Pagi itu Jisung terjaga daripada lena nya setelah jam lonceng nya berbunyi. Dia menguap sambil merenggangkan tubuhnya. Sungguh pagi yang indah untuk memulakan hari. Dia menuju ke arah bilik mandi membersihkan dirinya. Tidak lama kemudian setelah selesai segala urusan dibilik mandi , dia keluar daripada biliknya dengan lengkap berpakaian kemas.
Walaupun hari ini ialah hari cuti , dia harus bangun lebih awal daripada biasa. Perkara ini kerana dia ingin bertanya sesuatu kepada emak saudaranya. Memandangkan hari ini emak saudaranya itu juga turut bercuti , dia memiliki waktu yang banyak untuk bertanya. Mungkin dia boleh mengingat segala memori masa kecilnya selepas ini.
Langkah dia susun menuju ke arah dapur setelah mendengar bunyi seperti seseorang sedang memasak. Dan tekaan nya tepat apabila melihat emak saudaranya sedang menyediakan makanan untuk mereka pagi itu. Tanpa berlengah lagi dia menuju ke arah emak saudaranya itu , sekadar untuk menyapa sebelum mula bertanya.
"Hi aunty! Selamat pagi!" Sapa Jisung ceria. Entah mengapa mood nya sungguh baik pada pagi ini. Selalunya dia akan tidur semula tetapi hari ini dia berasa bersemangat untuk bangun lebih awal.
"Eoh! Pagi peter" kata puan youngjin kepada Jisung. Jisung hanya tersenyum lalu mengambil tempat di meja makan. Setelah memastikan dia sudah selesa duduk dia berdehem sebelum mula bertanya kepada emak saudaranya itu.
"Erm aunty boleh tak aunty bagitahu tentang masa lalu Jisung ngan felix?" Soal Jisung. Youngjin menghentikan kegiatannya seketika sebelum mengelap tangannya.
"Boleh. Kamu nak tahu dari mana?" Soal youngjin.
Jisung tersenyum gembira , lalu dengan semangat dia meminta untuk emak saudaranya itu menceritakan bagaimana sifat kedua orang tuanya. Nampaknya pagi itu akan dipenuhi dengan kisah masa lalu kehidupannya yang tidak pernah dia ingat sebelum ini.
Jisung mendengar dengan teliti segala yang di ucapkan oleh emak saudaranya itu sambil mencuba untuk mengingat semula. Walaupun kadangkala kepalanya berasa sedikit sakit , dia tetap berkeras ingin mengingati segalanya. Kerana sejujurnya dia berasa bersalah kerana tidak mengingat mengenai ibu bapanya sendiri.
Lalu mengapa dia tidak bertanya sahaja kepada felix? Alasannya ialah felix masih lagi sedang nyenyak tidur di dalam biliknya. Mereka menghabiskan masa bercerita mengenai ibu bapa mereka malam tadi walaupun Jisung hanya menjadi pendengar sahaja semalam.
Walaupun sudah mendengar daripada felix Dan sebenarnya dia sudah mulai mengingati segala tetapi dia ingin mengetahui lebih lanjut. Maka dia harus bertanya kepada emak saudaranya demi mengetahui segalanya tentang diri dan keluarganya.
💎💎💎💎
Hyunjin meletakkan bukunya diatas meja dengan kasar menyebabkan seungmin yang merupakan orang yang duduk di tepinya sedikit tersentak. Hyunjin mendengus geram sebelum mengambil tempat disebelah seungmin. Seungmin yang daripada tadi hanya memerhati sahaja mulai tertanya tanya apa penyebab mood hyunjin menjadi buruk hari ini.
Mereka kini berada di sebuah meja yang berada di taman yang bersebelahan dengan tempat tinggal seungmin. Mereka bercadang untuk belajar bersama sambil menunggu jeongin dan yang lain untuk tiba.
"Woi hyunjin!" Panggil seungmin
"Hmm" hyunjin hanya berdehem sebagai balasan. Mood nya amat buruk pada hari ini.
"Kau kenapa?" Soal seungmin yang dibalas keluhan daripada hyunjin. Seungmin mengerutkan dahinya apabila hyunjin hanya mengeluh dan tidak menjawab pertanyaannya.
"Yah aku tanya ni!" Kata seungmin sedikit geram apabila hyunjin masih tidak menjawab pertanyaannya.
Seungmin berpeluk tubuh sambil menanti hyunjin menjawab pertanyaannya. Kelihatan hyunjin mengeluh sebelum memandang ke arah seungmin , menyebabkan seungmin mengangkat sebelah keningnya.
