Telah satu minit selepas jam lonceng berbunyi menandakan waktu rehat ,tetapi perkara itu langsung tidak menarik perhatian dua orang pelajar yang langsung tidak menjejakkan kaki di dalam kelas sejak pagi tadi. Mereka berdua kini sedang berada di belakang sekolah , melepak. Tetapi salah seorang daripada mereka terlihat murung , otaknya ligat memikirkan sesuatu
Manakala , seorang lagi pula hanya menatap ke arah langit. Dia kini sedang berbaring di atas sebuah kerusi panjang yang berada di sana. Kerusi panjang yang mereka sengaja letakkan di sana , sebagai tempat untuk mereka melepak apabila bosan berada di kelas. Setakat ini , kawasan tersebut selamat daripada pemantauan guru kerana jika pemantauan di lakukan mereka dengan mudah boleh melarikan diri.
Berbalik kepada orang yang sedang menatap langit itu , dia kini mengalihkan pandangannya kepada sahabatnya. Dia berasa sedikit bersalah kerana menyuruh agar rakannya mengingat kembali masa lalu nya , tetapi dia melakukan itu kerana ingin membantu. Tetapi kini dia menyesali tindakannya itu. Riak wajah rakannya yang pada mulanya ceria kini berubah muram dan kelihatan sedih.
"Weyh han , kau marah kat aku ke?" Tanya nya kepada rakannya iaitu Jisung. Jisung memalingkan wajahnya untuk melihat wajah sahabatnya itu , lalu tersenyum nipis.
"Taklah mana ada aku marah" jawabnya pula. Orang itu , hyunjin menghembus nafas lega. Daripada cara Jisung bercakap dia dapat mengetahui bahawa Jisung tidak marah kepadanya. Walaupun begitu dia tetap berasa bersalah.
"Betul ni?" Tanyanya hyunjin lagi. Jisung hanya mengangguk lantas berdiri. Hyunjin mendongak untuk memandang Jisung.
"Kalau macam tu jom pergi makan , perut aku dah buat konsert besar besaran dah ni" kata hyunjin lalu berdiri dan merangkul bahu Jisung.
"Jom! Kau bayar! Yeshhh" kata Jisung lalu turut merangkul bahu hyunjin. Hyunjin pula hanya tertawa melihat Jisung yang kini kembali ceria semula.
❇❇❇❇
Felix dan seungmin mengambil tempat pada meja yang kosong. Nampaknya mereka berdua tiba di kafeteria sedikit awal pada hari ini kerana jeongin , minho , woojin , chan dan changbin belum kelihatan.
"Oh ya! Kau ada nampak pen aku tak?" Tanya felix sebaik sahaja dia teringat mengenai pennya yang hilang.
"Pen apa?" Bukannya menjawab , seungmin malah bertanya semula.
"Pen untuk menulis la takkan makan pulak , kau ada nampak tak?" Kata felix mengulang kembali soalannya tadi
"Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh , sorry takda" balas seungmin pula
"Habis tu mana pergi pen aku tu (╥﹏╥)" felix memaparkan wajah sedih , nampaknya harapannya bahawa pen itu ada pada seungmin adalah salah.
"Tapi apa ciri ciri pen tu?" Tanya seungmin , sedikit tertarik dengan pen yang telah hilang itu.
"Pen apa?" Kata seseorang tiba tiba
"Entah" balas seungmin. orang itu , changbin mengangkat sebelah keningnya lalu mengambil tempat di bangku yang kosong.
"Eh mana chan hyung ngan minho hyung?" Tanya felix sebaik sahaja dia melihat changbin datang bersendirian pada hari ini kerana selalunya changbin akan ada bersama dengan minho ataupun chan.
"Kejap lagi diorang datang lah , diorang kena denda sebab tak siap homework" balas changbin bersahaja
"Ohh hehe" kata felix pula. Changbin dan seungmin memandangnya pelik.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fiksi Penggemar[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...