[No one pov]
Sudah seminggu Doyoung asyik bawa Daehyun ke pejabatnya. Para staff tidak boleh merungut tentang hal itu kerana majoriti staffnya hanya terlibat 5% dalam menjaga si Daehyun dan 95% lagi hanya Cik Jung Hana.
Ada satu hari Hana tidak langsung keluar dari pejabat Doyoung kerana Daehyun ingin Hana menemaninya bermain, makan, ke tandas dan tidur pun nak Hana dodoikan. Sampai tak terbuat kerja Hana.
"Hana, malam ni awak busy tak?" Soal Doyoung pada Hana yang sedang mengemas di mejanya. Sengaja Doyoung keluar semata-mata untuk bercakap dengan Hana. Nak panggil Hana masuk officenya, takut si Daehyun sedar dari tidur. Susah pula nak bawa dia balik kerana dia asyik nak Hana je.
Sekarang sudahpun masuk waktu pulang kerja. Jadi semua staff sedang siapkan kerja-kerja akhirnya sebelum meninggalkan pejabat, sama juga seperti Hana.
"Oh malam? Rasanya tak kot" jawab Hana.
"Malam ni teman Daehyun keluar jalan-jalan?"
Teman Daehyun? Kenapa bukan papanya je yang temankan?
"Teman Daehyun? Jalan-jalan? Emm.. Saya dengan dia je?" Soal Hana dengan riak muka tak percaya dan fake smile.
Doyoung garu lehernya yang tak gatal "Saya pun ikut"
"Ohh"
"Kenapa susah sangat nak terus terang nak ajak aku date, tapi guna nama anak"
"Tengoklah dulu tuan Kim, saya rasa saya penat kot. Saya nak rehat"
"Aish bodoh, yang aku pergi tolak tu kenapa"
"Tapi esok cuti and malam ni ada funfair kat sungai Han"
Hana buat muka acah berpikir.
"Baiklah"
"Okay malam ni saya datang ambil pukul 8"
◈◈◈◈◈
"Papa mama, Daehyun nak cotton candy!! Cepat cepat" kata Daehyun yang berada di atas dukungan Doyoung sambil menunjuk satu gerai gula-gula kapas itu dijual.
Doyoung dan Hana malam ini jadi dayang si Daehyun. Ke mana sahaja Daehyun pergi dan minta, semua perlu ditunaikan. Kalau tidak, mengamuk dia di tengah-tengah pesta ria itu.
Setelah membeli apa yang Daehyun mahukan, mereka duduk sekejap disebuah bangku untuk hilangkan rasa letih.
Doyoung meletakkan anaknya ditengah-tengah antara dia dan Hana.
"Penatnya papa dukung kamu malam ni" keluh Doyoung selepas menyedut jus epal yang dibeli untuk hilangkan dahaganya.
Hana tersenyum mendengar keluhan Doyoung.
"Tuan tak pernah dukung Daehyun ke selama ni?"
"Apa pula tak pernah, saya selalu dukung dia. Tapi tak selama tadi. Lagipun si Daehyun ni makin berat" kata Doyoung lalu mencubit pipi anaknya yang sedang sibuk dengan cotton candy-nya.
Hana menge'o'kan aja kata-kata Doyoung sambil tersenyum melihat dua beranak itu bergurau senda.
"Suap papa sikit gula kapas tu. Aaaaa" Doyoung membuka mulutnya minta disuap dan beberapa saat kemudian gula kapas itu disuap ke dalam mulut Doyoung.
"Aumm, sedapnyaa. Suap mama pula" Arah Doyoung tapi Daehyun bagi gula kapas itu pada Doyoung.
"Kenapa bagi papa?"
"Suap mama" Kata Daehyun. Muka Hana sudah memerah. Mujur sahaja hari sudah gelap. Jadi tak nampak sangat yang Hana sedang blushing.
"Daehyun laa suap mama" balas Doyoung sambil menolak gula kapas tadi kepada Daehyun kembali.