Youngjin menghembuskan nafas ketika mendengar pertanyaan hyunjin itu. Ada rasa ragu yang bersarang di dalam hatinya pada ketika ini , dia tidak ingin mereka turut terkena impaknya. Tetapi nampaknya dia tidak memiliki pilihan lagi.
"Orang yang nak cederakan diorang adalah bekas suami ahjummah" Ketujuh tujuh remaja itu terkejut mendengar perkara tersebut.
Jadi selama ini orang yang ingin mencederakan dua orang adik beradik itu adalah bapa saudara mereka sendiri. Mereka tidak menyangka bahawa bapa saudara jisung dan felix sanggup melakukan perkara tersebut. Lagi lagi terhadap anak saudaranya sendiri.
"Tapi kenapa?" Tanya Chan. Dia ingin mengetahui punca perkara tersebut berlaku.
"Balas dendam" kata youngjin yang kini menunduk.
Ketujuh remaja itu tercengang ketika mendengar kata balas dendam daripada mulut wanita tersebut. Tetapi satu persatu pertanyaan muncul dibenak mereka , apakah penyebab balas dendam itu berlaku? Apakah yang telah dilakukan adik beradik kembar tersebut sehingga menimbulkan perasaan ingin balas dendam tersebut?
Mereka menanti persoalan tersebut terjawab namun mereka menyedari bahawa jika hanya menunggu tanpa bertanya persoalan tersebut tidak akan pernah terjawab. Demi mendapat jawapan atas persoalan tersebut , pertanyaan haruslah dilakukan
"Kenapa? Apa salah diorang berdua?" Soal chan yang sangat menginginkan jawapan daripada segala persoalan yang bersarang didalam fikirannya.
Kelihatan wanita itu menghembuskan nafas. Jujur dia tidak ingin mengungkap kembali cerita lama kerana perkara tersebut amat menyakitkan. Namun walaupun begitu perkara yang berlaku beberapa tahun lalu itu tidaklah menjadi alasan nya untuk membenci dua anak saudaranya itu.
"Semua berlaku semasa mereka masih kecil" Youngjin memulakan ceritanya.
Pada ketika tersebut bersamaan dengan hari dimana dua orang adik beradik kembar tidak seiras sedang berulang tahun , terjadi satu kejadian yang amat sukar untuk dilupakan. Kejadian dimana nyawa seseorang anak kecil seperti dua orang kembar tersebut diragut oleh api besar yang melahap rumah tersebut.
Tiga kanak kanak yang masih berumur tiga tahun tersebut tidak mampu berbuat apa apa ketika terperangkap didalam rumah tersebut. Yang dilakukan oleh mereka hanya menangis dan menangis. Tetapi salah seorang daripada mereka memberanikan diri melangkah untuk mencari jalan keluar.
Namun malang bagi ketiga orang kanak kanak tersebut apabila rumah tersebut perlahan lahan runtuh dan haba daripada api yang ada disekeliling mereka mulai terasa panasnya. Ketika itu mereka mulai hilang semangat untuk terus hidup , mereka hanya mampu berpelukan sambil menangis bersama.
Asap asap semakin menebal dan menyukarkan mereka untuk bernafas. Adakah ini pengakhiran bagi mereka? Udara semakin menipis , mereka mungkin akan kehabisan oksigen jika terus berada didalam.
Tetapi seketika kemudian mereka mendengar suara teriakan dua orang lelaki iaitu ayah ayah kepada mereka. Mereka menangis semakin kuat ketika melihat raut wajah risau ayah mereka. Ayah mereka berhasil memasuki rumah tersebut untuk menyelamatkan mereka.
Saat dua orang lelaki dewasa tersebut ingin mendekati mereka , tanpa mereka sedari satu kayu yang besar hampir jatuh mengenai tiga kanak kanak tersebut. Salah seorang daripada kanak kanak itu iaitu sepupu kepada kembar tersebut dengan segera menolak dua orang kembar tersebut agar menjauh dari tempatnya.
Tetapi disebabkan tindakannya itu , dia terkorban kerana terhempap oleh kayu berapi tersebut. Disebabkan dirinya yang masih terlalu kecil , dia tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika telah berjaya dibawa keluar.
Youngjin mengelap air matanya yang mengalir membasahi pipinya. Mengingat kembali bagaimana wajah tenang anaknya yang sudah pergi itu selalu berjaya menyebabkan dirinya menangis.
