"kenapa ni? Apa yang dah jadi?" Soal chan sebaik sahaja semua orang telah tiba di rumah seungmin.
"Ada sesiapa yang terima panggilan daripada felix atau jisung tak?" Soal hyunjin.
Pertanyaan bang chan dibiarkan sahaja. Bukannya dia tidak ingin menjawab , cuma dia ingin mengetahui jawapan kepada soalan nya terlebih dahulu.
Serentak semua orang yang berada di sana menggelengkan kepala mereka. Mereka pasti salah seorang daripada felix dan jisung tidak ada menghubungi mereka.
"Kenapa-" kata kata woojin terpotong sebaik sahaja telefon seseorang tiba tiba sahaja berbunyi.
Dengan segera empunya telefon itu mengangkat panggilan nya tanpa memandang siapakah gerangan yang telah menelefonnya. Kedengaran suara seseorang yang dikenali sedang bernafas dengan pantas , seakan akan panik.
"H-hello , jisung atau Felix ada hubungi kamu tak?" Soal wanita tersebut iaitu youngjin.
"Maaf ahjumma tapi felix dan jisung takda hubungi chan hari ni" balas chan yang sedikit berasa pelik. Mengapa hyunjin dan emak saudara jisung dan felix bertanyakan soalan yang sama.
"Takpa tapi cuba kamu tanya yang kawan kawan kamu yang lain"
"Kitaorang takda dapat panggilan daripada diorang-" kata kata chan terpotong apabila hyunjin tiba tiba bersuara.
Hyunjin mendekatkan dirinya pada chan lalu mengatakan bahawa ada menerima panggilan daripada jisung sebelum ini.
"Saya ada ahjumma. Tadi jisung ada tanya tentang felix. Apa yang dah jadi sebenarnya?" Jawab hyunjin.
Kedengaran youngjin menghela nafas. Lalu chan menghidupkan mod loud speaker pada telefonnya agar semua boleh mendengar penjelasan wanita tersebut.
"Felix hilang , ahjumma tak dapat cari dia dan sekarang jisung pun hilang! Aduh apa ahjumma nak buat ni? Ahjumma takut kalau orang orang jahat tu dapat tangkap diorang"
Jelas kedengaran bahawa wanita itu sedang risau mamikirkan keselamatan anak anak saudaranya yang kini menghilang. Chan dan yang lain turut bersimpati terhadap nya dan mereka juga turut berasa risau apabila mengetahui jisung dan Felix kini telah hilang.
"Ahjumma tak cuba bagitahu polis?" Soal jeongin.
"Tak boleh , sebab belum cukup 24 jam lagi" balas seungmin pula.
"Betul cakap seungmin tu. Huh kalau kamu semua dapat sesuatu tolong bagitahu ahjumma ya"
"Baik" balas chan. Tidak lama kemudian panggilan terputus.
"Weyh! Weyh! Kitaorang dapat kesan telefon felix lah! Dia hidupkan gps" changbin secara tiba tiba menyebabkan semua orang kini tertumpu kepadanya dan minho.
"Haah kitaorang cuba je check kalau kalau dia buka gps dan betul dia buka!" Sokong minho.
"Dia kat mana?" Soal hyunjin.
"Aku tak tahu tempat ni sebab jauh" balas changbin. Seketika dia berteriak heboh apabila telefonnya menunjukkan Felix mula bergerak meninggalkan tempat dimana dia berhenti.
"Aku rasa baik kita hantar location tu kat youngjin ahjumma" saran seungmin yang mendapat anggukan daripada changbin.
Lalu tanpa berlengah masa , changbin menghantar lokasi tersebut kepada chan terlebih dahulu. Memandangkan dia tidak memiliki nombor telefon wanita tersebut. Setelah chan mendapat lokasi tersebut , dengan segera dia menghantar semula kepada youngjin.
"So sekarang kita nak buat apa? Takkan nak biar macam ni je" Soal woojin.
"Betul tu , aku tak sedap hati lah" sokong hyunjin.
"Aku pun" kata seungmin pula.
"Kalau macam tu jom gerak. Separuh ikut woojin , separuh lagi ikut aku" arah chan yang mendapat anggukan daripada semua.
Mereka kena lakukan sesuatu. Walaupun peluang untuk mereka sempat tiba adalah kecil dan mungkin tidak ada , tetapi mereka yakin jika mereka berusaha melakukan , mereka akan berjaya.
