1⃣3⃣ - Last Family

380 46 53
                                    

kini chan dan felix sedang berfikir sama ada ingin membalas atau membiarkan sahaja e-mel tersebut. Sebenarnya felix ingin membalas tetapi chan menghalangnya , takut jika orang yang menghantar e-mel itu adalah orang jahat. Disebabkan itu lah mereka berdua sedang berfikir sama ada ingin membalas atau tidak.

"Hyung Tak boleh ke kalau aku balas je?" Tanya felix

"Tak sebab orang ni mencurigakanlah" balas chan

"Tapi kalau orang ni tak tipu macam mana?" Tanya felix lagi , chan mengeluh.

"Haih , kita kan tak pasti lagi so kita kena tunggu eomma dan appa. Lagipun e-mel ni mungkin palsu. Mungkin ada orang nak kenakan kau" kata chan panjang lebar. Felix hanya mengangguk

Felix berasa teruja apabila mengetahui dia masih memiliki keluarga kandung setelah dia kehilangan orang tuanya. Tetapi apabila dia mendengar kata kata chan bahawa mungkin e-mel itu adalah palsu , dia mulai rasa kecewa. Walaupun begitu kata hatinya tetap berkeras mengatakan bahawa orang yang menghantar e-mel itu adalah ibu saudaranya.

Sebenarnya dia tertanya tanya kenapa ibu saudaranya mencari sekarang bukan daripada dulu. Tetapi dia mencuba untuk berfikiran positif , mungkin ibu saudaranya itu sibuk dan tidak ada masa untuk mencari mereka. Lagipun dia berfikir mungkin dia boleh mencari di mana abangnya jika dia bertemu dengan ibu saudaranya itu.

"Hmmm yalah" kata felix. Walaubagaimanapun dia tidak boleh membantah kata kata chan kerana dia menghormati chan sebagai abangnya.

"Oh ya! Hyung aku nak keluar kejap" kata felix tiba tiba

"Nak pergi mana?" Tanya chan tetapi matanya tidak lepas daripada televisyen.

"Nak keluar makan angin kejap , bosanlah kat rumah" kata felix lalu berdiri bersiap sedia untuk berjalan keluar.

"Hmm yalah , nanti jangan lupa belikan hyung snek" kata chan sambil memakan makanan ringannya yang daripada tadi tidak di makan kerana sibuk berbincang mengenai e-mel tersebut.

Felix hanya mengangguk walaupun chan tidak melihat perkara itu. Lalu dia mula berjalan keluar daripada rumah.

❇❇❇❇


Memandangkan cuaca hari ini agak baik Hyunjin dan Jisung bercadang untuk bersiar siar di kawasan perumahan mereka. Sebenarnya hyunjin yang mengajak Jisung keluar kerana tadi dia melihat Jisung yang kelihatan agak sedih. Dia berfikir mungkin Jisung masih terfikirkan mengenai mimpi nya.

Sebagai sahabat yang baik dia tidak ingin sahabat nya Jisung tertekan. Disebabkan itulah dia bercadang untuk mengajak Jisung keluar bersiar siar sambil menghirup udara segar. Lagipun dia tahu Jisung amat suka bersiar siar terutamanya pada waktu petang. Walaupun sekarang bukan waktu petang tetapi cuaca sekarang amat baik untuk bersiar siar. Jisung pula hanya setuju lagipun dia tidak ingin tertekan.

"Oi! Han tengok tu!" Tiba tiba hyunjin berhenti dan menjerit. Dia menunjuk ke arah sebatang pokok.

"Apa?" Tanya Jisung dengan kesal. Kesal kerana tadi hyunjin menjerit tepat pada telinganya. Dia bernasib baik kerana masih boleh mendengar dan tidak menjadi pekak.

"Aku nampak kembar kau , tengok tu dia tengah panjat pokok. Tengok lah kecil je aku tengok dia" kata hyunjin sambil menunjuk ke arah pokok itu

Jisung melihat ke arah pokok itu dan yang menarik perhatian nya ialah seseorang yang sedang berjalan sendirian sambil memakai earphone. Orang itu sedang berjalan ke arah mereka dan apabila orang itu melihat mereka , dia melepas earphone nya.

