7 ◈

1.4K 184 33
                                    

Sebenarnya saya taknak update lagi ni sebab part sebelah tak cukup target. Saya target 10 votes dulu, baru nak update. Tapi tulah, ada yang mahu update, jadi ini saya update ikhlas untuk yang betul2 menunggu chapter seterusnya 💞💚

So enjoy 💕🌱


◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈







"So macam mana meeting kita dengan syarikat encik Lee minggu depan?" Soal Jaehyun, pekerja Doyoung dan juga merupakan sahabat kepada Doyoung.

"On, sebab aku rasanya tak sibuk dah minggu depan. Omma ng appa aku balik ahad ni. Bolehlah tinggalkan Daehyun kat sana"

"Bagus-bagus. Aku dah tak sabar nak gabung dengan syarikat dia. Aku tak sangka syarikat besar macam dia nak beli saham syarikat ni"

"Ohh jadi kau nak kata syarikat aku ni kecik jela?"

"Oops! Aku tak kata apa-apa. Kau yang cakap" balas Jaehyun sambil jongketkan keningnya.

Doyoung menghempas tangannya atas meja.

"Kalau syarikat aku ni kecil, tak femes. Takda maknanya orang sombong macam dia nak beli saham kita tau tak? Aku dah kaji semua pasal syarikat dia dan dia sekali. Dia hanya bergabung dengan syarikat ternama je"

"Woww boss! Tak sangka kau lepas bercinta dengan secretary sendiri boleh jadi bijak macam ni" usik Jaehyun membuat Doyoung tersenyum, tapi berubah serius balik.

"Aku tak bercinta dengan dialah. Aku memang bijak azali" Doyoung mula membelek helaian-helaian kertas atas mejanya. Acah sibuk.

"Tch, tak bercinta konon. Tapi bila nampak je cik Jung. Senyum sampai ke telinga" kata Jaehyun lagi dan membuat Doyoung tersengeh. Dia sedang bayangkan wajah cik Jung dalam mindanya.

"Mengaku jelah hyung, kalau bercinta tu"

"Aku tak bercintalah. Aku just happy nampak dia layan Daehyun macam anak sendiri"

"Jadi kau tak suka dia? Takda perasaan kat dia?"

Doyoung diam.

"Okay kalau macam tu, aku ada peluanglah. Memandangkan dia ada sifat-sifat keibuan. Aku rasa sesuailah dia jadi ibu kepada anak-anak aku" usik Jaehyun membuatkan Doyoung merengus kasar.

"Kalau kau tak ganggu aku satu hari tak boleh eh? Pergi buat kerja kau sebelum aku potong gaji kau" kata Doyoung dengan nada serius tapi bergurau saja.

Jaehyun tergelak. "Sekarang aku nak pergi mengorat cik Jung. Ini kau tak boleh potong gaji aku sebab aku tak ganggu kau. Bye cau dulu" dia terus bangun dari kerusi dan menuju ke pintu.

Selepas dia memulas tombol pintu dan ingin keluar "Oh cik Jungggg!"

"Jaehyun"

"Uncle Jeffrey!"

"Daehyun!!!"

Dia terserempak Hana dan Daehyun yang ingin masuk ke pejabat Doyoung selepas Hana membawa Daehyun keluar lunch dan menapau makanan untuk Doyoung.

Jaehyun pandang Doyoung lalu smirk. Doyoung pandang Jaehyun dengan pandangan tajam.

Kemudian Jaehyun pandang Hana dengan senyuman gatal.

"Cik Jung, awak free tak malam ni"

Hana buat muka pelik. Dah kenapa si Jaehyun tiba-tiba tanya dia free ke tak.

"Saya-"

Belum sempat Hana menjawab. Doyoung dah buka mulut.

"Takda! Malam ni cik Jung dah janji dengan Daehyun nak keluar dinner"

Jaehyun senyum mengusik.

"Daehyun ke kau yang janji keluar dinner " katanya dengan nada mengusik. Lalu terus keluar dari situ. Doyoung dan Hana sama-sama blushing.

Daehyun berlari ke meja papanya lalu naik atas riba Doyoung.

"Keluar dinner dengan mama? Daehyun takda janji pun. Tak baik tipu uncle Jeffrey" kata Daehyun mencebik sambil pegang pipi papanya.

Doyoung tersenyum melihat telatah anaknya, bijak.

"Papa tipu sunat je"

"Tipu apa tu?"

"Tipu untuk kebaikan"

"Ohh"

Hana meletak bungkusan makanan atas meja Doyoung. Doyoung harini busy sangat siapkan dokumen untuk meeting minggu depan dengan syarikat ternama tu hinggakan makan pun tak sempat. Jadi Hana tolong tapaukan nasi untuk Doyoung.

"Tuan Kim, ni ada sikit makanan saya beli untuk tuan. Makanlah kalau dah tak busy. Saya keluar dulu".

"Oh, terima kasih Hana. Hmm by the way, sorry lah pasal tadi, saya tipu Jaehyun. Saya cuma taknak dia keluar malam ni sebab senang nak call dia untuk bincang hal projek"

Hana tersenyum kelat.

"Taknak Jaehyun keluar sebab projek ke cemburu? Ceh. Tapikan, kenapa dia perlu cemburu? Dia tak suka aku".

"Tak apalah tuan Kim. Saya faham. Saya nak pergi sambung kerja ni. Saya keluar dulu lah ya. Daehyun, mama keluar dulu"

Daehyun melambai ke arah Hana selepas itu mereka berbalas 'flying kiss'.

"Bye mama"

"Bye Daehyun"

"Aku pun mahu flying kiss juga" monolog Doyoung sambil bersabar supaya tak cemburu dengan anak sendiri.

i want a mama!Where stories live. Discover now