0⃣4⃣ - Fun Time Together

526 55 55
                                    

Hyunjin tidak henti henti menggelengkan kepalanya melihat Jisung yang kini terkinja kinja. Gembira sangat katanya kerana berjaya mengelakkan kelaparan. Mereka akan pulang lambat pada hari ini , mereka pasti akan berasa lapar tetapi malang bagi mereka kerana terlupa membawa duit lebih.

Tetapi mereka bernasib baik kerana berjaya meminjam wang daripada seorang pelajar yang diyakini sebagai junior mereka. Hyunjin masih tidak percaya bahawa mereka baru sahaja meminjam duit daripada pelajar junior. Dan tidak sangka idea Jisung kali ini berguna.

Tetapi Ini memalukan , kenapa mereka tidak mengambil sahaja seperti pembuli yang lain? Oh dia hampir terlupa , walaupun mereka pembuli tetapi mengambil hak orang lain itu bukan cara mereka. Mereka hanya suka membuli , ponteng sekolah dan melawan sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Walaupun mereka pelajar nakal tetapi mereka tidak pernah melibatkan diri dalam pergaulan yang negatif. Contohnya , mereka tidak pernah terlibat dalam kes curi dan merokok. Perbuatan yang paling teruk mereka pernah lakukan ialah bergaduh , sehingga hampir menyebabkan mereka berdua dibuang sekolah.

"Annyeong Ahjumma! aku nak order kimbap 2" Tanya Jisung tiba tiba yang menghentikan lamunan hyunjin.

"Eh!" Dia terkejut , sejak bila mereka tiba di kafeteria sekolah

"Okay nanti ahjumma hantar ya" kata makcik yang menjual di kafeteria sekolah mereka , Jisung hanya membuat simbol ok dengan menggunakan tangannya lalu menuju ke arah meja yang terdekat.

"Yah! Beruk kau buat apa kat situ? Meh ah sini" kata Jisung memanggil hyunjin , lalu dia mengeluarkan telefonnya dan mula bermain permainan video

"Oi sungai bila masa aku jadi beruk hah?!" Tanya hyunjin sambil mengambil tempat di hadapan Jisung.

"Maaf sungai tak ada kat sini" balas Jisung tetapi matanya masih fokus kepada telefonnya

"Apa apa je lah , oh ya betul ke kau nak bayar balik duit tu?" Tanya hyunjin , Jisung hanya mengangguk tanpa menoleh ke arah hyunjin.

Hyunjin yang geram kerana Jisung hanya sibuk dengan permainan video itu mendengus lalu merampas telefon milik Jisung itu. Telefon itu pula kini menunjukkan tulisan yang tertulis "Game Over". Sebaik sahaja Jisung ternampak perkataan itu dia merampas kembali telefonnya dan mula merungut.

"Yah! Tengok dah kalah , huaa sikit lagi aku nak menang tadi (╥﹏╥). Penat penat aku main tadi , huehue" kata Jisung sambil berpura pura menangis, Hyunjin hanya memandang rakannya datar

"Bukan kawan aku :')"fikir hyunjin

"Nak berdrama sikit pun tak boleh :')" fikir Jisung

"Dah habis merungut" balas hyunjin setelah melihat Jisung yang kini tidak lagi merungut.

"Dah" kata Jisung lalu mengelap air mata palsunya

"Ok aku ulang , betul ke kau nak bayar balik duit tu?" Tanya hyunjin

"EH MESTILAH!!!-akh sakit lah" kata Jisung sebaik sahaja hyunjin melempang wajah rakannya itu

"Perlu ke jerit?" Tanya hyunjin , manakala Jisung hanya tersengih sambil membuat simbol peace ✌ kepada hyunjin

"Hehe , ya mestilah aku akan ganti duit tu. Kalau kau nak tahu aku ni bukan penipu tau tak. Lagipun kalau aku tak cukup duit kau kan ada" kata Jisung lalu mengelipkan matanya berkali kali kepada hyunjin. Lalu hyunjin menolak kepala Jisung