"Ahjummah tak pernah salahkan jisung dan felix atas kematian anak ahjummah tapi bekas suami ahjummah sentiasa anggap ini semua salah diorang" kata youngjin yang kini sedang bersedih.
Timbul perasaan bersalah dalam hati hyunjin dan chan ketika melihat keadaan wanita tersebut. Jika sahaja hyunjin tidak memulai bertanya mengenai perkara tersebut dan jika sahaja chan tidak bertanya penyebab balas dendam tersebut , wanita tersebut mungkin tidak akan bersedih seperti ini.
Tetapi mereka memerlukan jawapan atas pertanyaan tersebut. Sepatutnya mereka tahu harus melakukan apa untuk membantu tetapi mengapa mereka malah berasa bersalah? Mereka mengerti perasaan kehilangan orang tersayang.
Sebuah perasaan yang amat menyakitkan yang tidak ingin dirasakan oleh semua orang namun pasti akan dirasai juga apabila tiba waktunya. Mungkin bukan sekarang tetapi nanti. Tidak ada sesiapa yang tahu bila perasaan tersebut akan muncul dan tumbuh didalam diri seseorang.
💎💎💎💎
"Argh! Takda line!" Jisung mengerang geram kerana gagal menghubungi emak saudara mereka kerana hutan tersebut tidak memiliki jaringan perhubungan telefon.Felix mengeluh kecewa. Nampaknya harapan terakhir mereka untuk meminta bantuan juga turut mengecewakan mereka. Dia berdiri lalu menendang tong yang berada dihadapannya. Tetapi ada sesuatu yang pelik terhadap tong tersebut.
Dengan segera dia memeriksa tong tersebut. Dia mengangkat sebelah keningnya bingung ketika melihat tong itu tidak kosong tetapi berisi minyak. Anak matanya meliar melihat sekeliling dan baru dia menyedari selain wayar lama , gudang ini turut dipenuhi dengan beberapa tong.
"Kenapa tempat ni penuh dengan tong yang berisi minyak?" Soal felix setelah memeriksa beberapa tong yang berada disana. Dia yakin bahawa semua tong disini berisi minyak.
"Entah Ahjusshi tu penjual minyak kot" Teka jisung. Dia juga turut berasa bingung melihat terlalu banyak tong berisi minyak didalam gedung ini.
"Kalau dia nak jual minyak , kenapa dia tinggalkan minyak tu kat sini? Dia tak risau ke kalau kita kacau semua minyak ni?" Soal felix. Jisung berfikir seketika.
"Haah tak sangka Ahjusshi tu lembab. Tapi aku rasa dia sengaja tinggalkan minyak ni kat sini" kata jisung lagi. Felix memandangnya seakan meminta jawapan atas kata kata jisung itu.
"Mungkin dia nak ulang peristiwa kebakaran masa kita berumur 3 tahun dulu" Kata jisung menyebabkan felix memandangnya terkejut.
"Kejap! Kau ingat?!" Soal felix terkejut dia tidak menyangka bahawa jisung akan mengingati perkara tersebut.
"Ya tapi aku tak ingat semuanya , cuma aku ingat sikit yang aku ada kenangan pahit bersama api" ujar jisung.
"Jadi kau pun sedar yang orang yang culik kita ni berkemungkinan ialah Samchon kita sendiri?" Soal felix dan jisung hanya menganggukkan kepalanya.
Felix mengeluh lagi. Dia sudah menyedari perkara tersebut ketika melihat wajah orang yang menculik mereka itu. Hal ini kerana wajah orang itu seperti orang yang pernah mereka kenali sebelum ini.
"Jadi kita akan mati kat sini?" Soal felix. "Rancangan sebenar dia ialah bakar kita kat sini... Hidup hidup" kata felix.
Memikirkan dirinya akan mati terbakar di gudang ini tanpa diketahui oleh sesiapa sudah menyebabkan dirinya berasa takut. Adakah dia tidak akan bertemu dengan keluarga angkatnya lagi dan emak saudaranya lagi?
"Aku takkan biarkan benda tu terjadi! Walau apa pun yang berlaku , kita kena keluar dari sini hidup hidup" kata jisung.
TBC
Sorry kalau cerita ni jadi semakin mengelirukan tapi saya harap korang faham jalan cerita ni.
Thanks sebab baca. Don't forget to Vote and Comment 😊
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...