2⃣1⃣ - Miss My Friends

308 42 28
                                    

"Ji-oh aku lupa yang dia takda kat sini. Haih apa lah kau ni hyunjin" hyunjin menapak keluar daripada bilik Jisung.

Niatnya yang ingin mengejutkan sahabatnya itu ke sekolah terbatal apabila dia melihat bilik yang dahulu kelihatan tidak teratur , kini tersusun kemas kerana tidak berpenghuni. Dia mengeluh.
Langkah kakinya di atur menuju ke arah pintu.

Hari ini merupakan hari kelima semenjak Jisung berpindah bersama dengan felix dan ibu saudaranya. Dan perkara tersebut langsung tidak menggembirakan nya , dia berasa kosong jika tidak ada sahabatnya itu. Nampaknya waktu pagi nya tidak akan seceria waktu paginya sebelum ini.

Hyunjin menapak ke ruang makan dan mula menyediakan sarapannya sendiri seperti biasa namun kali ini tiada sesiapa yang akan membebel kepadanya apabila melakukan kesalahan. Hyunjin memakan makanan nya seorang diri lalu mencapai begnya dan berjalan menuju ke arah pintu.

"Haih bosannya kalau tupai tu takda" kata hyunjin sambil mengeluh dan berjalan sendirian menuju ke sekolah.

Di tempat lain pada masa yang sama , seseorang dengan semangatnya menuju ke ruang makan. Dengan senyuman yang terukir di wajahnya , dia menduduki meja makan. Dia tersenyum melihat ibunya yang kelihatan tekun menyediakan sarapan , dia melihat terdapat empat pinggan yang disediakan.

Dengan serta merta wajahnya berubah sedih. Kini mindanya ligat menayangkan wajah seseorang yang kini berada jauh daripadanya. Dia begitu merindui orang tersebut walaupun orang tersebut baru meninggalkannya selama lima hari.

"Eomma kenapa ada empat? Felix takda kat sini" kata chan sedikit sedih apabila menyebut nama felix. Bolehkah dia menemui adik angkatnya itu sekarang? Kerana dia amat merindui adik angkatnya itu.

"Aigoo Eomma lupa , Eomma ingatkan dia masih ada kat sini" kata ibunya. Daripada cara ibu bersuara dia dapat mengetahui bahawa ibunya juga sedih. Chan hanya mampu tersenyum pahit sambil melihat ibunya yang menyimpan satu daripada pinggan tersebut.

"Haih rasa kosong kalau budak bising tu takda" kata chan sambil mengeluh lalu mula menikmati sarapan yang telah di sediakan oleh ibunya.

💎💎💎💎

Seungmin yang kini berada di cafeteria , menyalin nota yang tidak sempat dia siapkan malam tadi. Dia kelihatan amat fokus sehingga tidak menyedari bahawa seseorang telah duduk disamping nya sambil memandang ke arahnya. Namun kegiatannya terhenti apabila mendengar bunyi bangku yang bergeser dengan lantai.

"Hyung" kata orang tersebut. Iaitu jeongin.

"Hmmm" balas seungmin lalu menyambung aktivitinya menyalin nota.

"Hari ni result exam keluar betul tak?" Soal jeongin menyebabkan seungmin menghentikan kegiatannya sekali lagi dan memandang ke arah jeongin.

"Haah lah! Macam mana lah aku boleh lupa?" Kata seungmin lalu menepuk dahinya.

"Tapi betul ke perubahan markah boleh mempengaruhi kelas?" Soal jeongin. Seungmin berfikir sebentar sebelum mengangguk.

"Haah , kalau tak silap aku pernah dengar cikgu cakap macam tu. Wae?" Tanya seungmin.

"Huaaaaa~ macam mana kalau markah aku menurun! Hyung! Apa aku nak buat? Aku tak nak pindah kelas" kata jeongin merengek kepada seungmin , risau jika dia akan dipindahkan ke kelas hujung jika markah nya rendah.

"Mana lah aku tahu" balas seungmin sambil mengangkat bahunya lalu menyambung menyalin nota tersebut. Tidak lama kemudian dia telah berjaya menyiapkan kerja tersebut.

