" Apa?! Jadi fake girlfriend mamat kpop tu?! " Soal Khai dengan suara yang agak kuat dan lantang. Nurin segera menutup mulut Khai.
" Kau ni mulut tu tak reti nak cover ke? Diam lah sekarang kita masih dalam kelas!! " marah Nurin sambil melepaskan tangannya dari mulut Khai lalu disapukan ke bajunya.
Air liur.
" Tapi kenapa aku? Ramai lagi kut perempuan dalam dunia ni tak pon suruh lah budak loading ni " Khai mengajukan jarinya ke arah kawannya.
" Kau nak suruh Tira? Kau tak ingat ke yang dia dah ada pasangan dia sendiri? Tinggal kau dengan dia je yang alone takde pasangan so okey apa? " Nurin menyandarkan badannya ke kerusi sambil tersenyum puas.
Khai mencebik
" Tak nak aku dia tu obses sangat dengan kpop sampaikan aku pulak yang rasa nak tumbuk dia " Khai masih lagi tidak mahu mengalah.
" Tapi dia hensem apa? " Tira mula membayangkan muka lelaki itu sambil tersengih-sengih. Khai membuat muka jijik.
" Hensem tapi minat kpop nak buat apa? Geli aku kalau perempuan yang minat kpop okey lagi ni lelaki " Khai membuat muka geli sambil mengeliat kecil.
" Well, semua orang ada cara masing-masing untuk tenangkan diri " balas Nurin dengan muka selamba. Khai memandang kedua kawannya tidak puas hati.
" Tapi--"
" Dah, takde tapi-tapi dah jom pergi rehat aku nak makan sebelum aku jadi gorilla then makan korang lebih baik ikut aku " Tira memandang kedua kawannya sambil membuat muka creepy.
" Lagi 10 minit rehat nak habis baru nak rehat? Tch kau pergi jelah " balas Khai dengan nada memerli. Tira menjeling Khai sekejap sebelum menarik tangan Nurin keluar dari kelas.
" Jangan merajuk weh nanti Qimi lari!! " Tira yang mendengar nama itu disebut segera melontarkan pensel box milik ketua kelas ke arah kepala Khai.
" Aduh!! "
" Headshot!! " Tira dan Nurin segera berlalu dari situ dan tinggallah Khai seorang diri didalam kelas sambil bertemankan kepalanya yang benjol.
" Sakit siot!! Siap kau Tiram!! "
" Hoi, asal kau tak keluar kelas? " soal seseorang dari pintu kelas. Khai memandang ke arah suara tersebut dan hanya mendiamkan diri.
" Aku tanya jawaplah "
" Aku sakit " balas Khai singkat.
" Sakit apa? " masih dengan nada yang agak dingin lelaki itu bertanya. Khai menjeling lelaki itu dengan muka yang agak menyeramkan.
" Sakit hati "
TBC
Watak Utama
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...