Suasana dirumah seungmin hanya dipenuhi dengan suara felix yang sibuk mengajar seungmin mengenai formula formula matematik yang sedikit rumit. Seungmin pula hanya fokus mendengar felix yang menerangkan cara cara menggunakan formula itu.
Sesekali dia bertanya apabila dia mulai tidak faham. Mereka berdua begitu fokus dengan pembelajaran mereka , mungkin sebab sebuah peperiksaan penting akan berlangsung tidak lama lagi. Peperiksaan yang akan menentukan sama ada mereka layak untuk terus berada di kelas mereka sekarang atau pun tidak. Memandangkan mereka berdua berada di kelas hadapan , mereka tidak ingin di turunkan kelas.
Manakala , jeongin pula hanya makan sambil memerhati felix dan seungmin. Dia ingin ikut belajar bersama tetapi disebabkan pembelajaran yang mereka pelajari di sekolah tidak sama , dia hanya mampu memerhati sahaja. Dia tidak berniat untuk mengganggu mereka , kerana dia tahu peperiksaan itu amat penting bagi mereka berdua.
Oleh itu , dia hanya bertanya beberapa kali dan kemudian kembali bermain telefon atau pun menonton televisyen.
"Wuarrgghh Penatnya" seungmin meletakkan pen nya diatas meja. Dia menggoyang goyangkan tangan kanannya untuk menghilangkan rasa lenguh pada tangannya kerana tidak henti henti menulis.
"Wow tak sangka math ni taklah susah sangat" kata seungmin lagi , jeongin hampir tersedia apabila mendengar kata kata seungmin.
"Tak susah hyung kata" jeongin menggelengkan kepalanya
"Betul apa , ha tengok ni senang lah" kata seungmin pula lalu menunjukkan buku nya pada jeongin. Jeongin mengambil buku itu lalu dia membacanya , tidak lama kemudian buku itu diletakkan semula di atas meja.
"Satu benda pun aku tak faham" kata jeongin
"Takkanlah satu pun tak faham" kata felix pula , tidak percaya dengan kata kata jeongin.
"Hehe faham sikit je" balas jeongin , seungmin menggelengkan kepalanya.
Felix juga turut menggelengkan kepalanya lalu dia terpandang jam yang tergantung pada dinding. Dia terkejut apabila dia melihat jam telah menunjukkan pukul 4 petang , dia tidak menyangka mereka mengambil masa yang lama untuk belajar.
"Eh tak sangka dah pukul 4 , waktu untuk kau balik kan?" Tanya seungmin apabila dia turut melihat jam tersebut
"Haah" balas felix ringkas
"Lah dah nak balik ke? Kita tak sempat pun nak main" kata jeongin dengan nada sedih
"Sorry lah , tapi hyung kena balik rumah lah. Lain kali je lah ya" kata felix sedikit berasa bersalah apabila melihat wajah sedih jeongin.
"Hmm oklah kalau macam tu" balas jeongin
"Ok kalau macam tu aku balik dulu. bye seungmin , bye jeongin." Kata felix lalu membawa barang barangnya bersama ke arah pintu. Seungmin dan jeongin mengikutinya daripada belakang
"Bye" jawab mereka berdua serentak.
❇❇❇❇
Selepas sahaja selesai kelas tahanan mereka pada petang itu , hyunjin ingin segera pulang tanpa niat ingin menyimpang di mana mana. Dia tidak ingin pergi ke mana mana selain ke rumah , kerana dia ingin segera tiba dan tidur. Memandangkan hari ini dia berasa amat penat. Jadi petang ini dia harus berehat secukupnya , fikir hyunjin.
Tetapi tidak bagi Jisung kerana dia sudah memiliki rancangan selepas habis kelas tahanan. Dia ingin bersiar siar terlebih dahulu sebelum kembali ke rumah. Dia ingin bersiar siar sambil menghirup udara segar pada waktu petang. Entah kenapa perkara itu sudah menjadi tabiatnya apabila tiba waktu petang.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...