💎💎💎💎
Felix menatap sekitar nya gelisah. Tapak kaki yang mengejarnya semakin mendekati. Dia mengambil nafas yang secukupnya untuk berlari semula. Beberapa saat kemudian kedengaran beberapa tapak kaki seakan mendekat ke arahnya.
Felix sudah bersiap sedia untuk melarikan diri. Apabila memastikan dia sudah cukup mendapatkan rehat , dia hendak mula melarikan diri semula. Dia berlari meninggalkan tempatnya bersembunyi dengan segera.
Dia boleh mendengar beberapa orang berteriak memanggil namanya dengan marah. Dia sedikit tersenyum mengingat perkara yang berlaku sebelum aksi kejar mengejar ini. Dia sempat mencederakan dua orang daripada kumpulan tersebut.
Pada waktu itu dia sempat memukul dua orang daripada mereka sehingga dua orang itu mengerang kesakitan. Kini dia benar benar bersyukur kerana sempat belajar taekwondo di Australia walaupun hanya sebentar.
Sesekali dia melirik ke arah skrin telefonnya untuk memastikan jika jisung telah mendapat pesanan nya atau belum. Dia sedikit bernafas lega apabila jisung telah membaca dan membalas bahawa dia akan segera menyusul.
"Tangkap dia!!!"
Felix tersentak apabila mendengar seseorang menjerit daripada belakang. Dengan segera dia menoleh dan melihat seseorang sedang melarikan diri. Dia mengenali orang itu
"Jisung!"
Secara refleks dia memanggil nama jisung. Lalu dengan segera dia menutup mulutnya. Bodoh! Mereka baru sahaja mengetahui keberadaannya. Jisung juga turut terkejut melihat Felix dihadapannya.
"Lari cepat!"
Felix hanya mengangguk atas arahan jisung. Mereka berlari semula tetapi malang bagi mereka apabila menemui jalan mati. Orang orang yang mengejar mereka tertawa mengejek.
"Nak lari ke mana lagi hah?"
"Takda pilihan kita kena lawan" ujar jisung yang mendapat anggukan daripada felix.
Jisung menyerang terlebih dahulu. Memandangkan ini bukan pertama kali dia berlawan , dia sudah sedikit mahir menyerang orang orang tersebut. Tetapi tidak bagi Felix , ini merupakan pertama kali dia bergaduh.
Jadi sedikit sukar baginya untuk menyerang ramai orang. Dia hanya mendapat latihan mempertahankan diri tetapi bukan menyerang. Walaupun memiliki sedikit masa sukar untuk melawan , dia tetap melawan tidak ingin di bawa pergi oleh orang orang ini.
Beberapa minit melawan , mereka berjaya mengalahkan lapan daripada dua belas orang itu. Tetapi mereka sudah mula penat , tambahan pula tubuh mereka berasa sakit kerana dipukul semasa melawan. Bagaimana pun juga dua melawan dua belas amatlah tidak adil bagi jisung dan felix.
Jisung menyerang lagi walaupun tubuhnya sakit. Felix yang sudah tidak mampu kerana kakinya terasa amat sakit hanya mampu terduduk melihat ke arah jisung. Tetapi tanpa dia sedari seseorang menarik bajunya daripada belakang sehingga menyebabkan dia terpaksa berdiri.
Semasa dia dipaksa untuk berdiri , tanpa sengaja telefon miliknya terjatuh di atas tanah. Dia mengerang kesakitan apabila merasakan kakinya sakit semasa dipaksa untuk berdiri.
"Jangan bergerak atau dia akan mati" kata seseorang sambil mengacukan pistol ke kepala Felix.
Felix meneguk air liurnya kasar apabila merasakan sesuatu dibelakang kepalanya. Jisung berhenti menyerang. Dia marah sekaligus panik melihat perkara ini. Apa yang harus dia lakukan.
"Tangkap dan bawa diorang" jisung dan felix dibawa secara paksa ke arah sebuah van hitam yang baru sahaja tiba.
"Masuk!"
Secara paksa jisung dan felix dimasukkan ke dalam van tersebut. Mereka berdua tidak lagi mampu melawan apabila tangan dan kaki mereka diikat. Pintu ditutup dan van tersebut mula meninggalkan kawasan itu.
TBC
maaflah kalau chapter ni mengarut dan bosan.😭 Tapi thanks sebab baca , i really appreciate it 💕
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...