Tepat pukul 12.30 tengah hari seorang remaja lelaki turun daripada bas yang dinaiki nya lalu mengatur langkah ke arah sebuah taman yang berada berhampiran dengan kawasan sekolah. Dirinya berasa gugup untuk ke sana , dia tahu dia akan mendapat jawapan jika pergi ke sana dengan segera tetapi perasaan gugup menghantui dirinya.
Dia tidak tahu mengapa dia boleh berasa amat gugup padahal dia hanya akan bertemu dengan seseorang yang berstatus emak saudara kepadanya. Tidak! Dia tidak boleh gugup , dia menarik dan menghembuskan nafasnya agar tidak berasa gugup. Kepala di toleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari seseorang. Senyuman terukir di wajahnya sebaik sahaja melihat seseorang yang di cari nya telah tiba.
Tanpa menunggu lagi dia menuju ke arah seorang wanita yang berumur 30-an yang kini sedang duduk di atas bangku taman. Wanita tersebut berdiri apabila mendengar langkah kaki seseorang. Wanita tersebut tersenyum melihat anak saudaranya yang kini berada di hadapannya , tanpa menunggu lagi wanita tersebut memeluk anak saudaranya itu.
Air mata menitis di atas baju remaja lelaki tersebut. Wanita tersebut menangis di dalam pelukan tersebut , menyebabkan remaja lelaki tersebut tersentak kerana terkejut. Persoalan mulai ditimbul di kepalanya. Kenapa dia menangis? Adakah aku terlambat datang?
"F-felix , I m-miss you" kata wanita tersebut di sela tangisannya.
Felix tersenyum lembut lalu membalas pelukan tersebut , perasaan gembira mulai terbit di dalam hatinya. Tidak sangka setelah sekian lama dia tu dia berjumpa dengan salah seorang keluarganya , akhirnya hari ini dia berpeluang untuk bertemu dengan emak saudaranya. Dengan sedaya upaya dia menahan air matanya agar tidak menitis , kerana dia masih berasa sedih kerana abang kembarnya masih tidak bersama mereka.
"Imo , i miss you too tapi hyung takda kat sini" kata felix sedikit sedih , tanpa disedari air matanya mengalir.
"Jangan risau , sebenarnya imo dah dapat maklumat tentang Peter" kata wanita yang lebih ramah di panggil Lee youngjin tersebut , iaitu adik perempuan kepada ayah felix dan emak saudara kepada felix dan abangnya.
"Betul ke?! Jadi imo dah jumpa ngan hyung?" Soal felix sedikit teruja apabila mengetahui berita tersebut. Adakah ini bermaksud , dia akan bertemu dengan abangnya sebentar lagi.
"Ya dan dia akan datang sekejap lagi" kata puan youngjin sambil mengukir senyuman kepada anak saudara nya itu.
Felix menyedari sesuatu mengenai senyuman tersebut , senyuman tersebut kelihatan sedih bukan gembira. Perkara tersebut menjadi persoalan terbesar di mindanya. Bukankah sepatutnya emak saudaranya ini berasa gembira? Lalu mengapa dia mengukir senyuman seperti itu? Seperti dia telah melakukan perkara yang menyebabkan dia berasa bersalah.
"Betul ke?!" Kata felix dan tanpa dia sedari seseorang berjalan menghampiri mereka dengan perasaan ragu.
Youngjin menyedari kedatangan orang tersebut lalu tersenyum memandang ke arah orang itu. Dia membuat isyarat agar orang tersebut datang kepadanya. Orang tersebut hanya mengikut sahaja , dengan langkah yang teratur dia menuju ke arah mereka. Tetapi sesuatu menarik perhatiannya , remaja lelaki yang kelihatan teruja tersebut. Remaja tersebut kelihatan tidak asing di matanya.
"Felix?!/Jisung?!"
💎💎💎💎
Buku nota di capai lalu diletakkan di atas meja. Peralatan menulis di ambil dan dia sudah bersiap sedia untuk belajar , namun kegiatan nya terhenti apabila bunyi lonceng kedengaran. Dia menyimpan semula pen nya dan mengatur langkah menuju ke arah pintu.
"Eh? Seungmin hyung ngan hyunjin hyung?! Korang buat apa kat sini?" Soal nya apabila melihat dua orang sahabatnya. Seungmin dan hyunjin hanya tersengih kepadanya.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fiksi Penggemar[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...