"Huarghhh malasnya" dia menggosok matanya yang terasa mengantuk. Walaupun dia sudah tidur sepanjang masa pembelajaran pertama , dia masih berasa mengantuk.
"Malas malas malas. Tiap hari itu je ayat yang aku dengar" kata hyunjin , dia memandang Jisung dengan wajah datar.
"Suka hati aku lah , aku nak malas ke nak rajin. Tapi yang aku tahu sekarang aku tengah malas" kata Jisung pula mengabaikan wajah datar hyunjin , lalu dia kembali meletakkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengannya.
"Yalah" kata hyunjin yang malas berdebat dengan Jisung. Dia hanya mengabaikan Jisung dan bermain dengan telefonnya. Sesekali dia mengambil gambar dirinya dan tersenyum puas melihat gambar diri sendiri.
"Weyh aku rasa aku ada lupa sesuatu lah"kata hyunjin tiba tiba. Jisung yang mendengar kata kata hyunjin bangun dan memandang wajah sahabatnya itu.
"Lupa apa?" Tanyanya
"Hah! Kerja tak buat lagi lah" kata hyunjin apabila dia mengingat semula. Dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya kerana sibuk bermain permainan video bersama Jisung malam tadi.
"Lah ingatkan apa , bagi sini" kata Jisung sambil mengeluarkan bukunya dan meminta buku milik hyunjin. Hyunjin yang mengerti maksud Jisung itu hanya memberi dengan senang hati.
Setelah mendapat buku milik hyunjin , Jisung berdiri dan menuju ke sebuah meja. Kelihatan pemilik tempat yang dituju Jisung itu sedang sibuk mengerjakan tugasan yang diberi oleh guru. Tetapi dia tidak peduli dengan perkara itu.
PAK!
"Aku nak semua ni siap selepas waktu rehat , kalau tak siap. Kau tahu lah nasib kau nanti" kata Jisung dengan dingin kepada pemilik meja itu. Pemilik meja itu pula menelan air liurnya lalu mengangguk sebagai balasan.
Jisung kemudiannya kembali ke tempatnya , dia dan hyunjin saling menepuk tangan antara satu sama lain. Mereka berdua tertawa puas apabila mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.
"So sekarang kita nak buat apa?" Tanya hyunjin. Jisung berfikir seketika kemudian menjawab pertanyaan milik hyunjin.
"Ponteng lah apa lagi , dah jom blah"
❇❇❇❇
Jam lonceng yang menandakan waktu rehat baru sahaja berbunyi. Seungmin yang daripada tadi ternanti nanti benda itu berbunyi berasa gembira kerana akhirnya waktu yang dinantinya telah tiba.Sebaik sahaja ketua kelas mengarahkan pelajar untuk mengucap terima kasih kepada guru mereka , seungmin mengajak Felix agar pergi berehat bersamanya.
"Aku tak sabar nak kenalkan kau ngan member aku yang lain" kata seungmin semasa dia dan felix dalam perjalanan menuju ke kafeteria sekolah mereka.
"Diorang ada berapa orang?" Tanya felix , risau jika rakan rakan yang dimaksudkan seungmin itu terlalu ramai. Dia bukannya tidak suka untuk berkawan dengan terlalu ramai orang tetapi dia akan berasa sedikit gugup apabila dia berhadapan dengan terlalu ramai orang.
"Errmm jap eh aku ingat dulu , hmmm satu dua. Eh tak hmmmmm , hah ada lima orang" kata seungmin lalu menunjukkan lima jari dihadapan felix.
"Ohh" kata felix sambil mengangguk
"Aku tahu kau mesti takut kan , Takpa jangan risau diorang tu baik. Percayalah cakap aku ni" kata seungmin meyakinkan felix.
"Eh taklah mana ada aku takut" kata felix pula , ya dia tidak takut dia cuma risau jika akan gugup sahaja. Lagipun perkara itu selalu terjadi kepadanya apabila dia bertemu dengan orang baru.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...