"Imo nak bawa kitaorang pergi esok sebab kitaorang tak selamat kat sini" kata kata tersebut menyebabkan mereka semua terdiam.
Hyunjin mulai ingin menangis mendengar kata kata itu. Adakah ini bermaksud dia akan berpisah dengan Jisung? Sahabat yang telah di anggap sebagai keluarganya sendiri.
"J-jisung kau nak tinggalkan aku ke?" Kata hyunjin sedikit tergagap. Jeongin yang berada di sebelahnya mengusap bahunya.
"Mian" hanya itu kata kata yang mampu dikeluarkan oleh Jisung.
Jisung menunduk , tidak sanggup melihat ke arah sahabat baiknya itu. Jisung juga telah banyak terhutang budi kepada hyunjin , dia juga telah menyayangi hyunjin sebagai keluarganya sendiri. Jujur dia tidak sanggup untuk meninggalkan hyunjin.
"Felix , korang tak boleh buat apa apa ke supaya korang takyah pindah?" Soal chan sedikit berharap agar felix dan Jisung tidak perlu berpindah.
Tetapi felix hanya menggeleng sambil berkata maaf kepada chan.
"Janganlah sedih , kita masih boleh berhubung melalui telefonlah. Kalau rindu korang boleh call kitaorang" kata Jisung mencuba untuk menggembirakan rakan rakan nya.
"Haah b-betul tu" kata felix menahan tangisnya.
Mereka semua terdiam. Perasaan sedih menyelubungi diri mereka. Bagaimana tidak , mereka baru sahaja menjalin hubungan sebagai sahabat yang rapat seperti sebuah keluarga tetapi mereka harus berpisah. Mengapa semua ini terjadi dalam tempoh waktu yang singkat? Mereka berasa bagai baru semalam mereka bertemu dan kini terpaksa berpisah.
💎💎💎💎
Mereka semua bercadang untuk menginap di rumah hyunjin dan Jisung , memandangkan hari tersebut merupakan hari terakhir mereka bersama. Mereka ingin meluangkan masa untuk kali yang terakhir kerana setelah ini mereka tidak pasti jika mereka boleh bertemu lagi atau tidak.
Daripada pagi mereka meluangkan masa bersama dengan bermain dan melakukan apa sahaja agar berasa gembira sekaligus melupakan perasaan sedih yang sempat hadir. Mereka meluangkan masa bersama sehingga tidak menyedari bahawa hari telah gelap dan jam telah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Mereka terlalu leka untuk berseronok.
Mereka mulai berasa penat. Mereka semua memutuskan untuk menginap di ruang tamu , mereka menyusun tempat untuk mereka tidur dengan kemas. Tidak lama kemudian mereka mulai terlelap tetapi tidak bagi seseorang. Setelah memastikan rakan rakannya telah tidur , dia memutuskan untuk bangun dan menuju ke dapur.
Dia duduk di atas bangku lalu mengeluh , dia tidak menyangka sahabatnya akan pergi meninggalkannya.
"Eoh! Hyunjin apa kau buat kat sini?" Soal seseorang secara tiba tiba menyebabkan hyunjin terkejut.
"Tak boleh tidur , hyung pula?" balas hyunjin kepada orang itu chan. Chan berjalan mendekatinya lalu duduk berhampiran dengan hyunjin , sempat dia mengambil air yang terletak di atas meja.
"Sama , sebenarnya hyung masih rasa sedih sebab felix dan Jisung nak pindah. Aku dah anggap korang semua macam keluarga aku sendiri tau" kata chan sambil tersenyum pahit.
"Aku pun , aku dah anggap korang semua macam keluarga aku sendiri. Terutamannya Jisung dan aku masih tak boleh terima yang dia nak tinggalkan aku" kata hyunjin sedih.
"Takpa hyung pun sedih juga tapi semua ni untuk kebaikan diorang , so kita kena bagi semangat kat diorang. Hyung yakin mesti diorang tak sanggup nak tinggalkan kita , sama macam kita yang tak sanggup kena tinggal ngan diorang" kata chan menasihati hyunjin.
Hyunjin hanya mengangguk. Kata kata chan adalah benar , dia harus menunjukkan bahawa dia tidak akan apa apa tanpa Jisung. Dia harus menggembirakan Jisung , dia tidak boleh membiarkan Jisung berasa berat hati untuk meninggalkannya.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...