"Geli lah tupai" balas hyunjin

"HAHAHAHA , ok done. Mestilah aku akan bayar , jangan risau lah" kata Jisung dan serentak dia selesai berkata kata makanan yang di pesan mereka juga tiba

Dengan segera Jisung mula memakan makanan itu dengan berselera. Hyunjin hanya mengangkat bahu nya lalu mulai memakan makanannya. Entah percaya atau tidak bahawa Jisung akan membayar semula wang itu atau tidak


❇❇❇❇

Di rumah seungmin ,

Felix dan seungmin yang baru sahaja tiba meletakkan barang barang mereka Di ruang tamu. Felix kagum melihat rumah seungmin yang kelihatan amat cantik dan kemas , tetapi hanya satu yang kurang iaitu tiada sesiapa disini kecuali mereka berdua. Dia tertanya tanya adakah seungmin memiliki adik beradik atau tidak?atau dimanakah orang tua seungmin? kerana dia tidak melihat sesiapa pun di sini.

"Felix! Aku nak pergi dapur kejap ambil snek" kata seungmin , felix hanya membalas dengan simbol jari ok 👌 kepada seungmin.

Lalu felix mengambil keputusan untuk mengeluarkan buku dan bersedia untuk belajar. Tetapi baru sahaja dia ingin membuka muka surat pertama pada bukunya , tiba tiba lonceng berbunyi. Dengan segera dia menuju ke arah pintu dan bertindak ingin membuka pintu. Sebaik sahaja pintu di buka , wajah seseorang yang dikenali menyapa pandangannya.

"Eoh! Jeongin" kata felix sebaik sahaja melihat jeongin berada di depan pintu.

"Hi hyung!" Kata jeongin apabila melihat felix yang membuka pintu. Dia tahu felix akan datang hari ini kerana seungmin telah memberitahunya sebelum ini

"Ada kat dapur , jom masuk" ajak felix lalu mereka berdua menuju ke ruang tamu.

Sebaik sahaja mereka tiba , tidak lama kemudian seungmin muncul sambil membawa minuman dan makanan ringan. Lalu dia meletakkan makanan serta minuman tersebut di atas meja.

"Awal datang hari ni , selalu nya singgah kat kedai dulu beli snek" kata seungmin sambil menghulurkan makanan dan minuman kepada dua orang tetamunya itu.

"Tak jadilah , ermm lagipun tak elok lah makan manis je" tipu jeongin , dia tidak ingin seungmin dan felix tahu penyebab dia tidak membeli makanan ringan hari ini.

"Betul ke?Kenapa hyung rasa yang kau sorok kan sesuatu , betul tak felix?" Kata seungmin lalu memandang ke arah felix

"Ah yeah that's true , even hyung baru je kenal ngan kau tapi hyung rasa macam ada yang tak kena." Kata felix pula , dia hanya berkata apa yang berada di dalam hatinya.

"M-mana ada , jangan risau lah" balas jeongin pula. Sedikit gelabah

"Haih , Kau kena buli lagi kan" kata seungmin , dengan serta merta jeongin terdiam.

"Wait , what!? Buli!?" Tanya felix terkejut , dia tidak menyangka sekolah yang kini menjadi tempat dia menimba ilmu juga memiliki masalah seperti itu

"Tak bukan buli , diorang just pinjam duit je bukan buli lagipun diorang dah janji nak ganti balik. Jangan risau lah" balas jeongin pula

"Haihh nak ganti balik , heh mustahil lah. Kenapa tak bagitahu kat hyung tadi? Kalau hyung jumpa diorang habis diorang hyung kerjakan" kata seungmin , dia amat benci jika ada sesiapa yang membuli atau menyakiti jeongin. Kerana dia sudah menganggap jeongin seperti adiknya sendiri walaupun mereka hanya kawan

"Hyung baik jangan , diorang tu macam gengster. Nanti hyung yang habis diorang kerjakan , pfftt rasa lawak la pula" kata jeongin

"Yah! Aku kuat tau tak!" Kata seungmin

Manakala , felix dan jeongin hanya menghamburkan tawa. Masing masing mentertawakan seungmin yang kini memasang wajah masam sambil berpeluk tubuh.

TBC

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now