Kedua dua adik beradik tersebut berjalan bersama sambil menikmati suasana pada petang tersebut. Mereka tidak pulang ke rumah. Selepas bertemu dengan emak saudara mereka , mereka berdua memutuskan untuk meluangkan masa bersama terlebih dahulu sebelum memberitahu berita yang menyedihkan kepada orang yang mereka sayang.
Felix memandang ke sebelah kirinya , kelihatan Jisung yang kini sedang termenung. Lalu dia menyiku lengan Jisung bertujuan untuk mendapat perhatian daripada abangnya itu. Walaupun mereka mempunyai umur yang sama tetapi Jisung merupakan orang yang lebih tua daripada felix.
"Ji- eh tak peter kalau betul kau ni abang aku kenapa aku lebih tinggi dari kau? " kata felix. Berniat untuk mencairkan suasana yang canggung antara mereka.
"Yah! Kita cuma beza 2 cm je! Okay! dan kalau kau tak biasa nak panggil peter , panggil Jisung pun boleh" kata Jisung pula. Felix hanya tertawa.
"Huh" lalu tiba tiba felix mengeluh. Raut wajahnya memaparkan perasaan sedih.
"Kenapa? Kau tak suka ke aku jadi hyung kau?" Soal Jisung yang menyebabkan felix menggeleng dengan segera.
"Taklah mana ada , aku cuma rasa sedih sebab kena tinggalkan chan hyung , minho hyung , woojin hyung , changbin hyung , seungmin , hyunjin ngan jeongin. Aku baru je kenal diorang dan tak lama lagi aku kena tinggalkan diorang" kata felix dengan perasaan sedih.
"Sama , aku pun rasa sedih nak tinggalkan diorang terutamanya hyunjin" kata Jisung , felix mengusap bahunya.
"Macam mana kita nak bagitahu diorang?" Soal felix.
"Aku rasa kita patut bagitahu esok , kat rumah kitaorang" kata Jisung manakala felix berfikir sebentar sebelum mengangguk.
"Ok nanti aku mesej yang lain supaya datang kat rumah korang" kata felix yang mendapat anggukan daripada Jisung.
💎💎💎💎
Malam itu , Felix kelihatan sedih dan tidak bersemangat seperti biasa. Perkara tersebut mengundang perasaan tertanya dalam diri chan. Lalu dia ingin menegur adiknya itu tetapi di halang oleh kedua orang tuanya , mereka berkata bahawa felix memerlukan ruang untuk bersendiri sekarang.
Tentu sahaja perkara itu menyebabkan chan bertanya mengapa tetapi dia tidak mendapatkan jawapan daripada ibu bapanya. Ibu bapanya hanya berkata bahawa felix akan memberitahu segalanya apabila tiba waktu yang sesuai nanti. Chan berasa tidak tenang , dia berasa sesuatu yang tidak baik akan terjadi. Tetapi dia mencuba untuk berfikiran positif.
Kini chan sedang berada di dalam biliknya. Dia sedang menulis nota nota yang belum lengkap di bukunya. Sedang fokus dia menulis tiba tiba telefon nya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Rupa rupanya mesej tersebut daripada felix. Felix menghantar mesej ke grup sembang mereka bersembilan. Tanpa berlengah dia membuka pesanan tersebut.
Stay Together 4ever 💬 [9]
JikseuLix:
Esok korang ada free time tak?WoojinKim:
Yepp , kenapa?MeanHo:
EntahJeongIN:
(;一_一)jeongin takda apa apa nak buat esok selain makan dan main game
Hwang:
Sama ngan jeonginChan:
Hyung tak busy esok , kenapa?
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...