Ketika mereka menuruni teksi tersebut , kelihatan seorang wanita yang telah berumur sedang menangis sendirian. Saat melihat tidak ada sesiapa selain wanita tersebut yang tidak bukan ada emak saudara kepada kembar tersebut , mereka menyedari bahawa mereka terlambat.
Perlahan lahan mereka mendekati wanita tersebut. Wanita itu mendongak berharap agar yang datang itu adalah kedua anak saudaranya tetapi hampa apabila melihat yang datang itu bukanlah orang yang diharapkan.
Tetapi dia sedikit terharu melihat tujuh orang remaja ini sanggup datang daripada jauh semata mata untuk mencari dua orang sahabat mereka yang hilang. Wanita itu , youngjin mengusap air matanya sambil tertunduk lesu. Ketujuh tujuh remaja itu turut bersimpati atas nasib yang menimpa wanita tersebut.
"Ahjummah terlambat , diorang dah... Diorang dah kena tangkap hiks" ujarnya dengan perasaan takut , sedih dan bimbang yang bercampur menjadi satu.
"Takpa ahjummah kitaorang janji yang kitaorang akan tolong cari diorang" ujar chan yang sudah bulat dengan tekadnya agar membantu mencari jisung dan Felix yang kini menghilang bersama para penjahat tersebut.
Youngjin menatap ketujuh tujuh remaja itu dengan perasaan kagum dan terharu. Dia tidak menyangka mereka sanggup membantunya untuk mencari dua orang anak saudaranya itu. Dia sungguh terhutang budi terhadap mereka tetapi bagaimana mereka hendak membantu nya jika dia juga tidak tahu dimana dua anak saudaranya itu.
Seketika cahaya yang terpancar tadi kini perlahan lahan menghilang. Baru sahaja dia mendapat semangat untuk memulakan pencarian tetapi apabila mengetahui mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk , cahaya yang memberi harapan kini menghilang perlahan lahan.
"Eh bukan ke ni telefon felix?" Seungmin yang tidak ingin hanya berdiam diri tanpa berbuat apa apa , memeriksa sekeliling dan perbuatannya tidak sia sia apabila dia menemukan sebuah telefon yang terletak di atas tanah.
Skrin telefon itu sedikit retak , mungkin kerana terjatuh dan menghasilkan tekanan yang tinggi apabila bertembung dengan tanah. Sudah pastinya telefon itu terjatuh daripada kedudukan yang tinggi , fikir seungmin yang meneliti telefon tersebut.
Dia amat meyakini telefon itu milik Felix. Lalu dengan segera dia mencuba untuk mengaktifkan telefon tersebut dan dugaannya tepat apabila melihat kertas dinding telefon tersebut itu adalah gambar mereka bersembilan pada saat terakhir mereka bertemu.
"Betul! Aku kenal phone case ni" kata chan pula yang begitu mengetahui sarung telefon kegemaran Felix itu.
Youngjin yang mendengar perkara tersebut lantas bangkit dan menuju mendekati seungmin. Dia meminta agar seungmin membuka telefon tersebut , dia berpendapat bahawa telefon itu adalah harapan terakhir mereka untuk mencari jisung dan felix.
Seungmin menekan untuk membuka kunci pada skrin telefon tersebut tetapi gagal untuk membukanya. Dia tidak mengetahui kata kunci telefon itu! Kemudian youngjin pula yang mencuba dan tetap gagal. Chan mengusulkan diri untuk mencuba.
Memandangkan dia dan felix amat dekat sebelum ini , dia sedikit mengingati kata kunci milik telefon tersebut. Dia sungguh berharap Felix tidak mengubah kata kunci tersebut. Chan mencuba untuk menaip kata kuncinya dan cubaan pertama dia gagal.
Tetapi dia tidak menyerah. Dia mencuba lagi dengan mengubah sedikit sahaja kata kunci yang ditaipnya dan akhirnya dia berjaya. Dia juga terkejut tetapi bangga terhadap dirinya sendiri. Dengan segera dia memeriksa telefon tersebut.
Mereka semua mendekati chan agar boleh melihat isi telefon tersebut. Tetapi nampaknya mereka tidak menemukan apa apa. Lalu youngjin mengusulkan agar memeriksa sejarah panggilan dan mesej. Tetapi panggilan yang dilakukan hanya panggilan kepada seungmin dan panggilan itu dibuat pada beberapa hari yang lalu.