"Kau ingat tak masa jeongin ngan minho hyung hampir dilanggar motorsikal?" Soal hyunjin yang dibalas anggukan oleh seungmin.
"Habis tu?" Soal seungmin.
"Kitaorang dah lapor kes tu kat polis dan pihak polis dah jumpa motorsikal yang sama dengan motorsikal yang hampir langgar jeongin ngan minho hyung" kata kata yang keluar daripada mulut hyunjin itu menyebabkan seungmin sedikit terkejut. Matanya sedikit membulat ketika mendengar cerita hyunjin.
"Biar betul?! So orang tu dah kena tangkap ke?!" Soal seungmin pula namun dibalas keluhan daripada hyunjin.
"Huh tak" seketika senyuman seungmin luntur.
"Polis cuma jumpa motorsikal itu kat tepi jalan. Penunggang tu dah larikan diri" lanjut hyunjin lagi dengan geram.
"Ish! Geram betul lah" Seungmin juga turut berasa geram ketika mengetahui perkara tersebut daripada hyunjin.
Hyunjin hanya mengangguk bersetuju dengan kata kata seungmin , kerana dia berasa amat tidak berpuas hati apabila mengetahui orang tersebut belum tertangkap. Itu lah penyebab mood nya menjadi buruk hari ini.
"Erm tapi kan" kata seungmin.
Dia menggantungkan ayatnya sebelum menatap ke arah hyunjin. Daripada air mukanya kelihatan seperti dia sedang memikirkan sesuatu yang amat penting. Setelah beberapa saat menggantungkan ayatnya sambil memikirkan sesuatu , akhirnya dia mulai menyuarakan pendapatnya.
"Hyunjin! Kau ingat hari tu?" Soal seungmin tiba tiba.
"Hari apa? Birthday aku?" Soal hyunjin pula. Kelihatan daripada riak wajahnya bahawa dia tidak memahami maksud seungmin.
"Ish bukanlah! Sejak bila kau lembab ni?" Kata seungmin sambil memasang wajah datar.
"Habis tu?" Soal hyunjin lagi. Dia masih tidak memahami hari apakah yang dimaksudkan oleh seungmin.
"Satu hari terakhir sebelum Jisung ngan felix pindah. Hari tu Jisung ada cakap yang diorang tak selamat kat sini. Aku bukannya nak kata ni salah diorang tapi... aku rasa perkara yang terjadi kat jeongin ngan minho hyung ada kaitan dengan diorang" terang seungmin panjang lebar menyebabkan hyunjin yang menjadi pendengar tersentak sebelum terdiam.
Seungmin dan hyunjin hanya berdiam diri sambil memikirkan kata kata seungmin sebentar tadi. Kata kata seungmin ada benarnya tetapi mereka tidak boleh yakin sepenuhnya terlebih dahulu. Kerana mungkin tekaan seungmin itu salah dan hanya kebetulan semata mata sahaja.
"SEUNGMIN HYUNG! HYUNJIN HYUNG!" Suara seseorang yang menjerit memanggil nama mereka menyebabkan kedua dua orang yang disebut nama itu tersentak.
"Pahal ni?" Soal seungmin. Dia memandang ke arah jeongin yang kini tergesa gesa berlari ke arah mereka.
"Ta-tadi ki-kitaorang huh huh nampak huh orang huh huh yang cuba langgar aku ngan minho hyung" kata jeongin sambil sesekali mengambil nafas. Dia bernasib baik kerana seungmin dan hyunjin masih boleh memahami kata katanya.
"Mana orang tu?!" Soal seungmin dan hyunjin serentak. Mereka menanti dengan tidak sabar jawapan daripada jeongin.
"Hyung y-yang lain tengah kejar o-orang tu huh penatnya" kata jeongin yang masih berasa penat kerana berlari dengan tergesa gesa tadi , sambil menunjuk ke arah dimana rakan rakan mereka yang sedang mengejar orang yang ingin melanggar jeongin dan minho sebelum ini.
Tanpa berlengah lagi dengan segera hyunjin berlari menuju ke arah yang ditunjuk oleh jeongin , meninggalkan seungmin yang kini panik melihat jeongin kepenatan. Lalu dengan segera seungmin mengambil botol airnya dan memberikan minuman tersebut kepada jeongin.
"Kau ok tak ni?" Soal seungmin.
"Aku ok cuma penat je" kata jeongin menyebabkan seungmin menghembuskan nafas lega.
TBC
Maaf kalau cerita ni semakin pelik + bosan 😥
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...