"Sampai pun" kata cikgu kim lalu mengangkat rotannya lalu menyimpan ke tepinya.
"Kenapa cikgu panggil kitaorang?" Tanya seungmin , manakala felix hanya mendiamkan diri.
Felix memandang ke arah dua orang pelajar yang langsung tidak mempedulikan cikgu kim itu , dia seperti pernah melihat mereka.
Cikgu kim menggerakkan tangannya sebagai tanda agar seungmin dan felix mendekatinya. Dia menyuruh mereka berdua agar berdiri di hadapan mejanya agar mereka berdua boleh melihat dua orang pelajar lain yang turut ada bersama mereka.
"Eh hyunjin! Jisung!" Kata felix sebaik melihat dua orang pelajar tersebut , manakala dua orang itu memandangnya dan kemudian tersengih. Seungmin menyiku perlahan pinggang felix lalu membisikkan sesuatu.
"Kau kenal ke?" Tanya seungmin , felix hanya mengangguk
"Kenapa ngan diorang cikgu?" Tanya felix kepada cikgu kim
Cikgu kim memandang Jisung dan hyunjin , dia mengeluh apabila melihat dua orang itu dengan selamba bermain telefon di hadapannya. Lalu Dia memandang felix dan seungmin satu persatu
"Cikgu nak korang berdua jadi tutor diorang"
"What!! No!" Jerit seungmin , Jisung dan hyunjin serentak.
Seungmin tidak ingin menjadi pengajar kepada hyunjin dan Jisung kerana dia beranggapan mereka berdua itu ialah pelajar nakal. Jadi pasti akan rumit jika dia terpaksa menjadi pengajar kepada dua orang itu.
Hyunjin dan Jisung , alasan mereka berdua tidak mahu ialah mereka malas. Mereka tidak berniat untuk belajar , lagi pula mereka yakin dengan diri sendiri walaupun sebelum ini mereka telah gagal dalan ujian beberapa kali.
"No excuse korang berdua kena jadi tutor diorang" tegas cikgu kim
"Tapi-" belum sempat mereka melawan semula , cikgu kim memotong
"Takda tapi tapi , felix dan seungmin kamu berdua kena jadi tutor diorang" kata cikgu kim kepada felix dan seungmin
"dan kamu berdua pastikan gred kamu meningkat , kalau cikgu dapat tahu kamu taknak datang belajar dengan mereka berdua. Cikgu akan bagi hukuman kat kamu berdua" kata cikgu kim kepada hyunjin dan Jisung yang pastinya tidak di persetujui oleh mereka berdua.
"Yang cikgu tahu petang ni cikgu nak tengok kamu berempat ada kat library untuk study , Ok sekarang kamu semua boleh beredar" kata cikgu kim
Hyunjin , Jisung dan seungmin dengan langkah yang terasa berat berjalan keluar bersama. Manakala felix hanya mengikut sahaja daripada belakang. Hyunjin dan Jisung berhenti lalu menghadap ke arah felix dan seungmin.
"Kitaorang taknak jadi anak murid korang" kata jisung sambil berpeluk tubuh di hadapan felix dan seungmin
"Aku pun taknak jadi tutor korang" balas seungmin sambil menjeling dan melakukan perkara yang sama.
"Kalau macam tu , kitorang takkan datang petang ni so korang takyah nak susah susah tunggu kitaorang" balas Jisung lalu beredar bersama hyunjin meninggalkan felix dan seungmin dihadapan bilik disiplin.
"Heh! Aku pun taknak datang tau tak!" Balas seungmin separuh menjerit agar hyunjin dan Jisung boleh mendengar suaranya.
❇❇❇❇
"Pahal aku tengok seungmin ni masam je bukan selalu happy tak bertempat ke?" Kata changbin apabila melihat seungmin yang daripada tadi mengacau ngacau minumannya.
Chan dan minho mengalihkan pandangan mereka ke arah felix seakan meminta jawapan kepada pertanyaan changbin.
"Tadi cikgu kim panggil kitorang-" belum sempat felix menyambung ayatnya chan memotong.
"Hah!? Kenapa? Oh korang ponteng kan?! Ke korang buat masalah" kata chan. Dia berfikir felix dan seungmin pasti melakukan sesuatu sebab itulah mereka berdua dipanggil oleh cikgu kim iaitu guru disiplin sekolah mereka.
