Tok! Tok!
Bunyi pintu diketuk kedengaran , tetapi langsung tidak menggangu bagi seseorang yang kini sibuk mengerjakan tugasnya. Orang itu , chan tidak menyadari perkara tersebut kerana alat pendengar yang setia berada di telinganya. Dia hanya meneruskan kerja nya iaitu membuat kerja sekolah di biliknya tanpa menyedari seseorang sedang mengetuk pintu biliknya.
Tetapi setelah beberapa minit ketukan itu mulai menghilang dan digantikan dengan bunyi pintu di buka. Perkara itu juga langsung tidak menganggu Chan. Orang membuka pintu itu pula hanya mampu memasang wajah datar memandang chan yang tidak menyedari kehadirannya.
"Patutlah aku ketuk hyung tak buka. kalau aku tahu hyung tak dengar , dah lama aku masuk tadi. Haihhh hyung hyung" kata orang itu , Felix
Lalu tiba tiba sesuatu terlintas difikirkannya. Kemudian dia tersenyum dengan senyuman yang sukar untuk di terangkan. Secara perlahan lahan dia menuju ke arah chan , dia mengangkat kedua dua tangannya. Baru sahaja dia ingin mengejutkan abangnya itu , tetapi chan terlebih dahulu berpaling ke arahnya.
"Eoh! Hai hyung~hehehe" kata tersengih felix lalu tersengih dan menurunkan kedua dua tangannya. Didalam hati dia sudah mengeluh kecewa kerana gagal mengejutkan abangnya itu
"Hi~ kenapa cari hyung ni?" Tanya chan sebaik sahaja melihat felix. Sebenarnya tadi dia melihat bayang bayang seseorang , sebab itulah dia berpaling ke belakang untuk melihat pemilik bayang bayang tersebut.
"Nak tanya tentang seungmin" kata felix lalu duduk di atas katil milik chan. Chan pula mengangkat sebelah keningnya , pelik melihat felix tiba tiba bertanya mengenai seungmin.
Lalu chan memusingkan kerusinya agar menghadap ke arah felix.
"Kenapa ngan seungmin?" Tanya chan. Mesti ada sesuatu fikirnya.
"Boleh tak hyung bagitahu aku tentang seungmin. Like how many siblings he have? or maybe anything that related to him?" Tanya felix
"Hmmm lemme think. hah! Setahu hyung, dia tu anak tunggal. Parents dia pula selalu busy dengan kerja , so parents dia tak selalu ada kat rumah. Oh ya , baru hyung ingat yang dia sangat rapat ngan jeongin dan hari tu dia kata jeongin tu dah macam adik dia. Kenapa?" kata chan panjang lebar setelah berfikir sebentar mengenai seungmin.
"Ohh" kata felix sambil menganggukkan kepalanya
"Ermm takda apa , cuma aku curios je masa kat rumah seungmin tadi" kata felix menerangkan tujuan sebenar dia bertanya mengenai seungmin.
❇❇❇❇
Keesokkan harinya , felix berjalan menuju ke kelas nya. Setelah berpisah dengan chan di koridor sekolah yang memisahkan perjalanan mereka menuju ke kelas , felix hanya berjalan dengan ke kelas nya. Baginya hari ini suasana di sekolah agak baik kerana tidak terlalu bising dan tidak terlalu sunyi.
Semasa dia sedang berjalan menuju ke kelas nya tiba tiba seseorang menghentikannya. Orang itu memegang bahunya daripada tepi dan menyebabkan dirinya berhenti dengan serta merta.
"Yah Han—eh?!" orang itu terkejut apabila felix menghadap ke arahnya. Felix memandangnya pelik , dia tidak mengenal siapa orang yang kini berada bersama nya. Lalu dia ternampak tanda nama pada pakaian seragam pelajar tersebut
'황현진'
"Err takda apalah" kata pelajar tersebut lalu berlalu meninggalkan felix yang terpinga pinga.
"Pelik"kata felix seorang diri lalu dia hanya memutuskan untuk tidak mempedulikan orang itu dan meneruskan perjalanannya menuju ke kelasnya.
"Eh tapi dia kata tadi han , siapa han?" Kata felix lagi. Setahunya dia tidak mengenali orang yang bernama han.
"Ey kau ni kenapa?" Tegur seungmin tiba tiba sebaik sahaja felix tiba dikelas dan mengambil tempat disebelahnya.