Sejarah mesej pula , mereka hanya menemukan mesej yang dihantar 2 jam yang lalu kepada jisung. Mereka sedikit tersentak melihat felix meminta bantuan daripada jisung. Ini bermaksud dia berada dalam bahaya sebelum ini. Lalu di mana mereka berdua sekarang ini?
"Apa kita nak buat sekarang ni?" Soal minho putus asa. Mereka tidak menemukan apa apa petunjuk dan kini berada dijalan buntu.
"Tapi ahjummah boleh saya tanya sesuatu?" Soal hyunjin secara tiba tiba setelah lama mendiamkan diri.
Youngjin hanya mengangguk , jika dia mampu memberi maklumat maka dia akan dengan senang hati memberitahu mereka. Dia hampir berputus asa tetapi setelah melihat semangat tujuh orang remaja ini yang tidak pudar untuk terus mencari jisung dan Felix , dia berasa seperti mempunyai harapan yang baru.
"Ahjummah tahu ke siapa yang nak cederakan jisung dan felix? Dan kenapa?"
💎💎💎💎
Jisung dan felix di tarik paksa agar mengikuti empat orang tersebut. Mereka akan membawa mereka ke suatu tempat yang sukar untuk dicari oleh kebanyakan orang. Malah polis juga mungkin akan mengalami masalah untuk mencari disana.
Dua orang remaja yang kini tidak berdaya kerana dipukul , tidak mampu melawan lagi. Beberapa minit yang lalu ketika mereka ingin dibawa pergi , mereka berdua protes dan mencuba untuk melawan. Tetapi akibat tindakan mereka itu , mereka kini tercedera.
Jisung memegang poketnya dengan kuat agar telefon miliknya yang berada didalam poket tersebut tidak terjatuh. Telefon itu adalah satu satunya harapan mereka untuk meminta bantuan dan melarikan diri.
Mereka beruntung kerana penjahat itu tidak memeriksa diri mereka. Jadi setakat ini rahsia jisung menyembunyikan peralatan elektronik itu masih lagi selamat.
Kini anak mata felix dan jisung memandang sekeliling , tempat ini adalah hutan tebal. Hutan ini pasti adalah hutan larangan , memandangkan hutan ini dipenuhi dengan pokok pokok besar. Kemungkinan untuk sesat dan tidak boleh kembali juga besar.
Jisung dan Felix hanya berdiam diri semasa mereka dibawa ke hutan ini. Tetapu tidak disangkal juga bahawa mereka tertanya tanya apakah perkara yang akan menimpa mereka selepas ini. Apakah mereka akan baik baik sahaja?
Krekk
Akhirnya mereka tiba disebuah gudang lama. Dalam gudang tersebut terdapat banyak kabel lama yang terletak dengan bersepah diatas lantai. Dengan paksa mereka berdua dimasukkan ke dalam gudang itu. Lalu pintu ditutup dan dikunci daripada luar.
"Apa yang diorang nak buat kat kita?" Soal felix kepada jisung yang kini bersandar pada dinding gudang tersebut.
"Aku tak tahu tapi yang pasti kita kena keluar dari sini" ujar jisung yang mencuba untuk berdiri setelah bersandar sebentar pada dinding gudang tersebut.
Mereka berdua melihat sekeliling dan sesekali mengadu kesakitan. Perut mereka terasa perih kerana ditendang beberapa kali orang pengikut pengikut orang jahat tersebut. Mereka mengeluh kecewa kerana semua jalan telah ditutup daripada luar.
Hanya pintu yang mereka masuk sahaja yang boleh dibuka tetapi agak mustahil bagi mereka kerana dikunci daripada luar. Mereka terkurung didalam gudang ini , mereka mungkin akan mati kelaparan jika ditinggalkan di gudang ini.
"Kalaulah ada telefon bolehlah kita cuba hubungi bantuan" ujar felix dan jisung teringat akan telefonnya.
"Aku ada!" Kata jisung lalu mengeluarkan telefonnya.
"Cuba call imo!" Cadang felix. Jisung mengangguk. Dengan segera dia mencuba berharap agar usaha mereka berhasil.
TBC
Sorry late update 😭
Dan terima kasih sebab baca 💕 bye!
Vote and Comment
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...