3️⃣2️⃣ - Is There Any Miracle?

351 41 7
                                    

Kereta yang dipenuhi dengan tujuh orang penumpang and seorang pemandu itu meluncur laju ke arah satu alamat. Walau enam orang penumpang yang duduk dibelakang terpaksa bersesak , mereka tidak peduli. Mereka hanya memiliki satu tujuan itu alamat rumah bekas suami kepada youngjin.

Mereka harus segera menuju ke sana dengan harapan akan bertemu dengan lelaki tersebut. Walaupun terdapat perasaan ragu tetapi tidak salah bukan jika ingin mencuba? Siapa tahu mungkin nasib akan menyebelahi mereka.

Namun kenyataan menyatakan sebaliknya apabila tiada kelibat pemilik rumah itu kelihatan. Segalanya tertutup , seperti tuan rumah tersebut sedang berada ditempat lain. Youngjin membuat keputusan untuk menghubungi bekas suaminya itu.

Bertepatan dengan itu sebuah van melintasi kereta mereka dan memasuki kawasan rumah tersebut. Tidak lama kemudian seseorang keluar daripada kereta tersebut bersama dengan beberapa orang suruhannya. Kedengaran bunyi telefon daripada salah seorang yang baru sahaja menuruni kereta tersebut.

Youngjin menatap tajam ke arah orang itu iaitu bekas suaminya Lee Minsoo. Wanita tersebut bergegas turun daripada keretanya diikuti chan dan yang lain. Mereka kini kelihatan seperti pelindung kepada wanita tersebut.

"Mana diorang?!" Tengking youngjin. Dia tidak memerlukan budi bahasa untuk berkata kata terhadap orang tersebut.

"Bukan urusan kau" balas minsoo dengan selamba dan perkara tersebut mengundang perasaan marah didalam diri youngjin , chan , hyunjin , seungmin , woojin , changbin , jeongin dan minho.

Hyunjin yang sudah tidak dapat menahan diri daripada marah , tanpa sebarang amaran dengan segera melayangkan tumbukan pada wajah lelaki tersebut. Dia tidak peduli jika lelaki itu adalah orang yang lebih tua daripadanya kerana perkara yang dilakukan oleh lelaki tersebut sudah melampaui batas.

Minsoo terundur ke belakang akibat tumbukan hyunjin itu. Jujur semua terkejut akan tindakan itu tetapi diam diam rakan rakan hyunjin bangga terhadap keberaniannya itu. Hyunjin menarik kolar Minsoo.

"Diorang kat mana lah bodoh?!" Tengking hyunjin.

Tetapi Minsoo hanya tertawa mendengar tengkingan tersebut. Dia hanya menganggap tengkingan tersebut bagai angin yang lalu sahaja. Sungguh membuat hyunjin ingin melayangkan lagi tumbukannya pada wajah orang tersebut.

Minsoo menolak tangan hyunjin kasar sebelum menatap tajam ke arah hyunjin. Hyunjin ingin menyerang lagi tetapi dengan segera orang suruhan tersebut menghalangnya daripada melakukan perkara tersebut dengan menolak hyunjin kasar.

"Tak guna" kata hyunjin. Seungmin dan jeongin membantunya untuk berdiri.

"Kalau Ahjusshi tak nak bagitahu kitorang akan lapor perkara ni pada pihak polis!" Ancam jeongin tetapi ancaman tersebut hanya dibalas dengan senyuman meremehkan oleh Minsoo.

"Korang ada bukti ke?" Soalnya remeh.

Mereka terdiam. Ya , mereka tidak memiliki sebarang bukti yang membuktikan minsoo bersalah. Apa yang patut mereka lakukan?

"See korang tak boleh jawab" katanya lagi.

Chan menggengam penumbuknya. Dia tidak tahu harus berbuat apa. jika mereka mengancam orang ini , sepertinya tidak berguna kerana orang ini tidak takut akan ancaman mereka.

"Kenapa? Kenapa Ahjusshi buat semua ni? Diorang tak salah!" Kata seungmin. Baginya semua ini tidak adil , ini bukannya salah jisung and felix.

"Kau tak tahu apa apa! kalau lah waktu tu , diorang gerak cepat sikit. Anak aku takkan mati dalam kebakaran tu! Tapi diorang tu sibuk nangis walaupun kitorang dah datang untuk tolong" ujar minsoo dengan terselit perasaan marah ketika berkata kata.

"Sebab diorang kecil lagi! Diorang tak tahu apa apa! Takkan itu pun Ahjusshi tak faham!" Balas seungmin sambil meninggikan suaranya.

