Minsoo tersenyum puas sambil duduk di atas kerusi empuk miliknya. Dirinya kini berada di dalam pejabatnya. Ingin merehatkan diri setelah menjalankan rancangannya untuk menghapuskan dua orang yang selama ini telah dicarinya.
Perasaan benci telahpun bersarang didalam hatinya sehingga melupakan bahawa dua orang itu tidak bersalah. Melupakan bahawa kejadian itu terjadi secara tidak sengaja dan malah menyalahkan mereka.
Oleh kerana perasaan dendam dia terlupa bahawa dua orang itu masih lagi kecil pada ketika kejadian yang menyayat hatinya itu terjadi. Namun kini dia tersenyum puas, dia berasa kini semuanya telah berlaku dengan adil.
Hasratnya bahawa nyawa harus dibayar dengan nyawa kini lunas. Dia telah membalas dendam dengan memastikan dua orang itu turut mati dalam kebakaran seperti mendiang anaknya. Namun entah mengapa secara tiba tiba, dirinya terasa kosong.
Ya betul dia telah membakar gudang itu bersama dengan segala benda yang berada di dalam. Namun dia tetap berasa seperti dia belum mencapai kepuasan yang diinginkannya. Mungkin kerana dia tidak melihat dua orang itu mati di depan matanya sendiri.
Lantas minsoo berdiri dan mencapai kunci keretanya. Dia ingin melihat sendiri bagaimana dua anak saudaranya itu hangus dijilat api. Sungguh akan menjadi pemandangan yang menggembirakan fikirnya. Akalnya seakan telah gila, oleh kerana dendam yang amat besar di dalam hati nya.
Namun tanpa dia sedari sesuatu sedang menantinya. Perkara yang mungkin akan menyebabkan dirinya menerima kesan akibat perlakuannya. Kerana ketika dia membuka pintu pejabatnya, dia dihadapkan dengan dua orang anggota polis.
Tanpa sempat mengambil tindakan, dirinya ditangkap dan digari. Dia berusaha melawan namun ini merupakan pertarungan satu lawan dua and tiada sesiapa yang menolongnya. Malah salah seorang orang bawahannya hanya memandangnya.
"Lepaskan aku! Aku tak bersalah!" Jerit minsoo.
"Maaf encik tapi semua bukti telah dikumpul dan memang terbukti encik bersalah" kata salah seorang daripada pihak polis tersebut.
"Aku dah bagi amaran dekat kau. Dua orang budak tu tak bersalah, kau tak boleh buat macam tu. Tapi kau tak peduli dan teruskan tindakan kau. Maaf aku memang kawan kau tapi aku tak nak terlibat dengan tindakan busuk kau ni" Ujar orang yang telah melaporkan dan menyerahkan segala bukti kepada pihak polis.
Minsoo memandangnya tak percaya. Dia dikhianati oleh rakannya sendiri?! Rakannya yang telah lama dia percaya dan selalu membantunya kini menjadi orang pertama yang mengkhianati dirinya. Namun kemudian dia tersenyum.
"Aku tak peduli, yang penting dua orang tu dah takda kat dunia ni. HAHAHHAHAHA" Minsoo berkata sebelum tertawa terbahak bahak. Dia tidak peduli dirinya ditangkap kerana dia yakin rancangan untuk membunuh dua orang itu berjaya. Fikirnya.
"Pasal tu, aku tak rasa yang diorang dah takda" Minsoo memandang rakannya tak percaya.
"APA YANG KAU DAH BUAT?! LEPASKAN AKU!" Minsoo menjerit tidak berpuas hati.
Namun rakannya itu hanya memberi isyarat agar membawa minsoo ke penjara dengan secepat mungkin. Lalu hanya jeritan tidak berpuas hati daripada minsoo yang kedengaran disepanjang koridor tersebut. Menjerit jerit nama dua orang iaitu jisung dan felix. Menjerit sambil berkata kamu berdua akan mati.
Flashback
Felix dan jisung kini sedang terduduk di tepi dinding. Mereka kini berasa takut dan bimbang dalam masa yang sama. Hal ini kerana mereka baru sahaja mendengar bahawa mereka akan dibakar hidup hidup didalam gudang lama ini.
