9 ◈

1.3K 140 57
                                    

"Jadi tuan Kim, saya setuju untuk beli saham syarikat tuan sebanyak 20% dengan semua syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh dua-dua pihak antara kita" kata encik Lee Taeyong selepas semua perbincangan yang telah dilakukan.

Sebenarnya Doyoung amat berpuas hati dengan perbincangan dua-dua belah syarikat ini. Tapi ada benda yang membuat Doyoung tidak suka untuk berkerjasama dengan Taeyong.

Lirikan mata dan pandangan yang Taeyong berikan kepada Hana membuatkan Doyoung mahu bangun dan batalkan sahaja projek antara syarikat ini.

"Tuan Kim? Ada apa-apa yang mahu ditambah?" Soal Moon Taeil, setiausaha Taeyong.

Doyoung lupakan dahulu perasaan geramnya terhadap Taeyong seketika. Dia angguk dan menjawab pertanyaan Taeil.

"Takda, saya serahkan 20 peratus saham syarikat saya kepada syarikat Lee. Saya harap kita dapat berkerjasama" ujar Doyoung sambil tersenyum paksa. Dia melihat Taeyong yang asyik memandang Hana membuatkan hatinya membara.

"Kalau begitu, perbincangan kita setakat sini sahaja. Semua boleh bersurai. Terima kasih atas kerjasama kedua-dua pihak" ujar Jaehyun selaku pengacara mesyuarat.

Kemudian, semua bersurai selepas mengucapkan terima kasih. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan Doyoung ingin menumbuk sahaja Taeyong sekarang ini.

Taeyong ke tempat duduk Hana dan bercakap dengan Hana. Hal ini membuatkan hati Doyoung amat membara.

"Hana, boleh saya minta nombor awak?" Soal Taeyong sambil tersenyum manis.

"Kenapa encik nak nombor saya pula?" Soal Hana kembali sambil dia mengemas fail-fail kerja dan hendak keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Supaya senang saya nak text awak nanti"

Hana terdiam, kenapa pula encik Lee nak text dia? Pelik ni.

Tiba-tiba Doyoung berdiri di tepi Hana.

"Masuk pejabat saya sekarang!" Arahnya pada Hana. Hana cepat-cepat angkat fail-fail itu selepas meminta diri dari Taeyong.

Sebelum Hana jauh dari Taeyong. Taeyong memegang pergelangan tangan Hana supaya berhenti.

"Kejap, give me your number" kata Taeyong yang masih cuba berlembut.

"Tapi-"

Taeyong bagi henfonnya pada Hana.

Hana mengalah juga kerana ingin cepat ke pejabat Doyoung. Jadi dia terus masukan nombornya ke dalam iphone X milik Taeyong.

"Thankyou darling"

"Err apa apa jelah, mujur kau ni pemegang saham syarikat tuan Kim. Kalau tidak dah lama aku tendang keluar tingkap" monolog hati Hana sebelum keluar dari situ.







◈◈◈◈◈

"Saya taknak awak ada kaitan dengan Lee Taeyong!"

Terhinjut bahu Hana akibat tengkingan Doyoung.
Masuk saja pejabat, fail yang berada di tangan Doyoung dibaling di atas meja. Tangannya dimasukan dalam poket seluarnya.

"Bil-"

"Jauhkan diri dari dia!"

"What?! Tuan Kim saya tak dekat pun dengan dia"

Doyoung memutarkan bola matanya keatas.

"Sekarang memang tak! Lepas ni, siapa tahu. Jadi saya warning awak. Jauhi dia"

Hana makin tidak faham dengan apa yang diperkatakan Doyoung sekarang ni. Jauh dari Taeyong? Sejak bila mereka rapat?

Ini mungkin juga Hana tidak perasan dengan renungan yang Taeyong berikan padanya sewaktu mesyuarat tadi. Hanya Doyoung sahaja yang melihat gerak geri Taeyong. Itu membuatkan Doyoung lebih berhati-hati.

i want a mama!Where stories live. Discover now