8⚘

44 8 0
                                    

Khai terdiam apabila melihat abangnya ternganga melihat perbuatannya atau lebih tepat perbuatan Fahrin. Khai terus masuk ke dalam kereta BMW milik Abangnya.

Fahrin nampaknya tergamam melihat Khai masuk ke dalam kereta lelaki yang dia tidak kenali. Fahrin hanya mampu berfikir satu benda sahaja.

' Itu mesti Boyfriend dia '

Khai menghonkan kereta milik abangnya bagi menyedarkan jejaka itu dari lamunan. Airil terus masuk ke dalam kereta lalu memecut dengan laju.

Fahrin menghembuskan nafas pasrah sambil memandang belakang kereta abang Khai.(*blekmoon*)

" Siapa tadi tu? " soal Airil sambil matanya fokus pada jalan. Khai yang tadinya termenung tersentak mendengar soalan yang terkeluar dari mulut Airil.

" Entah, tak kenal "

" Betul ke? " Airil sengaja mengecilkan matanya dan memandang ke arah wajah adiknya itu. Khai terus menolak wajah Airil menjauh.

" Focus, please? " minta Khai sambil membuat poker face. Airil tersengih dan mula fokus pada pemanduannya. Khai mengeluh.

" Kau asyik buat poker face je tak bosan ke? Aku yang tengok pon dah bosan, cuba lah kau senyum sikit . Apa gunanya Allah dah bagi muka cantik-cantik tapi tak nak senyum " memang tiada kena mengena tetapi Airil bercakap dengan nada selamba.

" So? Aku kena senyum sepanjang hari sampai semua orang dalam dunia ni panggil aku gila? Macam tu? " soal Khai dengan muka yang agak dingin.

" Masalahnya sekarang ni kau mengembara ke sampai nak kata seluruh dunia bagai? Citer jangan lebat bosskur !! " Khai termalu sekejap apabila ditegur sebegitu rupa oleh abang kandungnya sendiri.

" Erm..aku nak pergi syarikat Papa " Khai cuba mengcover malu. Airil tergelak melihat perubahan air muka adik kesayangannya itu.

" Yelah adinda yang disayangi " Airil terus memecut ke destinasi yang ingin ditujui oleh Khai. Airil berhenti tepat-tepat di hadapan sebuah syarikat yang agak besar(lah jugak).

Khai keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan itu dengan muka yang malu-malu gituee. Khai terus ke tingkat 10 di mana letaknya pejabat Papanya. Setelah keluar dari lif dia terus menuju ke pejabat Papanya.

TOK TOK TOK

" Masuk !! " Suara keras dari arah dalam telah menyejukkan hati Khai yang sedang membara oleh di sebabkan Fahrin dan abangnya sendiri.

" PAPA !! "

" Mak !! Kau anak siap--eh? Anak aku rupanya " Encik Khairul menghembuskan nafas lega apabila melihat Khai iaitu anaknya sendiri.

" Papa ingat apa? Hantu? "

" Tak, Jembalang "

" Sama je, Grr..."

" Dari kamu sibuk cari gaduh dengan Papa lebih baik kamu tolong Papa " Encik Khairul mula menfokuskan matanya pada screen laptopnya.

" Apa dia? "

" Tolong belikan nasi bungkus kat depan office ni " Khai menghembuskan nafas berat lalu mengangguk dan menghulurkan tangannya. Encik Khairul mengerutkan dahinya.

" Dah kenapa? "

" Ya Allah Pa!! Takkan lah beli guna air liur?! " Encik Khairul tergelak sedikit melihat muka anaknya itu kemerahan.

" Yelah, nak " Encik Khairul mula mengeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan wang sejumlah RM100 kepada Khai. Mata Khai terbutang.

" Pa!! Beli nasi tu tak sampai 10 ringgit pon, asal Papa bagi seratus pulak ni? " soal Khai sambil memuncung.

[C]My Boy Is Kpopers✔Where stories live. Discover now