"KAU KAN YANG REPORT KAT CIKGU PASAL KITAORANG KAN!?!!" Jisung mencengkam kolar baju seorang pelajar , wajah bengis juga turut paparkan. Hyunjin yang berada disebelahnya hanya memeluk tubuh sambil memandang orang yang berada pada gengaman Jisung itu.
Tetapi pelajar itu kelihatan tidak takut berhadapan dengan Jisung , dia malah tertawa sedikitpun tidak menunjukkan wajah takut. Seperti sedang meremehkan Jisung yang sedang marah. Tak guna! Fikir Jisung didalam hati.
"Haha kalau ya kenapa?" Jawab pelajar tersebut dengan berani , lalu dia mencengkam tangan Jisung dan melepaskan genggaman Jisung daripada kolar nya. Manakala Jisung yang diperlakukan sebegitu hanya menahan diri daripada terus meninggalkan kesan pada wajah pelajar tersebut.
"Apa kau tak puas hati ngan kitaorang hah?!!" Tanya hyunjin dengan marah.
Marah kerana hari ini dia dan Jisung akan menghadiri kelas tambahan sebagai hukuman atas tindakan mereka yang melanggar disiplin sekolah. Perkara tersebut mengundang perasaan tidak puas hati dalam diri Jisung dan hyunjin.
"Sebab korang dulu yang cari pasal dengan kitaorang!" Balas pelajar itu pula , yang menyebabkan Jisung berasa tidak puas hati. Setahunya dia belum lagi mencari masalah dengan mana pelajar di sekolah.
"Apa kau merepek ni?! Kau jangan nak reka cerita la bodoh!" Jerit Jisung kepada pelajar itu kerana tidak berpuas hati
"Reka cerita , Tch! Aku tahu korang yang report kat cikgu yang kitorang ponteng sekolah dan lepak kat arcade kan!" Balas pelajar itu pula dengan nada yang tinggi. Tidak berpuas hati kerana Jisung menganggapnya mereka cerita.
Jisung memandangnya dengan pandangan tidak berpuas hati. Dia tidak puas hati apabila dituduh sembarangan oleh pelajar itu. Dia paling pantang jika dituduh tanpa bukti bahawa dia yang melakukan perkara tersebut.
"Hahaha , tak sangka yang korang ni bodoh jugak kan" Jisung tertawa menyindir terhadap balasan pelajar itu.
"Lagi satu , tak sangka kau berani lawan kitaorang kan" kata Jisung lagi lalu tersenyum sinis sambil memandang ke arah pelajar itu. Jisung dapat melihat riak wajah pelajar tersebut mula berubah takut tetapi dia mencuba untuk mengekalkan riak wajah beraninya. Menarik! Fikir Jisung.
"Buat apa aku nak takut ngan korang" jawab pelajar itu pula. Mencuba untuk berlagak berani.
"Wahhh , tepuk sikit. Hahaha" kata hyunjin lalu berjalan mendekat ke arah pelajar itu.
Pelajar itu berjalan berundur ke belakang apabila hyunjin semakin mendekat. Manakala Jisung hanya memerhati sahaja , belum masanya untuk dirinya bertindak. Jisung tertawa melihat wajah takut pelajar itu sebaik sahaja dia tidak dapat berundur lagi setelah belakangnya bersentuhan dengan dinding.
Nampaknya nasib pelajar tersebut berada dalam tangan kedua pelajar nakal tersebut. Iaitu Han Jisung dan sahabatnya Hwang Hyunjin.
❇❇❇❇
Waktu rehat baru sahaja tamat , mereka bertujuh mula berpecah menuju ke kelas masing masing. Chan dan Woojin yang merupakan rakan sekelas menuju ke arah kelas mereka. Tidak lama selepas mereka tiba dikelas , guru mereka masuk dan memberitahu bahawa dia mempunyai mesyuarat.
Lalu memberikan tugasan dan meminta chan agar menghantar kerja itu dibilik guru. Mereka tidak mengambil masa yang lama kerana cikgu hanya memberikan tugasan yang mudah kepada mereka. Lalu mereka mengumpul tugasan mereka diatas meja chan. Apabila memeriksa semua pelajar sudah menghantar kerja , chan menghantar tugasan tugasan tersebut.
Chan baru sahaja menghantar kerjanya di bilik guru dan kini sedang dalam perjalanan menuju ke kelas nya terhenti apabila dia bertemu dengan seseorang yang dikenalnya. Orang itu tersenyum lalu berjalan mendekatinya , dia sedikit hairan mengapa orang datang menemuinya.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...