"Hi Jisung , hyunjin" tegur orang itu.

"Eh felix apa kau buat kat sini?" Tanya Jisung tidak mempedulikan hyunjin. Hyunjin mendengus geram kerana diabaikan.

"Felix! Tengok tu kembar han!" Jerit hyunjin tiba tiba

"Hah!? Mana?" Tanya felix

"Tu" hyunjin menunjuk ke arah sebatang pokok.

Felix dan Jisung memandang ke arah pokok tersebut. Terdapat seekor tupai sedang memakan buah di atas pokok itu. Kemudian datang seekor lagi sambil membawa buah lagi. Tidak lama kemudian kedua dua tupai itu melarikan diri apabila hyunjin menjerit "tengok tu ada dua tupai!".

Apa kena ngan kawan aku hari ni? - Jisung

Tupai tu lari lah pula , aku baru plan nak tangkap tadi :') - hyunjin

Jisung hanya mampu menepuk dahinya , melihat tingkah hyunjin. Felix pula hanya menggelengkan kepalanya sambil tertawa.

Haih hyunjin hyunjin - Felix

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Jisung yang malas melayan tingkah hyunjin.

"Saja keluar makan angin , bosan kat rumah. Chan hyung asyik tengok tv je bosan lah" kata felix sambil mengingat chan yang daripada tadi menonton televisyen.

Dan nasib baik chan tidak tersedak semasa memakan snek apabila felix berkata mengenainya.

"Joinlah kitaorang" ajak hyunjin

"Ok tapi aku taknak ikut korang buli orang" kata felix

"Hahaha jangan risau lah , kitaorang takda mood sekarang ni. Jom" kata hyunjin lalu meletakkan tangannya pada bahu felix dan Jisung lalu mula berjalan. Felix hanya mengikut sahaja. Entah sejak bila mereka menjadi rapat seperti ini , padahal mereka baru sahaja berkenalan. Tetapi hubungan mereka sudah agak rapat seperti sudah lama menjadi rakan.

❇❇❇❇

Keesokan harinya , ibu bapa chan dan felix akhirnya pulang ke rumah setelah beberapa pergi ke luar negara atas urusan kerja. Dengan segera felix dan chan menunjukkan e-mel yang di terima oleh felix kepada mereka. Mereka sudah mengetahui mengenai e-mel itu kerana chan sudah memberitahu kepada mereka.

Ayah chan yang berperanan sebagai ketua keluarga membaca e-mel tersebut. Setelah selesai membaca dia memberikan telefon itu kepada isterinya. Dia memandang ke arah felix lalu mengangguk.

"Ya dia imo(aunty) kamu" kata ayah chan yang kini turut bergelar ayah angkat kepada felix sambil tersenyum. Secara automatik senyuman terbit pada wajah felix.

"Wahhh! Jadi felix boleh balas e-mel tu?" Tanya felix sambil memandang kepada ayah dan ibu angkatnya.

"Mestilah boleh" balas ibu chan.

"Yeshh" dengan teruja mengambil telefonnya dan menaip sesuatu pada telefonnya.

"Macam mana appa tahu orang yang hantar e-mel tu imo felix?" Tanya Chan kepada ayahnya

"Sebab masa Eomma ngan appa ambil felix hari tu , kitaorang dapat maklumat tentang felix dan keluarga termasuk saudara mara dia" kata ayah chan. Chan hanya mengangguk sahaja.

Chan bergerak mendekati felix untuk melihat apa yang di taip oleh adiknya itu.

From : FelixLix00
To : LeeYoungJin11
Subject : i'm felix

Annyeonghaseyo imo^^ this is me felix. I'm so glad when I've receive your e-mail. I'm okay but I'm not really sure about my brother 😢 btw sorry for the late answer

"Tu je?" Tanya chan sebaik sahaja melihat e-mel yang di taip oleh felix.

"Habis tu nak cakap apa lagi?" Tanya felix. Chan berfikir seketika tetapi tindakannya terhenti apabila telefon felix berbunyi menandakan ada e-mel yang masuk.

From : LeeYoungJin11
To : FelixLix00
Subject : your imo

Don't worry felix we'll find your brother soon and I promise that you two will be together soon 😊

TBC

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now