28 ◈

1.9K 153 64
                                    

"Appa, omma jaga diri elok-elok, kalau Hana ada masa. Hana datang jenguk appa omma" kata Hana selepas dia memeluk kedua ibu bapanya.

"Kamu pun jaga diri kamu, jaga makan minum, jaga kesihatan. Faham?" pesan ommanya, Hana mengangguk faham.

"Dan kamu Doyoung, jagakan anak appa ni. Jangan bagi Daehyun adik sebelum kamu berdua kawin" gurau appa Hana, membuatkan pipi Doyoung dan Hana membahang malu. 

"Itu tak boleh janji" monolog Doyoung sambil tersengih memikirkan apa yang bakal dia dan Hana lakukan apabila ada waktu terluang.

"Tapi Daehyun nak adik!" tegas Daehyun kepada atoknya. 

"Aish, boleh boleh. Daehyun kena sabar dulu ya" pesan atoknya sambil mengusap kepala budak itu. Daehyun mengangguk faham. 

"Daehyun nak satu.. dua.. tujuh.." dia mengira jarinya. Haish comel.

"127? wah, mesti meriah rumah kita nantikan awak, sebab cucu kita ramai" gurau atoknya dengan isteri kesayangannya. Tapi isterinya hanya senyum nak taknak je dengan gurauan itu.

"Pandainya anak papa mengira, siapa ajar ni?" Soal Doyoung apabila Daehyun sudah ada atas dukungannya.

"Jeff-jef-fe-ri..." sebutnya perlahan-lahan. 

"Jeffrey? Ish Jaehyun tu, mengira pun tak pandai ada hati nak ajar anak orang" kata Doyoung membuatkan Hana tergelak. 

"Apa awak ni, mengata kawan sendiri. Tak eloklah, nanti anak awak ikut"

"Yela... Kitorang bertolak dulu tau" Kata Doyoung, dia terus salam dan peluk appa Hana, bila giliran omma Hana, dia ingin bersalam tapi tak berani, jadi dia tundukkan badannya untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Daehyun, salam atok nenek" Daehyun mengikuti sahaja kata ayahnya. Daehyun dipeluk dan dicium oleh appa Hana, tetapi dengan ommanya, Daehyun hanya mampu bersalam. 

Kesiannya cucu tuan dan puan Kim. 

"Kitorang pergi dulu. Selamat tinggal" ucap Hana dan Doyoung selepas sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

"Selamat tinggal" balas omma dan appa Hana sambil melambai kepada mereka.

"Hati-hati memandu" tambah appa Hana.

Sejurus itu, Doyoung mula menekan minyak dan keretanya meluncur di atas tar.





Dalam perjalanan pulang, Hana merenung sahaja di luar tingkap. Daehyun pula sudah ketiduran setelah dua jam perjalanan. 

"Sayang" Doyoung meletakan sebelah tangannya atas tangan Hana. Sebelah lagi tangannya mengawal pergerakan stereng.

"Hm?" Hana memandang Doyoung.

"Apa yang awak fikirkan?" Soal Doyoung, matanya tertumpu di jalan raya.

"Takda pape, saya termenung saja" 

"Hana, saya tahu awak ada fikirkan sesuatu. Bagitahulah saya" kata Doyoung lembut. Lalu Hana menggenggam tangan Doyoung erat.

"Saya cintakan awak..."

"Saya pun cintakan awak"

"Tapi saya takut Doyoung, saya takut omma tak restu hubungan kita" kata Hana dengan sedikit nada sedih. 

"Jangan risau sayang, saya pasti appa awak berjaya pujuk omma nanti" 

"Macam mana kalau tak? Apa kita nak buat? Doyoung, saya tahulah perangai omma saya tu macam mana, sekali dia kata tidak. Sampai bila bila dia takkan menjadi ya"

"Sayang, bagi omma awak masa. Saya yakin dia akan restu hubungan kita" kata Doyoung untuk memujuk Hana. 

"Tapi..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

i want a mama!Where stories live. Discover now