"Mana ada" dalih felix dengan kesal kerana di tuduh yang bukan bukan.
"Habis tu?" Chan bertanya semula.
"Itu lah lain kali jangan suka potong cakap orang" kata woojin memberi ceramah kepada chan dan mengundang tawa jeongin , changbin dan minho.
Manakala seungmin pula masih dengan aktivitinya yang tadi. Lalu dia berhenti dan bersuara.
"Sebenarnya kitorang kena jadi tutor petang ni" kata seungmin dengan malas.
"Baguslah" kata chan apabila mendengar kata kata seungmin.
Bukankah jika menjadi pengajar itu bagus kerana jika kita mengajar orang lain , maka perkara yang kita ajar itu akan menjadi lebih mudah untuk kita fahami. Dalam erti kata lain , kedua dua nya mendapat faedah yang sama. Fikir chan.
"Yalah , nanti mesti hyung akan jadi lebih pandai" sokong jeongin sambil menunjukkan ibu jari kepada seungmin
"Tapi......felix bagi tahu diorang" seungmin tidak menyambung ayatnya malah menyuruh felix untuk menyambung kata katanya.
"Err masalahnya orang yang kitaorang kena ajar tu pelajar nakal" kata felix , kini mereka faham apa sebab seungmin tidak menyukai perkara itu.
"Siapa dua pelajar tu?" Tanya minho
"Han Jisung dan Hwang hyunjin" kata felix , jeongin seperti mengenali nama tersebut. Dia mencuba untuk mengingati dua nama tersebut.
"Oh aku kenal diorang!" Kata jeongin sebaik sahaja dia mengingati dua nama tersebut
"Kenapa diorang berdua tu famous sangat? Felix kenal diorang , jeongin pun. Tapi macam mana kau kenal diorang?" Tanya seungmin , jeongin tersenyum
"Diorang lah pembuli yang pinjam duit aku hari tu dan percaya atau tak diorang ganti balik"
❇❇❇❇
Jisung dan hyunjin melihat ke kiri dan kanan seakan berjaga jaga daripada sesuatu. Apabila memastikan laluan itu selamat untuk di gunakan dengan senang hati mereka melalui koridor tersebut. Tetapi sebaik sahaja mereka memasuki simpang untuk menuju ke pintu hadapan sekolah , seseorang menghalang jalan mereka.
Tepat di hadapan mereka cikgu kim sedang bercekak pinggang. Jisung dan hyunjin tidak henti henti merutuki nasib mereka pada waktu ini. Sepatutnya mereka lebih berjaga jaga agar tidak di temui oleh guru disiplin itu. Jisung hanya tersengih di hadapan cikgu kim , begitu juga dengan hyunjin.
"Hehe , petang cikgu kitorang nak lalu" kata Jisung tetapi cikgu kim tidak memberi mereka laluan.
"Jalan ke library bukan arah ni , sila ikut arah yang ini ya" kata cikgu kim sambil menunjuk ke arah perpustakaan.
"Arggghh cikgu perut ni tiba tiba sakit lah" kata hyunjin berpura pura seperti sedang sakit perut.
"Oh sakit perut , nah ubat sakit perut" kata cikgu kim lalu mengeluarkan ubat sakit perut lalu di berikan kepada hyunjin
"So sekarang cikgu nak korang berdua pergi library. Felix dan seungmin dah tunggu tu" arah cikgu kim dan dengan terpaksa mereka berdua pergi ke perpustakaan pada petang itu.
Cikgu kim menggelengkan kepalanya melihat tingkah dua pelajarnya itu. Dia pasti mereka akan mencipta pelbagai alasan hanya untuk mereka terlepas daripada belajar. Oleh itu , dia sudah melakukan persediaan. Nasib baik dia sudah banyak kali menghadapi pelajar yang suka mencipta alasan.
Tugas terakhirnya sekarang ialah memastikan dua orang itu pergi ke perpustakaan dan bukan nya menyimpang ke tempat lain. Dia mengikuti hyunjin dan Jisung daripada belakang dan tekaan nya tepat dua orang itu hampir berjaya melarikan diri jika dia terlambat mengikuti mereka tadi.
TBC
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...