21 ◈

1.1K 128 51
                                        

"Happy birthday Kim Daehyun!" ucap Hana selepas sahaja Daehyun meniup empat batang lilin yang diletakkan atas kek red velvet itu. Lalu Hana memberi satu kucupan di pipi kanan Daehyun yang berada atas dukungan Doyoung.

"Terima kasih mama Hana" balas Daehyun riang. Dia gembira sangat dapat jumpa mama Hana pada hari lahirnya yang ke-empat ini. Sebelum ini, tiada wanita yang bergelar mama di hari lahirnya kecuali semasa hari kelahirannya.

Walaupun sambutan hanya kecil-kecilan, tapi itu sudah membuatkan budak itu cukup gembira dan rasa disayangi oleh keluarganya dan mama Hana.

"Tengok sini sayang, kita ambil gambar dulu" mereka bertiga memandang kamera dan butang snap ditekan.

"Comelnya anak papa" Doyoung mengusap kepala anaknya membuatkan rambut yang disikat rapi itu serabai sedikit.

"Papa mama, bia Daehyun ambilkan gambar papa dan mama pula" Hana dan Doyoung tiba-tiba blushing dan menolak pelawaan anaknya.

Tapi Daehyun tetap nak juga, dia mengambil henfon Doyoung lalu dia suruh papanya berdiri rapat rapat dengan mama Hana.

"Sedia, say cheese"

"Cheese"

[I've been walking with the cheese, that's that queso]

"Papa, peluk lah mama"

"Papa, cium mama"

Ha, yang part peluk tu, buatlah juga walaupun macam ais mereka berdua tu janggal. Tapi yang part cium tu, nak buat dan taknak buat kena pikir 127000 kali.

"Papa cepatlah"

"Ye baiklah, papa buatlah ni"

Daehyun tersenyum puas melihat Doyoung mencium pipi Hana.

"Tapi papa, nenek kata, kalau cium bibir lagi romantik, papa ni tak romantik macam atok lah" kata Daehyun membuatkan Doyoung dan Hana blushing teruk. Sampai tak boleh pandang muka sesama sendiri.

Lalu Doyoung mendapatkan anaknya dan dukung.

"Ni mesti pernah tengok atok cium nenek kan?" Daehyun angguk.

"Haish, omma ng appa ni nak kena ni ajar budak bukan-bukan" dia menyepit hidung anaknya dengan jari.

"Auch sakit laa papa!"

"Siapa suruh nakal sangat"

"Mana ada nakal. Papa juga yang nak cium mama" Doyoung cepat-cepat menekup mulut anaknya. Tak sangka budak ni ingat janji mereka.

"Aip, papa main-main je masa tu"

"Tapi papa suka kan?" Doyoung tersengih.

"Ha'a"

"Hoorayyy! Daehyun berjaya!" Soraknya sambil mengangkat kedua-dua tangannya keatas.

"Hooray!!!" Sorak papanya juga.

"Dah dah, jom kita pergi minta hadiah dengan atok, nenek dan mama Hana" kata Doyoung selepas penat berhoory-hooray.

"Jom!"

Sampai saja di meja makan, dimana tempat atok nenek, uncle Gongmyung, uncle Jaehyun, dan beberapa pekerja Doyoung yang lain sedang berbual dan menjamu selera. Daehyun turun dari dukungan Doyoung.

"Papa nak pergi kat mama Hana kejap tau" Daehyun angguk lalu dia terus menuju ke arah neneknya.





"Nenek!"

"Birthday boy!" Neneknya sambut pelukan si cilik itu.

"Mana hadiah Daehyun? Papa yang suruh minta"

i want a mama!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang