10 ◈

1.3K 133 10
                                    

ps: sebenarnya, Daehyun tu tak boleh nak cakap dengan lancar lagi, author type macam dia boleh cakap dengan lancar sebab author malas nak pikir ayat budak-budak hehehehe. Jadi, bila part Daehyun keluar, korang imagine je dia cakap cam budak umur 3 tahun yang tak reti cakap ye.






[Hana's pov]

Unknown number: macam mana kaki awak?

Aku memandang lama skrin henfon aku. Ada nombor yang tidak dikenali text aku dan tanya pasal kaki aku? Ehh?

Aku pun mula menekan papan kekunci untuk membalas pesanan itu.

Me: siapa awak? Macam mana dapat number saya?

Balasku ringkas.

Beberapa minit kemudian. Henfon aku bergetar lagi.

Unknown number: saya Lee Taeyong, rakan perniagaan syarikat awak. Tadi saya minta number awak ;)

Me: oh, encik Lee. Maaflah, saya lupa hal tadi.

[Saved Encik Lee]

Incoming call from Encik Lee

Eh, kenapa pula main call-call bagai?

Nak angkat ke tidak.

Hm, aku gelengkan kepala aku bila teringat pasal Doyoung yang suruh aku jauh dari Taeyong.

Pelik, Taeyong baik. Kenapa nak jauhkan diri dari dia?

Tanpa pikir panjang. Hana terus menekan butang hijau dan jawab panggilan itu.

"Hana".

"Nae?".

"Macam mana kaki awak?".

"Kaki saya? Hahaa okay je. Encik pun dah tengok tadi kan. Saya jalan okay je. Jangan risaulah encik".

"Saya kena risau lah, kalau jadi apa-apa kat awak. Saya yang kena tanggung sebab awak langgar saya".

Aku tersenyum malu memikirkan hal di office tadi. Kenapalah aku ni clumsy sangat sampai langgar orang? Kenapa aku nak sebak kena tengking dengan Tuan Kim? Aku sepatutnya balas balik, bukannya emo tiba-tiba.

"Haha ada-ada sajalah encik Lee ni" .

"Janganlah ber'encik encik dengan saya. Sekarang kan bukan waktu berkerja. Panggil je saya Taeyong".

Kenapa ayat dia hampir sama dengan Doyoung?

Aku gelengkan kepala lagi. Tak. Tak mungkin mereka dahulu ialah kawan dan sekarang lawan. Macam tak logik.

"Tapi encik Lee-".

"Taeyong".

"Taeyong... ".

"Yes?".

"Saya tak boleh. Saya just pekerja bawahan sahaja".

"Hana, saya nak berkawan dengan awak. Saya tak anggap pun awak seperti pekerja bawahan. Lagi-lagi bawah Doyoung".

Encik Lee ni dah macam takda kawan je nak kawan dengan aku pulak. Tak faham aku.

"Kawan?".

"Ye, saya nak kenal awak lebih rapat lagi".

i want a mama!Where stories live. Discover now