Mereka masih ingin hidup tetapi nampaknya hidup mereka akan berakhir disini. Saat inilah felix mulai menyesali tindakan yang memilih untuk keluar rumah sendirian sehingga berakhir ditangkap bersama jisung.
Namun adakah benar jika mereka akan menghembuskan nafas mereka yang terakhir disini? Adakah mereka berpeluang untuk bertemu dengan orang orang yang mereka sayang? Atau masihkah ada peluang untuk mereka melepaskan diri?
Sungguh mereka menginginkan jawapan bagi segala persoalan itu sekarang juga. Mereka tidak ingin mengalah namun mereka seakan putus asa. Mereka hanya mampu meratapi detik detik terakhir mereka disini.
Namun seketika kemudian seseorang membuka pintu utama gudang tersebut. Jisung dan felix dengan segera berjaga jaga dan memastikan bahawa orang ini berbahaya atau tidak.
"Tunggu tunggu, aku datang nak tolong" Kata orang itu.
"Macam mana kitaorang nak tahu yang kau tak tipu?" tanya Jisung
"Korang kena percaya kan aku, aku akan tolong korang keluar dari sini. Aku yakin korang dah takda pilihan lain, jadi ikut je rancangan aku" kata orang itu.
Jisung dan felix yang memang sudah tidak memiliki sebarang pilihan hanya mengangguk setuju.
End Flashback
💎💎💎💎
"Ada dua orang yang ditemukan!" Jerit seorang bomba yang bertugas memeriksa kawasan sekeliling hutan tersebut.
Youngjin semakin menangis. Air matanya mengalir dengan deras. Dia gagal! Dia gagal menjalankan amanah untuk menjaga dua orang anak saudaranya itu. Dia berasa sungguh bersalah.
Manakala chan dan yang lain hanya mampu menerima bahawa dua orang rakan mereka telah pergi. Mereka tidak akan pernah berjumpa lagi. Baru sahaja mereka bersembang dan berbincang mengenai bila mereka akan bertemu lagi. Namun segalanya kini hancur bagi mereka.
"IMO!"
Jeritan tersebut menyedarkan mereka semua yang kini sedang menangis. Mereka mendongak dan memandang ke hadapan. Dua orang yang mereka tangisi kini sedang berdiri dihadapan mereka. Walaupun dua orang itu dipenuhi luka, youngjin tetap bersyukur melihat mereka berdua.
Dengan tangan yang bergetar, youngjin mencuba untuk menggapai dua anak saudaranya itu.
"J-jisung, F-felix"
"HUAAA IMO KITORANG INGAT YANG KITAORANG AKAN MATI!" Dengan segera jisung dan felix berlari dan memeluk satu-satunya anggota keluarga mereka yang tertinggal.
Rakan rakan kembar tersebut kini menangis kembali tetapi kini bukan nangis kesedihan tetapi menangis gembira dan bersyukur. Bersyukur bahawa dua orang rakan mereka itu selamat.
"hyung!" Felix memeluk chan yang bergelar abang angkatnya. Dia begitu takut sebelum ini namun kini dia boleh menghembuskan nafas lega.
"Jisung!" Jerit hyunjin berjalan mendekati jisung.
"Huaaa hyunjin!! Aw!! Sakitlah!!" Jerit jisung sambil menggosok kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh hyunjin.
"Itu sebab kau buat aku fikir yang kau dah takda" kata hyunjin
"Cih! Jahat! Aku ingat kau ni kawan baik aku" kata jisung merajuk sambil berpeluk tubuh.
Yang lain hanya tertawa walaupun baru sahaja mereka menangis sebentar tadi.
"Macam mana korang boleh selamat?" Tanya Seungmin sambil mengelap air matanya.
Jisung and Felix berpandangan seketika.
"Ada seseorang yang tolong kitorang, untuk selamat"
TBC
Tinggal 1 atau 2 chapter sebelum story ni tamat!!!
Thanks kepada yang sanggup tunggu dan support story ni daripada awal😭😭. Saya sangat menghargai nya!♥️♥️♥️
Saya harap korang dapat tunggu untuk next chapter bye!
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...