"Hyung ni tak membantu langsung , kalau ada felix hyung mesti dia dah bagi semangat kat aku" kata jeongin sambil memalingkan wajahnya dan berpeluk tubuh.

Ring~

Setelah jeongin berkata sedemikian , lonceng berbunyi. Mereka berdua berpisah menuju ke kelas masing masing. Sebenarnya seungmin masih terfikir akan kata kata jeongin sebentar tadi , ya kata kata jeongin benar. Kerana selama ini felixlah yang selalu memberi semangat kepada mereka berdua , walaupun kadangkala felix sedikit nakal dan gemar mengusik mereka.

Seungmin mengeluh , alangkah bagus nya jika felix dan Jisung pindah ke sini semula. Fikirnya. Lalu dia memasuki kelas nya dan mengambil tempatnya , sesekali dia memandang ke arah meja yang kosong disebelahnya. Tidak lama kemudian guru memasuki kelas mereka sambil membawa beberapa kertas.

"Nampak nya tahun ni ada peningkatan daripada para pelajar" kata guru tersebut diiringi tepukan gemuruh daripada semua pelajar.

"Seperti yang kamu semua ketahui , akan ada rombakan kelas mengikut markah berdasarkan markah peperiksaan penting yang lalu" kata guru itu menyebabkan semua pelajar mulai berbisik antara satu sama lain. Bimbang jika mereka di turun kan kelas , memandangkan mereka ialah pelajar daripada kelas pertama.

"Tahun ni kita ada 3 orang daripada kelas 2 , 1 orang daripada kelas 3 dan 4 dan 2 orang daripada kelas 5 yang mendapat markah yang tinggi dan layak memasuki kelas 1. Dan sedikit mengecewakan kerana terdapat 2 orang pelajar daripada kelas 1 akan pergi ke kelas 2" kata guru itu menyebabkan semua pelajar melepaskan keluhan. Termasuk seungmin , walaupun dia merupakan salah seorang pelajar yang pintar tetapi dia tetap berasa bimbang jika dia merupakan salah seorang daripada dua orang pelajar tersebut.

"Baiklah cikgu akan menyebut nama pelajar daripada kelas 2 yang akan bergabung dengan kelas 1. Yang pertama iaitu , Kim Jihyeon , Song Gunho dan Jeon Saeron. Daripada kelas 3 pula ialah Min Hangi dan Park Junghui. Daripada kelas 4 pula ialah Kim Eunji dan Lee Somin. Yang terakhir daripada kelas 5 iaitu Han Jisung dan Hwang Hyunjin"

Seungmin terkejut mendengar nama dua orang pelajar tersebut. Dia tidak menyangka bahawa dia dan felix berjaya menjadi pendidik yang baik kepada hyunjin dan Jisung sebelum ini. Dia sedikit tersenyum mendengar nama Jisung and hyunjin disebut oleh guru tersebut.

Guru tersebut itu juga tersenyum melihat dua nama tersebut. Guru itu iaitu Cikgu Kim berasa bangga terhadap seungmin dan felix yang berjaya mendidik dua orang pelajar nakal tersebut. Nampaknya pilihannya agar memberikan tugasan itu kepada felix dan seungmin tidak sia sia.

"Baiklah sekarang cikgu akan sebut nama dua orang pelajar daripada kelas 1 yang akan bergabung dengan kelas 2." Semua pelajar menjadi senyap , tiada satu pun yang bersuara. Seungmin menggenggam tangannya , rasa bimbang mulai menghantui dirinya.

"Lee Yoora" semua pelajar berbisik antara satu sama lain.

Terkejut? Tentu kerana Yoora merupakan salah seorang pelajar yang sering mendapat markah yang cemerlang tetapi nampaknya reputasinya merosot pada tahun ini. Manakala yoora hanya menunduk pasrah , sekurang kurang nya dia hanya diturunkan satu kelas. Dia masih memiliki peluang untuk menaikkan kelas nya pada peperiksaan yang akan datang.

"Dan Kim Seungmin-"

Seungmin menahan nafasnya kerana terkejut dan bimbang.

TBC

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now