Selesai menceritakan apa yang telah terjadi kepada mereka berdua, jisung and felix dengan segera dilarikan ke hospital agar mendapatkan rawatan segera. Walaupun mereka berdua tidak terkena api dan tidak menghirup asap pada gudang itu, mereka tetap memiliki sedikit luka-luka pada bahagian tubuh mereka.
Luka-luka yang mereka dapati semasa mereka berdua diculik oleh bapa saudara mereka sendiri. Tidak boleh disangkal lagi bahawa luka-luka tersebut mungkin telah terdedah kepada kuman kerana terlalu lama tidak diubati. Lebam lebam yang terdapat pada wajah dan pergelangan tangan mereka berdua juga jelas kelihatan.
Emak saudara mereka meneka bahawa terdapat lagi beberapa lebam pada kulit mereka yang tertutup oleh pakaian mereka. Perkara tersebut sungguh menyebabkan hatinya bagai terhiris ketika mengingati siapakah penyebab luka dan lebam tersebut. Perasaan bersalah perlahan-lahan tumbuh didalam hatinya.
Youngjin berasa gagal menjalankan amanahnya sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga kembar tersebut, dia gagal memastikan kembar tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Dia sungguh berasa kasihan atas nasib yang menimpa dua beradik itu.
Ketika mengingati bahawa kembar tersebut telah kehilangan kedua orang tua mereka pada usia yang masih kecil. Dia boleh membayangkan wajah tidak mengerti apa apa mereka ketika menanti ibu bapa mereka yang tidak pernah akan kembali semula.
Tidak habis dengan peristiwa kemalangan tersebut, mereka berdua juga terpisah ketika berada di rumah anak yatim. Perkara tersebut kerana dirinya yang terlambat mengambil kembar tersebut. Tetapi itu bukan kehendaknya, dia terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki agar dia boleh menampung dua anak buahnya itu.
Youngjin berfikir, jika dia telah berjaya menemui kedua dua kembar tersebut semuanya akan berakhir gembira. Tetapi dugaannya salah ketika bekas suaminya muncul dan menculik kembar tersebut. Dia hampir sahaja menyerah ketika melihat gudang tersebut habis terbakar.
Namun nampaknya nasib baik masih berpihak kepadanya ketika dia mendengar suara anak buahnya tadi. Dia mengucapkan syukur berkali kali kepada tuhan kerana masih memberinya peluang untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kembar tersebut.
Youngjin menghembuskan nafas lega. Semuanya telah berakhir, dia baru sahaja mendapat berita bahawa bekas suaminya telah mendapat hukuman yang setimpal atas tindakannya. Kini mereka boleh memulakan hidup baru yang lebih baik daripada yang sebelumnya.
Dirinya kini berjalan menuju ke arah sebuah wad yang tertera sebuah nombor yang diketahuinya. Wad tersebut merupakan ruang dimana kedua anak buahnya dirawat. Dirinya baru sahaja kembali setelah membeli makanan untuk mereka. Senyuman terukir dibibirnya melihat senyuman yang menghiasi wajah anak buahnya itu.
Youngjin berdiri di hadapan pintu sambil menatap ke arah sekumpulan remaja lelaki yang mengelilingi jisung dan felix. Kini mereka semua telah bertemu kembali dan jelas kelihatan bahawa mereka terlihat gembira. Kemudian muncul perasaan bersalah ketika dia mengingati bahawa dirinya telah memisahkan mereka sebelum ini.
"Jadi kau dah ingat semua memori kau balik??" Soal hyunjin sungguh terkejut and teruja.
Kerana selama dia dia telah mencuba sebaik mungkin untuk membantu jisung mendapatkan ingatannya semula tetapi selalu menemui kegagalan. Kemudian ketika mendapat tahu bahawa jisung telah mendapat ingatannya semula, dia berasa sungguh teruja.
"Ya" Balas jisung sambil mengangguk.
Jisung telah mendapat semula ingatannya walaupun dia terpaksa melalui pengalaman yang mungkin akan kekal didalam mindanya. Namun dia bersyukur kerana masih memiliki peluang untuk hidup bersama memorinya yang telah lama menghilang.
"Aku dah dapat memori aku balik tapi aku tak sangka akan dapat memori tu selepas aku lalui pengalaman yang teruk" Sambung jisung sambil sesekali memandang ke arah lengannya yang kini berbalut kain kasa.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...