Dia menggerakkan jarinya di atas papan kekunci , pergerakannya kelihatan lincah apabila tiada langsung kesalahan yang dilakukannya semasa menaip. Raut wajahnya yang tadi kelihatan tidak berperasaan perlahan lahan berubah. Berpuas hati dengan hasilnya dia menekan butang hantar pada skrin komputernya dengan menggunakan tetikus.
Senyuman terukir di wajahnya sebaik sahaja pesanan tersebut telah di hantar kepada sang penerima. Dengan segera dia menutup komputer nya dan meninggalkan ruang tersebut. Pintu di tutup , jam di dinding dilirik sebentar. Hari telah larut , mungkin sang penerima pesanan itu telah pun hanyut di alam mimpi. Fikir nya.
Tanpa mempedulikan fikirannya itu , dia menuju ke arah biliknya. Dia melabuhkan duduk di atas katil sambil menatap sebuah gambar yang terletak di atas meja. Tanpa berfikir panjang , tangannya bergerak mengambil gambar tersebut. Dirinya tersenyum melihat dua orang kanak kanak di dalam gambar tersebut.
"Tak lama lagi , kamu berdua akan bersama semula. I promise" katanya dengan sebuah senyuman yang sukar untuk diertikan.
💎💎💎💎
"Hyung!" Jerit felix sambil mengetuk pintu bilik chan berkali kali.
Manakala chan yang merupakan pemilik bilik itu langsung tidak terganggu dengan bunyi bising tersebut. Dia kelihatan sedang tidur dengan lena. Sempat dia menarik selimutnya dengan mata yang tertutup.
"Hish! Hyung ni tidur pun macam tak tidur setahun" bebel felix seorang diri.
Tok! Tok! Tok!
"Hyung! Chan hyung! Bangun! Kalau taknak bangun nanti aku taekwondo pintu ni dan jangan salahkan aku kalau hyung takda pintu bilik" ancam felix tetapi tiada langsung balasan daripada chan. Chan masih tertidur lena di dalam biliknya.
Klek!
"Eh??" Pintu terbuka. Rupa rupanya chan tidak mengunci pintu biliknya.
'Rugi je aku jerit jerit tadi , kalau aku chan hyung tak kunci pintu dah lama aku masuk tadi' kata felix di dalam hati.
Tidak lama kemudian , dia memasuki bilik chan dan mendapati abangnya itu sedang tertidur lena diatas katil. Terbit rasa kasihan apabila melihat abangnya itu sedang tertidur. Tidak sampai hati mengejutkan abangnya yang sedang terlena tidur tapi hendak bagaimana lagi jika dia memerlukan abangnya sekarang.
Lagipun sekarang waktu menunjukkan pukul 5 pagi dan hari ini ialah cuti jadi wajar jika chan terlewat bangun. Tetapi entah mengapa felix terjaga awal pada hari ini dan melihat sesuatu yang mengejutkannya sebaik sahaja dia melihat ke arah telefon nya pada pagi ini.
Langkah di atur menuju ke arah katil chan. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk mencari sesuatu yang berguna untuk mengejutkan abangnya itu. Tetapi dia tidak menemukan apa apa yang berguna , dia hanya melihat beberapa helai kertas , buku dan pen yang tidak tersusun di atas meja belajar milik chan.
Nampaknya dia harus menggunakan suaranya untuk mengejutkan chan.
"HYUNG! BANGUN! CHAN HYUNG BANGUN!" jerit felix tepat pada telinga chan menyebabkan chan terkejut dan terjaga daripada tidurnya.
"HAH!?" Jerit chan terkejut , dia memandang ke kiri dan kanan panik. Kemudian dia menemukan felix yang sudah tertawa di atas lantai.
"Yah! Pahal ganggu hyung tidur ni?!pergi main jauh jauh , hyung nak tidur balik" kata chan sambil melambai lambai kan tangannya menyuruh felix pergi daripada biliknya.
"Hyung jangan tidur dulu , aku nak tunjukkan sesuatu kat hyung ni" kata felix sambil mengambil telefonnya yang tersimpan di dalam poketnya.
"Hmmm mana?" Kata chan yang mengalah. Nampaknya dia terpaksa menahan ngantuknya pada kali ini. Kerana dia tahu felix tidak akan berhenti mengganggu aktiviti tidurnya sehingga dia benar benar terjaga.
