Sudah genap seminggu sejak peristiwa jeongin dan minho hampir dilanggar oleh motorsikal. Selama seminggu itu juga hyunjin dan yang lain berusaha untuk mencari siapakah pelaku tersebut.
Pada mulanya mereka beranggapan bahawa semua yang berlaku hanya lah kebetulan sahaja , tetapi lama kelamaan mereka menjadi yakin bahawa perkara ini terjadi bukan kebetulan tetapi telah dirancang.
Mereka beranggapan sedemikian kerana beberapa hari setelah perkara tersebut berlaku , mereka menerima beberapa nota yang sengaja ditinggalkan untuk mereka. Perkara yang menyebabkan mereka berasa risih apabila membaca nota tersebut ialah nota nota tersebut berbentuk ugutan.
Bukan itu sahaja , mereka juga menemukan nota ugutan dihadapan rumah mereka pada setiap petang setelah pulang daripada sekolah. Perkara tersebut sungguh mengganggu mereka terutamanya hyunjin. Memandangkan dia tinggal sendirian , sudah pasti dia akan berasa risih dan tidak nyaman tinggal di rumahnya.
Perkara itu menyebabkan hyunjin sering bermalam dirumah seungmin dan kadangkala dia akan menginap bersama jeongin di rumah seungmin. Seungmin tidak berasa terbeban dengan perkara itu kerana dia turut gembira apabila mereka berada dirumahnya.
Seperti sekarang , hyunjin dan jeongin kini sedang bertanding dalam permainan video manakala seungmin sedang mengulang kaji pelajaran. Waktu telah malam , tetapi mereka masih belum berasa mengantuk walau sedikit pun. Orang tua seungmin juga belum pulang dan berkemungkinan besar tidak pulang pada malam ini.
"Wey seungmin , kau tak bosan ke asyik belajar?" Soal hyunjin yang masih fokus terhadap permainan videonya , tidak ingin kalah terhadap jeongin.
"Hmm tak" balas seungmin singkat sebelum kembali menulis nota nota ringkas di atas buku nota nya. Gerakan tangan nya kelihatan amat lincah ketika si empunya menulis.
"Seungmin hyung takkan pernah bosan belajar sebab tu lah asyik dapat markah tinggi je" kata jeongin pula , dia bersorak gembira apabila berjaya mengalahkan hyunjin dalam permainan video.
"LAH DAH KALAH!" Rengek hyunjin , dia mendengus kesal kerana dikalahkan oleh jeongin. Padahal jika bermain bersama Jisung , sudah pasti dia akan menang.
"Bisinglah!" Seungmin membaling kusyen ke wajah hyunjin namun sempat dielak oleh hyunjin. Menyebabkan seungmin mendengus geram dan hyunjin tertawa.
"Hyung cukup lah belajar jom buat benda lain. Please~" pujuk jeongin agar seungmin berhenti belajar. Sejujurnya dia tidak ingin seungmin stress kerana terlalu banyak belajar. Jadi sebagai rakan yang baik , dia akan membantu seungmin untuk menghilangkan stress.
"Huh okay okay. Nak buat apa?" balas seungmin yang dibalas pekikan gembira oleh yang lebih muda.
"Hmmm hah! Jom VC ngan felix dan Jisung hyung nak?" Soal jeongin excited. Dengan pantas hyunjin mengangguk menyetujui pendapat jeongin.
"Kalau diorang dah tidur?" Soal seungmin pula.
"Ish awal lagi kot , takkan sekarang ni pun dah tidur?" Balas jeongin pula tidak berpuas hati dengan pendapat seungmin itu.
"Haah lah setahu aku Jisung tu jenis yang suka tidur lambat , kadang kadang boleh jadi burung hantu" sambung hyunjin pula
"Eh bukan dia tupai ke?" Tanya seungmin pula.
"Haah lah dia tu tupai , pahal jadi burung hantu pulak ni?" Balas hyunjin pula.
Manakala jeongin hanya mampu melihat kedua orang tersebut menjadi lembab. Dia tidak sangka seungmin boleh menjadi lembab jika terlalu bergaul bersama hyunjin. Jeongin memandang mereka dengan datar lalu tanpa banyak suara memulakan panggilan video bersama Jisung dan felix.
YOU ARE READING
[C] Tell Me || Stray Kids
Fanfiction[COMPLETED] Setiap orang adalah berbeza dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sama ada perkara itu baik mahupun buruk , begitu juga dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka memiliki peribadi yang baik dan perkara positif sentiasa...