Sudah genap seminggu felix dan seungmin menjadi pengajar kepada Jisung dan hyunjin. Walaupun pada mulanya Jisung dan hyunjin amat degil untuk datang pada waktu petang untuk belajar bersama mereka tetapi pada akhirnya felix dan seungmin berjaya juga memujuk mereka agar menghadiri kelas petang tersebut. Felix dan seungmin lega apabila akhirnya Jisung dan hyunjin setuju untuk belajar bersama mereka.
Perkara ini telah menyebabkan keempat empat remaja ini menjadi sahabat. Seungmin yang tidak suka kepada Jisung dan hyunjin akhirnya mulai menerima mereka sebagai sahabatnya walaupun kadang kala dia berasa jengkel terhadap mereka berdua. Jisung dan hyunjin pula mulai berubah sedikit demi sedikit , mereka berdua sudah tidak lagi melakukan masalah disiplin.
Sekolah mereka juga baru sahaja selesai melakukan peperiksaan penting yang melibatkan seluruh pelajar sekolah. Tentu sahaja semua pelajar mulai berasa gembira kerana akhirnya peperiksaan telah tamat dan bermaksud cuti sekolah akan menyusul tidak lama lagi. Kini keempat empat sahabat itu sedang berkumpul di kantin sekolah sambil bercerita mengenai aktiviti yang akan di lakukan mereka sepanjang cuti yang akan datang.
Mereka kelihatan gembira semasa bercerita tetapi tidak bagi seseorang , dia berasa sedikit tersinggung dan sedih. Kenapa? Kerana dia tidak memiliki keluarga bahkan dia tidak tahu bahawa dia pernah memiliki keluarga ataupun tidak. Tiada satu pun memori mengenai keluarga nya yang berada di dalam mindanya. Selama ini dia , Jisung hanya menganggap hyunjin sebagai keluarganya.
Jisung hanya pura pura tersenyum dan hanya berdiam diri sambil mendengar cerita mereka bertiga. Bermula daripada seungmin yang menceritakan kisah percutiannya di pulau jeju pada tahun yang lalu bersama keluarganya and seterusnya di ikuti felix yang bercerita mengenai percutiannya di Australia. Diikuti dengan cerita hyunjin yang bercerita mengenai diri bersama Jisung serta keluarga meluangkan masa bersama di Incheon.
Tetapi seseorang menyedari raut wajah Jisung yang berpura pura gembira. Dia tahu Jisung sedang menyimpan perasaan sedih nya sendiri. Daripada raut wajah Jisung yang pura pura tersenyum , dapat dia ketahui bahawa Jisung sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka. Tanpa berfikir panjang dia menepuk bahu Jisung sambil memberikan senyuman terbaik untuk Jisung.
"Yah , kenapa ni? Aku tengok kau macam sedih je" dia bertanya tetapi Jisung hanya tersenyum sambil menggeleng. Tentu sahaja senyuman itu merupakan senyuman palsu , bagaimana dia hendak tersenyum dengan tulus jika dia sedang bersedih. Jika dia boleh jujur dan meluahkan apa yang berada di dalam dirinya sudah lama dia meluahkan segalanya. Tetapi dia tidak mampu melakukan perkara itu.
"Takda lah , aku just ermmm lapar. Hehe" kata Jisung.
Hyunjin tahu Jisung sedang menipu , tiba tiba dirinya berasa bersalah. Dia terlupa sesuatu iaitu Jisung sedikit sensitif apabila bercerita mengenai keluarga. Jisung akan mudah berasa sedih apabila orang mula bercerita mengenai keluarga masing masing and bodohnya dia terlupa akan perkara itu.
"Kau okay?" Tanya hyunjin dan Jisung hanya mengangguk sambil tersenyum pahit.
Dia tidak ingin mereka melihat dirinya yang rapuh apabila berbincang mengenai keluarga. Hyunjin semakin berasa bersalah apabila melihat senyuman sahabatnya itu. Manakala , seungmin dan felix tidak mampu melakukan apa apa , perasaan hairan dan tertanya tanya mulai mencengkam diri mereka.
"Mind to share?" Seungmin bertanya dan mendapat anggukan daripada felix.
Jisung yang faham akan maksud seungmin itu mengeluh. Dia berfikir sebentar samaada ingin memberitahu perkara yang sebenar atau tidak. Tetapi apabila dia melihat wajah seungmin dan felix yang tulus ingin mengetahui segalanya , dia mengangguk lalu mulai bercerita.
"Sebenaranya , aku takda keluarga dan yang paling teruk aku tak tahu siapa keluarga aku sendiri. Aku takda memori dengan diorang. Yang aku tahu , bila aku bangun kat hospital aku tak kenal sesiapa" Jisung berhenti bercerita apabila felix seakan ingin bertanya.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...