3 ◈

1.7K 178 14
                                    

[Hana's pov]

Selepas sahaja aku mendengar Daehyun panggil aku mama baru. Aku rasa kaki aku ni lemah.

Kenapa Daehyun sayang buat mama macam tu? Tahu tak mama ada crush kat papa mu.

"Hmm, tu anak je suka aku. Papa dia tak sukakan aku" gumamku sambil berjalan ke dapur office untuk buat air.

Sambil aku berjalan, aku terbayang yang aku dapat kawen dengan Doyoung sebab anaknya nak aku jadi mama dia.

"Haishhh! Cubalah jangan berangan. Aku ni pekerja dia je, jangan berangan nak jadi bini bos" kataku sambil mengetuk kepala aku. Auw~

"Kan, apa guna kalau nikah tanpa cinta" tiba-tiba aku masam mencuka. Tapi tangan masih bergerak buatkan kopi dan susu untuk Doyoung dan anaknya.

"Jadi, aku kena buang perasaan ni. Kalau boleh jangan jatuh cinta dengan orang yang takkan sukakan kau balik"

Aku kembali tersenyum. Tapi fake.



"Hana" aku berpaling pada pemilik suara itu, Jun.

"Ini roti yang bos pesan. Kau bawa masuk sekali dengan air ya" katanya, aku angguk saja sebab ini kerja aku sebagai SU bos. "Aku sambung kerja aku dulu".

"Dhe"

Aku kena kuatkan diri untuk jumpa crush eh bos dan anak dia itu sekali lagi pada pagi ini.


Aku sampai depan pintu bilik bos, aku menarik nafas panjang sebelum mengetuk. Dulang yang diisi dua gelas air dan satu pinggan roti itu aku minta Yoonji bawakan.

Selepas tiga ketukan, Doyoung menyuruh aku masuk.

Aku melangkah ke dalam ruang pejabatnya lalu terdengar suara budak menjerit "Mama!!".

Aku nampak reaksi Yoonji pelik dengan budak itu.

"Tuan, pesanan tuan dah siap" kataku lalu aku menyuruh Yoonji masuk dan letakkan dulang tadi di atas meja kecil yang ada dalam bilik itu.

Daehyun datang hampiri aku "Mama, papa kata dia kasi Daehyun jumpa mama kalau Daehyun tak nangis"

Yoonji membulat matanya apabila dengar Daehyun memanggil aku mama.

Aku senyum saja dengar Daehyun bicara. Comel sangat. Sebenarnya aku tak tahu nak balas apa. Kalau lebih lebih nanti kena marah dengan bos.

"Yoonji, kamu boleh keluar" arah Doyoung dan Yoonji mengikut arahan.

"Daehyun, pergi makan dulu" arah Doyoung lembut kepada anaknya. Anaknya menggeleng "Nak cakap dengan mama".

Sumpah aku tak tahan. Agaknya muka aku dah merah tomato dah ni sebab malu dan gembira. Tapi gembira hanya sementara sebab aku dah tekad taknak ber'crush dengan orang yang tak akan suka aku aka bos aku.

"Baiklah, cik Jung. Tolong temankan dia makan"

"Tapi tuan saya ada ker-"

"Saya bos ke awak bos?"

Aku memutarkan bola mataku keatas. Inilah orang pangkat besar. Sikit sikit siapa bos sikit sikit nak mention pangkat. Erhh!

"Baiklah"

"Jom Daehyun, saya temankan awak makan"

"Yeyyy! Mama temankan" soraknya gembira. Tiba tiba dia pimpin aku ke sofa. Kami berdua duduk di sofa itu dan aku dapat rasakan pergerakan kami diperhatikan oleh tuan Kim.

"Kenapa tak makan lagi?" Soalku.

"Daehyun tunggu mama suap!"

What? Nak suap bagai? Aduhai. Ini nasib baiklah papa dia tengok. Kalau tak dah lama aku tinggal. Hmm, tapi kesian juga si Daehyun ni. Aku dapat tahu yang mak dia meninggal semasa lahirkan dia. Mesti dia nak sangat jumpa mak dia sekarang ni kan. Sebab tulah dia berkelakuan begini.

Mungkin juga dia panggil semua perempuan 'mama'? Boleh jadi ni. So, aku jangan berangan.



Selepas beberapa suap roti dan setengah susu dia habiskan.

Aku mula berbual dengan dia sampailah aku tercakap "Daehyun, janganlah panggil akak mama. Akak masih muda tau".

Tapi aku tak tahulah perkara ini membuatkan Daehyun sedih.

Tapi, betul laa aku cakap aku muda. Aku tak kawen lagi. Nak gelarkan diri ni makcik? Memang taklaaa. Aku tak tua lagi nak digelar macam tu.

"Um Dae-"

"Huaaaaaaa!"

Alamak.

"Daehyun??" Doyoung bangun dari kerusinya dan datang memeluk Daehyun.

"Sayang kenapa nangis ni" Daehyun nangis tanpa hiraukan soalan papanya.

"Cik Jung, kenapa anak saya nangis?"

"Sa-sa-saya tak tahu tuan" aduh bodoh kenapa aku gagap.

"Shh dah dah sayang jangan nangis" pujuk Doyoung lagi, tapi Daehyun tetap nangis.

"Ma..ma.. "

"Kenapa mama?"

Jantung aku berdebar kuat, kalau Daehyun kata aku yang buat dia nangis macam mana? Kalau aku kena buang kerja macam mana? Dah laa aku baru kerja sini 3 bulan. Janganlah pecat aku lagi, gaji kat sini lumayan kot.

"Ma..ma.. "

Doyoung pandang aku tajam.

"Apa awak buat kat anak saya?"

"Tuan saya mintak maaf, saya just suruh dia panggil saya kakak" jawabku sambil memandang lantai.

"Haish, kau ni. Tak faham perasaan budak ke?"

Wow, ini first time tuan Kim ber'kau aku.

"Saya betul betul minta maaf tuan" kataku lagi.

"Sekarang kau pujuk dia balik. Aku stress kerja, janganlah buat suasana kat sini tak tenang"

Aku dapat rasakan cecair panas bertakung di tubir mataku. Aish kenapa aku pula yang nak nangis ini.

"Baiklah" aku dekat dengan Daehyun dan tariknya dalam pelukan.

"Daehyun, saya minta maaf. Saya gurau je tadi. Maafkan lah saya, saya dah takda kawan lain yang secomel Daehyun ni. Janganlah nangis" pujukku, akhirnya Daehyun berhenti nangis.

Aku menghela nafas lega.

"Daehyun nak mama" sekarang air mata aku pula yang membasahi pipi. Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku kena marah dengan tuan Kim, atau aku akan dibuang kerja?

"Mama nangis?" Aku cepat cepat sapu air mataku apabila Doyoung memandang aku.

"Taklah tsk. Saya gembira sebab Daehyun maafkan saya" tipuku sambil tahan dari menangis lagi.

"Mama tak buat salah pun, Daehyun suka mama" Daehyun peluk aku dengan lengannya yang kecil itu. Aku tersenyum dan balas pelukannya.

"Dah, sekarang habiskan breakfast ni dulu ya"

"Baiklah mama!"
















i want a mama!Where stories live. Discover now