2⃣4⃣ - Bittersweet

322 41 36
                                    

A/N : masih ada ke yang tunggu cerita ni? Kalau ada , thanks sangat² 😭 dan thanks for 1K+ reads 💕💕💕

"Peter , janji dengan eomma yang kamu akan
selalu jaga adik kamu" Jisung yang masih berumur 10 tahun hanya mengangguk menyetujui kata kata ibunya.

"janji!" Kata Jisung sambil menghulurkan jari kelingking nya ke atas sebagai tanda dia sudah berjanji terhadap ibunya.

Ibunya tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu. Walaupun nakal tetapi tidak pernah mengingkari nasihatnya. Lalu tangannya mengusap kepalanya anaknya perlahan , bangga dengan tingkah anak sulungnya itu.

"Eomma! Hyung! Ilix sudah siap!" Seorang kanak kanak yang berumur 10 tahun iaitu kembar kepada Jisung , felix tiba tiba berlari ke arah mereka.

"Wahh rajinnya anak anak eomma pergi sekolah" puji ibu kepada dua orang kembar tersebut. Menyebabkan kedua dua adik beradik itu tersengih bangga kerana dipuji oleh ibu mereka.

"Mestilah sebab ilix nak jadi budak baik" kata felix

"Mana appa?" Soal jisung , dia berpaling untuk mencari kelibat ayahnya. Senyuman terukir di wajahnya saat melihat ayahnya yang lengkap berpakaian pejabat berjalan menuju ke arah mereka.

"Wahh appa nampak encem!" Puji Jisung. Felix turut melihat ke arah ayahnya itu.

"Eh mesti! Tengok lah appa siapa" kata ayah mereka yang mengundang tawa daripada sang ibu.

"Appa kitaorang!" Kata Jisung dan felix serentak sambil tersenyum bahagia.

Pagi itu terasa amat bahagia bagi keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli tersebut. Gurau senda serta tawa mewarnai pagi mereka. Namun entah kenapa sang ibu berasa sedikit tidak sedap hati pada hari itu.

Sehingga terasa berat untuknya membiarkan kedua dua anak nya itu pergi. Ingin sahaja dia menghalang suaminya agar tidak menghantar anak anaknya itu ke sekolah namun niat itu terbatal ketika melihat wajah ceria kedua anaknya.

"Eomma annyeong!" Jerit kembar tersebut sambil melambai ceria ke arah ibu mereka.

"Annyeong" ibu mereka melambai kembali.











"Hyung bila Eomma ngan appa nak datang?" Soal felix sambil menyepak angin kerana bosan menunggu.

Telah lebih kurang 30 minit mereka menunggu , namun ibu bapa mereka tidak kunjung tiba. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja pelajar yang berada dikawasan perkarangan sekolah. Jisung yang tidak tahu jawapan akan soalan felix hanya mengangkat bahunya lalu berkata.

"Entah , kejap lagi kot"

Kelihatan felix mengeluh. Lalu mengambil keputusan untuk duduk di tepi abang kembarnya itu.

"Emm hyung , boleh tak kalau ilix nak ajak Eomma ngan appa pergi jalan jalan?" Soal felix tanpa melihat ke arah Jisung.

Kanak kanak 8 tahun itu hanya menatap ke arah jalan raya yang kosong dihadapan mereka , sambil kedua dua kakinya di hayunkan ke hadapan dan belakang.

"Mestilah boleh" kata Jisung

"Yeahhhh! Tak sabarnya nak jumpa ngan Eomma ngan appa" teruja felix yang menyebabkan Jisung tertawa kecil.

Kedua dua adik beradik itu menghabiskan masa mereka dengan bersembang mengenai rancangan mereka untuk membawa ibu dan ayah mereka pergi bersiar siar. Tanpa disedari telah 1 jam 10 minit mereka menunggu namun ibu dan ayah mereka masih tidak mengambil mereka.

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now