"termenung jauh nampak"
jisung tersentak tatkala seseorang menegurnya yang sedang teremenung seorang diri diruang tamu. Dia menoleh ke arah orang itu lalu menggaru belakang lehernya sambil tersengih.
"Hehe" sengih jisung kepada emak saudaranya itu.
"Tengah fikir tentang apa tu? Yeoja?" Gurau youngjin menyebabkan jisung lantas menggeleng.
"Taklah jisung mana ada yeochin!" kata jisung menyebabkan emak saudaranya itu tertawa kerana berjaya menyakatnya.
"Habis tu tengah fikir tentang apa? Dari tadi imo tengok kamu terkenung je" soal youngjin lagi.
"Terfikirkan calon masa depan" balas jisung selamba yang menerima pandangan datar daripada youngjin.
"Hehe gurau je lah huhu jangan lah tengok jisung macam tu imo , seram hehe" balas jisung menyebabkan emak saudaranya itu menggelengkan kepala.
"Sebenarnya jisung tengah fikir sesuatu ni" kata jisung yang tiba tiba menjadi serius. Raut wajahnya memaparkan bahawa dia tidak lagi bergurau seperti tadi.
"Kenapa? Ada orang ganggu kamu ke?" Soal youngjin yang mulai cemas.
Bagaimana jika orang yang ingin mengancam nyawa jisung dan felix tahu keberadaan mereka? Dia berasa amat risau akan keselamatan kedua dua anak saudaranya itu.
"Tak bukan cuma , hari tu hyunjin ada bagi tahu jisung yang ada orang yang cuba ancam keselamatan diorang" kata jisung lalu menghentikan kata katanya lalu mengeluh sebentar sebelum menyambung semula.
"Macam mana kalau orang yang cuba ancam jisung dulu tu nak cederakan diorang?" Soal jisung dengan perasaan bersalah. Walaupun sebelum ini hyunjin sudah mengatakan bahawa mereka tidak menyalahkan jisung dan felix , tetapi dia tetap berasa bersalah terhadap mereka.
"Apa yang terjadi kat diorang?" Soal youngjin
"Hyunjin kata jeongin ngan minho hyung hampir kena langgar. Lepastu diorang selalu terima nota ugutan" kata jisung dengan nada rasa bersalah.
"Itu kerja orang yang sama. Nampaknya diorang nak tahu korang kat mana sebab tu lah diorang ganggu orang terdekat korang" kata youngjin dengan keluhan dihujung ayatnya.
"Tapi , diorang masih terima ugutan ke? Atau apa apa ancaman?" Soal youngjin lagi menyebabkan jisung terdiam untuk berfikir. Seingatnya , tidak.
"Hmm rasanya tak. Hyunjin kata diorang dah tak jumpa ugutan lagi" terang jisung entah mengapa menyebabkan youngjin berasa cemas.
Adakah ini bermaksud orang orang jahat itu telah mengetahui mereka dimana?!
"Apa?! Ji-jsung , f-felix mana?" Soal youngjin yang tiba gagap.
Dia panik. Di bimbang jika sesuatu yang buruk terjadi terhadap felix. Dia bimbang jika tekaannya tepat bahawa orang orang jahat itu telah mengetahui keberadaan mereka. Jika orang orang jahat tersebut mengetahui keberadaan mereka , jisung dan felix berada dalam bahaya.
"Dia kata dia nak beli snek kat kedai kejap! tapi dia tak balik lagi! Dah sejam dia keluar!" kata jisung juga panik. Dia baru menyedari bahawa adik kembarnya itu masih belum kembali daripada kedai.
"Kita kena cepat!" Kata youngjin lalu menyambar kunci keretanya. Dia ingin menyusul felix. Dia risau akan keselamatan felix.
"Jisung kamu tunggu kat sini , biar imo yang jemput felix" kata youngjin.
"Tapi imo-" kata kata jisung terpotong oleh youngjin.
"Jisung please dengar cakap imo , kamu tak boleh keluar. Kat luar tu bahaya. So kamu tunggu kat sini , biar imo yang jemput felix. Okay?" Kata youngjin. Jisung tidak boleh membantah lalu dengan lemah mengangguk.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfic[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...