Keadaan langit yang mendung tidak mengganggu sembilan orang remaja yang kini sedang bergurau serta bermain bersama di dalam sebuah rumah yang besar. Seketika kemudian langit yang mendung perlahan lahan menjadi gelap. Awan awan putih turut berubah menjadi gelap dan saling bergabung antara satu sama lain.
Dentuman kuat kedengaran. Tidak lama kemudian hujan turun dengan deras menyebabkan beberapa orang daripada sembilan remaja itu mengeluh dan merungut. Hujan turun dengan amat deras menyebabkan pemandangan di luar tingkap menjadi kabur. Suasana menjadi lebih teruk apabila guruh saling bersahut sahutan di atas langit.
Sekurang kurangnya mereka bersembilan selamat di dalam rumah ini. Selain daripada keadaan nya yang kering dan selamat , rumah ini juga amat selesa walaupun hari sedang hujan. Walaupun mereka masih tetap berasa sejuk , sekurang kurang nya mereka tetap kering di dalam rumah ini.
"Seungmin kau ada video game tak?" Soal changbin sebaik sahaja guruh tidak berbunyi lagi.
"Ada , ambil je kat dalam rak tu" kata seungmin sambil menunjuk ke arah rak yang berada di tepi televisyen rumahnya.
Changbin dan minho memeriksa rak yang di maksudkan oleh seungmin. Beberapa susun permainan video kelihatan sebaik sahaja mereka membuka almari tersebut. Mereka mengambil beberapa permainan yang menarik perhatian mereka dan mengajak yang lain untuk bermain bersama sementara menunggu hujan reda.
Mereka semua kecuali Jisung dan felix mengikut mereka bermain permainan video tersebut. Alasan mereka berdua ialah bosan. Lalu mereka berdua memutuskan untuk bermain dengan telefon mereka sahaja. Felix bercadang untuk menonton youtube sementara menunggu hujan reda.
Tetapi di sebabkan hujan yang deras , dia tidak dapat mendengar bunyi daripada telefonnya sendiri. Dia hanya mampu mendengar bunyi hujan yang turun dengan lebat serta bunyi sorakan daripada hyunjin , jeongin , seungmin dan minho yang menyokong changbin dan chan yang berlawan dalam permainan video.
Felix mendengus dan menyimpan telefonnya. Tanpa sengaja dirinya melihat Jisung yang duduk di tepi jendela sambil merenung ke luar. Tanpa berkata apa apa felix menuju ke arah Jisung. Ingin menegur remaja tersebut dan ingin melarikan diri daripada keadaan bising di ruang tamu.
"Jisung!" Kata felix memanggil Jisung.
Jisung sedikit tersentak apabila seseorang memanggil namanya.
"Hah?! Oh kenapa?" Soal Jisung apabila melihat felix berada di tepinya.
"Takda cuma nak tanya kau ni suka hujan ke? Dari tadi aku tengok kau asyik pandang luar je" kata felix sambil tangannya mengambil bangku plastik yang berada tidak jauh daripada nya. Dia meletakkan bangku tersebut di sebelah Jisung dan duduk di sana sambil menanti Jisung untuk menjawap pertanyaannya.
"Takda lah , aku cuma rasa gembira je bila tengok hujan. Rasa tenang" jawab Jisung.
"Oh kau tau tak masa kau kecil dulu aku pernah nangis sebab hujan" kata felix tiba tiba lalu tertawa kecil apabila mengingat kisahnya semasa kecil.
"Kenapa pula? Hujan tu takutkan kau ke?" Soal Jisung manakala felix hanya menggeleng.
"Tapi kalau aku bagitahu kau jangan gelak eh" kata felix memberi amaran kepada Jisung.
"Ok aku janji" kata Jisung sambil mengangkat tangannya
"Aku nangis sebab masa tu aku ingatkan langit sedang menangis sebab tu lah aku nangis" kata felix yang mengundang tawa Jisung.
"HAHAHAHA , apalah langit takda mata macam mana dia nak nangis AHAHAHA" tawa Jisung manakala felix sudah memasang wajah masam apabila Jisung mentertawakan dirinya.
Tetapi melihat Jisung tersenyum menyebabkan dia turut tersenyum. Dia lebih suka melihat Jisung tersenyum daripada termenung seorang diri seperti tadi. Jadi mungkin kali ini dia akan memaafkan Jisung kerana mentertawakannya.
💎💎💎💎
Aku membuka mata Ku secara perlahan. Cahaya daripada atas menyebabkan aku terpaksa mengecilkan mata ku agar aku boleh melihat dengan jelas. Rupa rupanya aku berada di dalam sebuah bilik kecil. Aku memandang ke kiri dan kanan ku terdapat dua katil kecil di dalam bilik ini.Aku ingin bersembunyi apabila aku terdengar bunyi pintu di buka tetapi niat ku terbatal apabila aku seakan akan tidak kelihatan. Aku memandang ke arah dua orang kanak yang sedang berjalan bersama. Aku mengenali salah seorang daripada mereka , kerana salah seorang daripada kanak kanak itu ada diri aku sendiri.
Aku mengerutkan dahiku apabila salah seorang daripada mereka sedang menangis. Aku mencuba untuk bertanya tetapi sia sia kerana mereka tidak dapat mendengar suara ku. Lalu aku hanya mengambil keputusan untuk duduk diatas lantai dan memerhati sambil mendengar perbualan dua kanak kanak itu.
"Hyung kenapa langit menangis? Saeng pun nak nangis juga huaa hiks" kata yang lebih muda kepada abangnya.
"Langit tak nangis lah" kata abangnya menenangkan adiknya yang kini sedang menangis.
"Tapi kenapa ada air turun dari langit? N-ni mesti sebab langit s-sedih tengok saeng n-nakal kan? Hiks" kata yang lebih muda sambil sesekali tersedu dan menyebab suara tersekat sekat semasa bersuara.
Aku hanya tersenyum memandang kanak kanak tersebut. Rasa ingin tertawa apabila mendengar bahawa kanak kanak itu berfikir langit sedang menangis.
"Taklah , hujan turun sebab katak yang panggil bukannya sebab saeng nakal. Lagipun langit takda mata macam mana dia nak nangis betul tak?" Kata yang lebih tua. Aku terdiam mendengar kata katanya.
Aku baru sahaja mengucapkan kata kata itu kepada felix tadi. Dan sekarang aku sedar yang semua ni sama seperti yang felix cerita kepada aku tadi. Apa maksud semua ni? Kenapa-
"Huh mimpi rupanya" Jisung menggosok matanya yang masih mengantuk. Lalu memandang ke kiri dan kanan untuk mencari telefonnya
Dia mengambil objek berbentuk segi empat itu dan menekan butang pada telefon nya untuk melihat jam. Rupa rupanya sekarang sudah pukul 1.05 pagi. Dia menarik selimut dan mencuba untuk menutup mata semula. Disebabkan cuaca masih hujan keadaan di dalam bilik nya menjadi sejuk dan perkara itu memudahkan nya untuk terlena semula.
TBC
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...