A/N : Saya harap korang enjoy baca fanfic ni ,sorry kalau bosan dan pelik
Langkah kakinya kian perlahan apabila dia tidak lagi dapat menahan segala nya. Seluruh tubuh terasa lemah dan longlai. Pandangan matanya mulai gelap. Ingin sahaja dia berehat sekarang tetapi perkara itu mustahil , dia risau jika mereka berjaya menemuinya. Dengan baki tenaga yang dimilikinya , dia meneruskan perjalanannya itu walau pun dengan langkah yang lemah.Peluh bercucuran bagai hujan menuruni dahinya. Dia tidak lagi mampu meneruskan langkahnya , kakinya terasa lemah dan dia tidak mampu meneruskan langkahnya lagi. Tanpa sebarang amaran dia rebah di atas jalan , kepalanya terasa amat pening. Tetapi sebelum dia tidak sedarkan diri , telinganya menangkap bunyi tapak kaki yang sedang berlari ke arahnya.
Sayup sayup kedengaran suara seseorang yang sedang mencuba untuk mengejutkannya daripada pengsan , namun dirinya terasa amat lemah. Perkara terakhir yang dilihatnya ialah seseorang yang memaparkan wajah panik dan orang itu menepuk nepuk pipinya dengan harapan dirinya akan tersedar. Namun seketika kemudian pandangannya mulai menggelap.
❇❇❇❇
Hari ini , felix berjalan sendirian untuk pulang ke rumah. Dia memilih untuk pulang sedikit lewat daripada pelajar yang lain kerana dia bertugas di perpustakaan pada hari ini. Felix amat menyukai buku , oleh itu dia memohon jawatan sebagai pengawas perpustakaan.
Sambil berjalan dia memeriksa ke seluruh arah dengan harapan agar dia menemui pennya yang telah hilang sebelum ini. Nampaknya , pen itu tiada di kawasan ini. Dia mengeluh kerana tidak berjaya menemukan pen tersebut.
Setelah beberapa minit berjalan menjauhi kawasan sekolah , anak mata nya menangkap seseorang. Daripada uniform sekolahnya , dapat felix pastikan bahawa orang itu daripada sekolah yang sama dengannya. Tetapi sesuatu menarik perhatian nya , daripada cara orang itu berjalan dapat felix lihat orang itu sedang menahan sakit.
Pakaian seragam sekolahnya juga sedikit selekeh dan comot. Seperti habis bergaduh. Pada mulanya felix ingin melintasi sahaja orang itu , tetapi perasaan ingin tahu menghalang tindakan nya itu. Dia ingin tahu siapa orang itu. Lalu dia memutuskan untuk mengikut sahaja orang itu daripada belakang.
Rasa kasihan mulai terbit di dalam hatinya , dia ingin menolongnya tetapi dia takut. Felix tidak berani menghampirinya , ya dia pengecut. Dia tidak berani menegur orang yang dia tidak kenali , apa yang harus dia lakukan? Dia memutuskan untuk memerhati daripada jauh dan membantu sekiranya orang itu memerlukan bantuan.
Kemudian setelah beberapa minit berjalan , langkah kaki orang itu mulai lemah dan tanpa disangka dia rebah diatas jalan. Felix terkejut , tetapi dengan segera dia berlari ke arah orang itu. Felix memandangnya panik , dia mencuba untuk menyedarkannya dengan menepuk nepuk pipinya. Tetapi perkara itu sia sia kerana tidak lama kemudian dia menutup ke dua dua matanya.
"Apa aku patut buat ni? Dahlah takda siapa siapa kat sini" kata felix yang mulai panik , dia ingin mengangkat orang tetapi aku tidak mampu melakukan perkara itu sendirian. Dia melihat nama orang itu , han Jisung. Dia seperti pernah mendengar nama itu sebelum ini.
"Aduh han Jisung apa aku nak buat ni" felix mulai panik , lalu dia mengeluarkan Telefon nya untuk menelefon seseorang. Tapi malangnya telefon nya mati. Kini dia menyesali tindakannya yang tidak mengecas telefonnya semalam.
Dia melihat ke sekeliling , lalu dia ternampak seseorang yang kelihatan sedang mencari. Dia mengenali orang tersebut. Orang itu yang memanggilnya Han sebelum ini. Mungkin han yang dia cari itu ialah han Jisung , felix berfikir untuk memanggil orang itu.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...