23 ◈

1.2K 143 60
                                    

^^ media di atas comel 😂😂😂


















"Jadi, sudah berapa lama kamu berdua bersama?" Soal puan Lee sambil memandang tajam Seulgi. Seulgi yang hendak menyuap nasi dalam mulut itu terbantut niatnya.

"Baru- "

"Dah nak dekat setahun omma" potong Taeyong, Seulgi menghembus nafas lega dalam diam.

"Kamu betul-betul serius dengan anak saya?" Seulgi cemas, apa dia nak jawab, dia memang suka Taeyong tapi tak tahu serius ke tidak sebab dia tak bercinta pun.

"Ya puan, saya serius cintakan dia" Seulgi bantai saja apa dia jawab, janji selamat.

Puan Lee masih memandangnya dengan pandangan tajam, sampai Seulgi nak bergerak mahu meneguk air pun rasa gerun.

Taeyong yang melihat keadaan Seulgi yang tidak selesa dipandang oleh ommanya begitu terus dia menggenggam tangan Seulgi dibawah meja dan angkat tangan Seulgi lalu menciumnya sekilas.

"Thankyou sayang, saya pun serius cintakan awak" kata Taeyong membuatkan tuan Lee tersenyum.

Seulgi memberi pandangan 'apa-encik-maksudkannya?' Tapi si Taeyong langsung tak faham pandangan itu. Dia hanya fikir, Seulgi sedang berdebar sekarang ni.

"Awak, dah dah lah soal mereka macam-macam, tengoklah makanan dalam pinggan diorang. Sikitpun tak tersentuh lagi tu" puan Lee mengangguk faham. Dia juga berasa puas apabila melihat anaknya dan 'bakal menantunya' menunjukkan bahawa mereka berdua saling mencintai.

"Baiklah, omma harap kamu..." dia pandang Seulgi. "...tak sakiti anak omma ni. Sebab dia satu-satunya permata yang kami miliki. Dan sekarang, permata kami akan dijaga oleh pemilik baru. Itu sebabnya omma risau sangat soal jodoh anak omma ni".

Seulgi tersenyum nipis, tangannya masih digenggam oleh Taeyong.

"Jemputlah makan, dah lewat ni. Lepas ni, kamu berdua jangan pergi merayap mana-mana. Terus balik rumah. Faham? Kalau nak buat apa-apa tunggu kawen dulu" Pesan tuan Lee tetapi ada sedikit gurau dihujung kata, Taeyong dan Seulgi mengangguk faham. Tapi muka diorang dah merona merah. Mungkin faham maksud tersirat tuan Lee?

[ps: Taeyong tak tinggal dengan parents dia ya]

◈◈◈◈◈

"Emm Seulgi"

"Hmm?"

"Thanks for tonight" Seulgi hanya menganggukkan kepalanya. Dia membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta. Taeyong juga melakukan perkara sama dan dia mendekati Seulgi.

Seulgi memandang Taeyong pelik.

"Kenapa?"

"Saya cuma nak cakap, goodnight?" Seulgi ketawa kecil. Kenapa bos dia ni? Buang tabiat ke?

"Goodnight" balas Seulgi sambil ketawa. Tapi kali ni bukan ketawa betul. Ni macam ketawa buat-buat. Dia rasa sedih bila nak balas ucapan itu.

"Saya masuk dulu lah encik Lee" kata Seulgi apabila suasana mereka janggal. Tak tahu nak cakap apa lagi. Jadi Seulgi meminta diri untuk masuk ke rumahnya.

Seulgi pusingkan badan dan mula mengatur langkah.

"Kejap!" Seulgi berpaling semula kearah Taeyong.

"Ya?"

"Awak setuju dengan rancangan omma saya?"

"Hmm encik Lee, saya rasa kita patut cakap benda ni esok jelah. Dah lewat ni. Tak elok jiran-jiran saya nampak nanti" Taeyong mengangguk faham.

i want a mama!Where stories live. Discover now