal, boleh?"
"Boleh tak Daehyun nak bawa atomen, fire truck, poli, didi, nana, am-"
Belum sempat anaknya sebut semua nama mainnya, Doyoung tekup mulut anaknya guna tapak tangan.
"Dah, mandi"
"Boleh bawa koya, tata, cooky, shooky, rj, mang, chim-"
"Yelahhhh bawa je semua, tapi papa taknak tolong angkat"
"Malas mandi!!" Daehyun mencebik.
"No toys!"
Daehyun meregus lalu dia ambil tuala dan dia terus ke bilik mandi "Papa, mandikan!"
"Haa macam ni laa anak papa" terus dia ikut Daehyun ke bilik mandi.
◈◈◈◈◈
"Daehyun!!!"
Daehyun yang sedang gembira sambil nyanyi lagu chewing gum by NCT DREAM dan menyusun mainan yang ingin dibawa ke pejabat papanya itu terhenti apabila papanya memanggilnya.
"Pilih satu dua dah laa. Jangan laa sampai satu kotak"
Muka Daehyun merah drastik seperti hendak menangis.