"Aku tak peduli! Nyawa perlu dibalas dengan nyawa" Ujar Minsoo. Lalu dia mendiamkan diri.

Suasana menjadi tegang apabila dia mendiamkan diri. Minsoo adalah orang yang berbahaya , jadi mereka harus lebih berhati hati.

"Lagipun kalau korang dapat tahu diorang kat mana , semua tu sia sia" kata minsoo tiba tiba lalu tersenyum sinis.

"Apa maksud kau?!" Tanya youngjin.

"Diorang mungkin dah jadi abu sekarang. HAHAHAHAHA" Jawab minsoo lalu tertawa dengan kuat. Seakan akan dia berasa amat gembira pada saat ini.

"Apa yang kau dah buat hah?! Kat mana diorang?!" Tanya youngjin marah dan menatap tajam ke arah minsoo.

"Aku akan bagitahu satu petunjuk iaitu rumah lama diorang" kata minsoo.

youngjin yang mengetahui dimana tempat itu berada dengan segera bergegas menuju ke arah keretanya. Chan dan yang lain juga turut mengikuti langkah youngjin. Tidak lama kemudian kereta tersebut mulai bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Kereta dipandu dengan pantas dan gelisah. Perasaan youngjin bercampur baur , bagaimana jika mereka terlembat? Adakah mereka akan datang tepat masanya? Kini dia berasa amat takut dan bimbang akan keselamatan jisung dan felix.

Lalu dalam perjalanan , youngjin meminta agar chan menghubungi pihak bomba untuk datang ke alamat yang baru sahaja youngjin beritahunya tadi. Setelah hampir tiga puluh minit memandu akhirnya mereka tiba dihadapan rumah tersebut.

Tetapi rumah itu kelihatan baik baik sahaja dan tiada tanda tanda telah terbakar atau akan terbakar. Adakah mereka ditipu? Tidak lama kemudian pasukan bomba tiba , mereka menanyakan di mana kebakaran tersebut berlaku.

Beberapa ahli bomba memeriksa rumah tersebut dan tidak ada perkara yang mencurigakan. Rumah itu cuma kosong dan tidak dihuni lagi. Lalu jeritan salah seorang ahli bomba menyebabkan semua orang panik.

"Kebakaran tu terjadi kat dalam hutan!" Jerit salah seorang bomba yang tanpa sengaja melihat asap hitam yang banyak keluar daripada hutan.

Semua ahli bomba berserta dengan alat pemadam api yang lengkap berlari menuju ke dalam hutan. Tidak ingin ketinggalan youngjin , chan , hyunjin , seungmin , woojin , changbin , jeongin dan minho juga turut masuk ke dalam hutan.

Namun ketika mereka tiba disana , pasukan bomba telah mula memadamkan api. Pemandangan dihadapan mereka menyebabkan mereka terdiam , terdapat sebuah gudang yang telah di lahap api. Hampir kesemua bahagian gudang tersebut telah terbakar.

"T-tak , tak mungkin!" Youngjin menggeleng tidak percaya.

"Jisung! Felix!" Jerit youngjin yang ingin berlari ke arah gudang tersebut tetapi dengan segera dihalang oleh beberapa orang bomba tersebut.

"Puan tak boleh ke sana , kat sana bahaya" ujar bomba itu.

"Tapi keluarga saya ada kat dalam!" Balas youngjin.

"Maaf puan , mengikut skala kebakaran ni kalau pun ada orang kat dalam tu. Mereka tak mungkin akan selamat" ujar bomba itu yang turut bersimpati ke atas nasib yang menimpa wanita ini.

Youngjin terduduk diatas tanah. Air matanya tidak berhenti mengalir. Chan dan yang lain juga turut mengalirkan air mata. Kalau boleh mereka tidak ingin mempercayai perkara ini. Mereka tidak ingin percaya bahawa dua orang rakan mereka berada didalam gudang terbakar itu.

Tidak salahkah kalau mereka berharap agar nyawa dua orang rakan mereka itu selamat? Mereka hanya ingin dua orang itu kembali , mereka tidak ingin dua orang itu pergi. Namun melihat keadaan gudang yang sudah hampir 70% di lahap api itu , harapan mereka agar dua orang itu selamat semakin menipis.

TBC

Sorry kalau part ni bosan 😭 tapi thanks sebab baca. Saya harap korang akan tetap sokong fanfic ni walaupun kadang kadang update tak menentu :").

Saya bukan taknak update tapi cuma kadang kadang idea hilang entah ke mana :"). Asyik kenapa writer's block je :")

Tapi thanks sebab baca. Don't forget to vote and comment :) bye!

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now