"Kau kenal han?" Tanya felix pula , bukan menjawab malah bertanya semula. Seungmin menggeleng
"Hyunjin?"tanya felix lagi , seungmin kelihatan sedang berfikir
❇❇❇❇
Hyunjin Pov
Aku berjalan jalan di kawasan koridor sekolah. Aku sebenarnya sedang mencari Jisung , tadi dia kata nak pergi tandas sekejap tapi lama aku tunggu dia tak datang datang. Jadi aku buat keputusan untuk cari dia , tujuan aku cari dia sebab aku bosan kat kelas. Dahlah dari tadi cikgu belum masuk.
Sedang aku berjalan di kawasan koridor sekolah , aku ternampak seseorang yang aku kenal sedang berjalan sendirian. Itu Jisung , tapi dia nak pergi mana? Kelas kitaorang bukan lalu jalan tu. Baik aku pergi tanya dia , aku berjalan dengan pantas agar aku boleh mengejar langkahnya.
Aku bernasib baik kerana Jisung hanya berjalan dengan perlahan. Sebaik sahaja aku tiba di sebelahnya , aku memegang bahunya agar dia menyedari kehadiran ku.
"Yah! Han—eh?!" Eh ni bukan Jisung , dia ni siapa? Tapi kenapa aku tengok dia tadi macam han? Aku memandang ke arah tanda namanya untuk melihat siapakah nama pelajar ini.
"방필릭스"
Felix?! Dia ni bukan korean? Hmm mungkin pelajar baru kot? Tapi kenapa dia nampak macam Jisung tadi? Ataupun aku salah nampak tadi.
"Err takda apalah" selepas berkata begitu , dengan segera aku meninggalkan pelajar itu. Aku kena cari Jisung.
Kawasan pertama yang terlintas di fikiran aku ialah tandas. Kenapa? Sebab tadi dia kata nak pergi sana. Tapi apabila aku tiba ditandas , aku tidak melihat langsung kelibat Jisung di sana. Aku memutuskan untuk memasuki tandas tetapi tiada. Aikk mana dia pergi? Aku berjalan keluar dan mula mencari lagi.
Lalu aku ternampak seseorang sedang berjalan sendirian sambil bersiul kecil. Aku mengecilkan mata ku untuk melihat orang tersebut. Akhirnya! Itu Jisung. Dengan segera aku berlari ke arahnya.
"Oi han squirrel sung!" panggil aku sambil menepuk bahunya dan kini aku tidak tersilap orang lagi.
"Sejak bila nama aku ada squirrel hah?!!" Balas Jisung pula. Aku hanya tersengih ke arahnya
"Entah benda tu tak penting. Kau pergi mana hah tadi? Kata nak pergi tandas tapi aku pergi tandas tadi kau takda. Kau pergi mana hah?" Kata aku panjang lebar
"Aku pergi dating, kenapa?" Balas Jisung pula. Eh tupai ni , aku tanya betul betul dia main main pula. Aku memandangnya dengan wajah datar
"Ok ok , kau ingat tak budak hari tu. Budak yang kita pinjam duit hari tu" kata Jisung , aku hanya mengangguk.
"Aku pergi jumpa dia , aku ganti balik duit tu" kata Jisung dengan bangga. Aku hanya membuat mulut berbentuk O dan mengangguk mendengar jawapannya.
"Kenapa kau cari aku? Kau nak bagi aku makanan free ke?" Tanya Jisung pula. Apa benda dia mengarut ni?
"Takda , oh ya! Kau ada hyung atau adik tak?" Tanya aku
"Entah" jawab Jisung sambil mengangkat kedua dua bahunya.
"Cuba kau ingat balik , takkan lah sikit pun kau tak ingat" kata aku dan Jisung mencuba untuk mengingati sesuatu tapi kemudian dia mengeluh sambil menggeleng. Aku memaparkan wajah kecewa , haihh takkan dia tak ingat.
"Sikit pun tak?" Tanya aku
"Sikit pun tak , ermm dahlah aku malas nak fikir. Bukannya aku boleh ingat pun" kata Jisung lalu berjalan mendahului aku.
Daripada cara dia bercakap tadi , aku tahu dia rasa kecewa. Kadang kadang aku rasa kesian kat dia sebab dia tak ingat langsung tentang keluarga dan dirinya sendiri. Aku hanya mengikuti Jisung daripada belakang. Aku nak sangat tolong dia supaya dia ingat balik tapi Aku tak tahu nak mula dari mana.
Hyunjin Pov End
TBC
Dapat juga update 😁 , harap korang tak bosan ngan fanfic ni. Vote and Comment
Thanks🐨💕
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...