"Ni" kata felix. Dengan senang hati dia menunjukkan e-mel yang diterimanya kepada chan. Chan mengambil dan membaca e-mel tersebut.
From : LeeYoungJin11
To : FelixLix00
Subject : Good newsHi felix! Imo ada berita baik untuk kamu! Imo dapat beberapa info tentang ibu bapa angkat hyung kamu tapi masalahnya imo masih tak dapat nak berhubung dengan diorang. But don't worry we'll meet him soon. So can i meet you today at the park near your school at 12 a.m
"Hmm baguslah , kau dah balas e-mel ni?" Soal chan sambil sesekali menguap
"Dah tapi imo belum balas , kenapa eh?" Kata Felix pula.
"Mesti dia tidur lagi lah tu. Dah hyung nak tidur balik" kata chan lalu mencuba untuk tidur semula.
"Hmmm yalah" kata felix sambil berjalan keluar daripada bilik abangnya.
Tetapi dengan perasaan gembira dia menuju ke arah ruang tamu. Hatinya gembira apabila mengetahui bahawa dia boleh bertemu dengan abang kembarnya semula tidak lama lagi. Dan nampaknya dia harus bersiap nanti kerana dia akan bertemu dengan emak saudaranya pada pukul 12 tengah hari nanti.
💎💎💎💎
Jisung memeriksa telefonnya yang bergetar. Dia baru sahaja terjaga daripada tidurnya , anak matanya melihat ke arah jam yang tertera pada skrin telefonnya. Jam menunjukkan pukul 8.07 pagi. Tetapi bukan jam itu yang menarik perhatiannya saat ini namun satu mesej yang dihantar oleh seseorang yang tidak dia ketahui.
Pada mulanya dia hanya membiarkan sahaja mesej itu dan menuju ke bilik mandi untuk mandi. Setelah selesai mandi , dia mencapai telefonnya sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia memilih pakaian yang selesa dan memakainya. Tidak lama kemudian dia berjalan keluar daripada biliknya dan menuju ke arah ruang tamu.
Kelihatan hyunjin yang sedang bersarapan duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Jisung duduk di sebelahnya , lalu dia membuka mesej tersebut. Dia mengerutkan dahinya melihat mesej tersebut.
From : Unknown
Jisung right?
Jumpa aku tengah hari ni kat taman tepi sekolahYa tapi kau siapa?
Dan kenapa pula aku kena jumpa dengan kau?I guess you know the answer
Kalau kau nak tahu tentang siapa diri kau jumpa aku nantiJisung terdiam apabila melihat balasan daripada orang tersebut. Satu persatu persoalan mulai muncul di dalam mindanya seperti siapakah orang ini? Bagaimana dia tahu bahawa Jisung tidak mengetahui tentang dirinya sendiri? Dan kenapa orang itu secara tiba tiba menghantar mesej ini kepadanya setelah sekian lama?
Hyunjin yang berada di sebelah Jisung berasa hairan melihat tingkah sahabatnya yang hanya mendiamkan diri. Lalu hyunjin mendekati Jisung dan melihat ke arah skrin telefon milik Jisung.
"Apa maksud orang ni?" Soal hyunjin tiba tiba menyebabkan Jisung tersentak.
"Aku tak tahu , tapi aku rasa orang ni tahu sesuatu tentang aku dan mungkin dia tahu kenapa kebelakangan ni ada orang yang perhatikan aku" teka Jisung
"What?! Ada orang perhatikan kau! Kenapa kau tak bagitahu kat aku? Bahaya tau tak" kata hyunjin
"Aku lupa tapi patutkah aku jumpa orang ni?" Soal Jisung menyebabkan hyunjin terdiam.
Patutkah Jisung bertemu dengan orang tersebut? Atau patutkah hyunjin menghalang Jisung untuk bertemu orang tersebut? Hyunjin meraup wajahnya , tidak tahu hendak melakukan apa. Lalu dia hanya berdiam diri sambil berfikir sama ada membiarkan Jisung menemui orang itu atau tidak.
Tetapi yang pasti dia harus melakukan keputusan yang betul kerana apa apa sahaja boleh berlaku.
TBC
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...