Suasana perpustakaan pada petang itu agak tegang kerana tiga orang yang saling berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain. Manakala seorang lagi hanya mampu menggaru kepala melihat tiga orang yang degil di hadapannya. Dia bingung ingin melakukan apa. Ingin sahaja dia mengajak mereka bertiga untuk memulakan pembelajaran tetapi dia tahu perkara itu sia sia.
Dia sudah mencuba untuk melakukan perkara itu sekali tetapi tiga orang itu tetap berdegil tidak ingin mulakan pembelajaran. Orang itu , felix berasa bingung. Dia ingin segera pulang , oleh itu diri berfikir sebentar sebelum memutuskan untuk bersuara.
"Ermm bila nak start ni?" Tanya felix , kelihatan seungmin mengeluh.
"Entah yang pasti aku nak pergi tandas" kata hyunjin lalu beredar daripada perpustakaan.
"Aku rasa baik kau ikut hyunjin , nanti dia lari" bisik felix dan seungmin mendengus tidak suka lalu berdiri dan mengejar hyunjin yang baru sahaja beredar sebentar tadi.
"Baiklah mari kita mulakan" ajak felix kepada Jisung
"Malas lah" kata Jisung tanpa melihat ke arah felix.
"Habis tu , bila nak start ni?" Tanya felix , dia sudah berasa bosan berada di sini. Dia ingin segera pulang.
"Entah" balas Jisung selamba lalu mengeluarkan telefonnya dan mula bermain permainan video tanpa mempedulikan felix
Felix hanya mampu mengeluh , Jisung merupakan seorang yang amat degil dan susah di bawa berbincang. Lalu tanpa sengaja dia teringat kembali peristiwa di mana dia menemui Jisung yang pengsan di tepi jalan. Dia ingin bertanya tetapi dia tidak ingin dianggap seorang yang suka menjaga tepi kain orang. Tetapi perasaan ingin tahunya lebih tinggi daripada perkara itu.
"Jisung" panggil felix , Jisung hanya berdehem sebagai jawapan
"Apa jadi kat kau hari tu?" Tanya felix
Jisung masih fokus kepada permainan video nya tetapi dia tetap mendengar pertanyaan felix. Dia sekarang sedang berfikir sama ada memberitahu perkara sebenar atau tidak. Lagi pula , felix bukan sesiapa nya. Tetapi entah kenapa dia berasa selesa jika bersama dengan felix dan perkara itu menyebabkan dirinya terdorong untuk memberitahu perkara sebenar kepada felix.
"Aku kena pukul oleh sekumpulan orang yang aku tak kenal" jawap Jisung. Perkara itu menyebabkan felix hairan.
"Kenapa pula? Kenapa diorang nak pukul kau?" Tanya felix. Jisung hanya mengangkat kedua dua bahunya lalu menyimpan telefonnya dan memandang ke arah felix
"Yang aku tahu , diorang dah lama perhatikan aku. Tapi aku tak tahu apa yang diorang nak. Hari tu diorang cuba nak tangkap aku tapi aku sempat lari walaupun dalam keadaan yang kurang baik"
❇❇❇❇
"Pahal kau ikut aku?" Tanya hyunjin sebaik sahaja dia menyedari seseorang mengikutinya. Orang itu memunculkan dirinya lalu berdecih
"Tch! Kalau aku tak ikut kau mesti kau lari. Kau ni bukan boleh percaya sangat" balas orang itu , seungmin.
"Tch! Aku adalah orang yang paling boleh di percayai tau tak" kata hyunjin tidak berpuas hati dengan kata kata seungmin.
"Yalah tu , yang korang cuba tak nak datang tadi tu apa?" Kata seungmin pula
"Kan kitaorang dah cakap yang kitaorang malas , lagipun yang korang sibuk nak datang tu pahal? Kalau korang tak datang tadi , mesti aku tengah seronok tidur kat rumah" balas hyunjin panjang lebar kerana tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...