11 ◈

1.3K 121 24
                                        

[Hana's pov]

Cafe Mad City

"Tuan Kim, kenapa datang sini?" aku menyoal tuan Kim yang berjalan di hadapan aku. Tak pernah-pernah aku lihat dia jejak kaki di cafe ini sejak aku berkerja dengannya. Dan harini ialah hari pertama dia masuk ke cafe ini.

Mungkin? penghantar bunga itu dia?

Haish, takkanlah.

Dia berhenti di hadapan aku dan berpaling mengadap aku.

"Tak boleh ke saya tukar selera saya?"

Tukar selera? Okaylah, terima jugalah alasan tu.

Lalu, dia ke kaunter untuk memesang. Aku mengekorinya dari belakang dan turut pesan makanan aku.


Selepas membuat pesanan,

"Berapa semua?" Soal Doyoung kepada penjaga kaunter.

"Semuanya 33 ringgit" balas penjaga kaunter itu dengan senyuman. Doyoung pun mengeluarkan kad debitnya untuk membayar.

"Eh tuan, saya boleh bayar sendiri" kataku, si penjaga kaunter dan tuan Kim pun pandang aku. Apa pandang-pandang? Nak gadoh ke?

"Takpa, harini saya belanja"

"Tapi tua-"

"-saya bayar" sebelum aku habiskan ayat, Doyoung terus bagi kad debitnya pada penjaga kaunter tu.

Haish, pikir aku takda duit ke? Buat malu je.

Selepas membuat bayaran, kami berdua menuju ke satu meja yang berada di sudut tepi cafe itu.

Kami berdua duduk bertentangan dan tidak lupa juga kejanggalan kami disitu.

"Tuan, terima kasih sebab bayarkan tadi"

"Hmm sama sama" balasnya tanpa memandang aku. Malah sibuk dengan fonnya.

Tak lama kemudian, makanan kami sampai.

Baru sahaja suapan pertama nak masuk dalam mulut kami, ada seseorang datang menegur.

"Boleh saya join kamu berdua?" Aku dan Doyoung mendongak melihat orang itu.

Lee Taeyong.

"Encik Lee?"

Hujung mataku, aku dapat menangkap Doyoung memutarkan bola matanya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Doyoung kasar.

"Makan? Err, takkan lah aku nak main bola kat sini" balas Taeyong lalu dia melabuhkan punggung di sebelahku.

Btw, Doyoung pilih meja yang berkerusi dua tapi panjang di sudut tepi cafe. Satu kerusi panjang itu boleh duduk dua atau tiga orang. Jadi, sebab tulah Taeyong duduk sebelah aku.

Doyoung pun pandang sekeliling.

"Meja kosong banyak lagikan, kau pilih kat sini kenapa?" Soal Doyoung geram. Sampai makanannya pun dia tolak tepi dulu.

"Sebab aku nak lunch dengan Hana" balas Taeyong sambil memandang aku dengan senyuman manis.

Aku blushing.

"Hana, saya yang hantar ros tu".

Oh? Ros.

"Encik Lee yang hantar? Saya ingat siapalah. Nasib baik saya tak buang dalam tong sampah tau sebab takda nama penghantar" balasku dengan dengan nada gurauan.

"By the way, terima kasih bagi bunga" sambung aku.

"Sama-sama".

"Eleh, setakat bunga. Aku boleh bagi" bebel Doyoung seorang diri sambil mengacau kasar bibimbab dia. Geram sangat dahtu.

i want a mama!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang