34⚘

40 2 0
                                    

Fahrin duduk dikafe yang jauh dari sudut pandangan orang lain. Qimi berjalan masuk ke dalam kafe dan terus mencari kelibat Fahrin. Setelah menjumpainya dia terus duduk dikerusi berhadapan dengan Fahrin.

" Rin, kau okay tak? " soal Qimi.

" Aku okay, cuma aku rasa terkejut lagi sebab Khai tengking aku. Sebelum ni dia tak pernah marah aku sebegitu rupa. Tu yang terkejut sikit tu." Fahrin tersenyum kelat memandang ke arah Qimi.

" I know how you feel."

" Qim, nak tanya boleh? "

" Tanyalah."

" Kalau seorang perempuan tu dah ungkapkan perkataan 'aku benci kau' maksudnya dia betul-betul bencikan orang tu ke? " soal Fahrin.

" Hati manusia ni berubah, Rin. Tapi, jangan risau. Aku bukan nak cakap yang Khai tu bencikan kau. Tapi, cuba kau ingat balik tahun lepas? Khai selalu cakap dia benci kau. Last-last? Kahwin juga en? So, maksudnya dia tak maksudkan pun benda tu."

Fahrin terdiam.

Qimi menyambung." Kau jangan risaulah, kalau dah namamya pun perempuan. Hati mestilah lembut. Aku rasa dia akan terima takdir dia suatu hari nanti." Fahrin mengangguk sambil tersenyum manis.

" Thanks, Bro."

" No, Hal. Okaylah aku nak kena gerak studio ni. Kau pergi tak? Kalau tak aku gerak dulu, bye Assalamualaikum." Mereka bersalaman sekejap dan Qimi berlalu keluar dari kafe.

Sebelum gerak ke kereta Qimi sempat juga menelifon Tira bahawa dia akan gerak ke studio dan Fahrin berada di kafe hospital. Tira hanya mengiyakan sahaja tanpa membantah.

" Apa yang patut aku buat untuk meraih simpati, Khai? " Fahrin mengusutkan rambutnya lalu dibetulkan semula supaya kelihatan tampan. Erk..

Tidak lama selepas itu, Tira masuk ke dalam kafe dan terlihat Fahrin sedang memegang kepalanya seperti sedang memikirkan sesuatu. Tira terus berlalu ke arah Fahrin.

" Fahrin? "

Fahrin mengangkat mukanya untuk melihat ke arah si pemanggil. Tira terus duduk dikerusi yang Qimi duduk tadi tanpa diundang.

" Oh, Tira. Khai macam mana? "

Dengan muka serious, Tira berkata." Better kau tengok sendiri keadaan dia weh." Fahrin terus berdiri dan berlari keluar dari kafe untuk mendapatkan Khai.

" So, aku lah yang kena bayar minuman diorang ni? " soal Tira sendiri dan terus membayar minuman yang terdapat diatas meja yang dia sedang duduki.

Sementara itu, Fahrin berlari laju menaiki tangga hospital tanpa menghiraukan pandangan sekeliling terhadapnya. Fahrin terus berlari masuk ke dalam wad Khai.

" Khai? Kau okay tak?! Tadi Tira--" belum sempat Fahrin menghabiskan kata-katanya Khai terlebih dahulu memeluk badan Fahrin. Membiarkan kepalanya berada didada bidang Fahrin.

" Aku minta maaf.."

Khai mengeratkan lagi pelukan. Fahrin yang baru faham akan situasi itu mula mengusap kepala Khai yang bertudung sarung pendek berwarna hitam. Hospital nyer.

" Takpe, kau tak buat salah apa-apa pun. Jangan risau. Kalau kau ada salah silap pun, aku dah maafkan kau dari tahun lepas lagi." Fahrin tersengih seperti kerang busuk.

" Terima kasih."

Khai melepaskan pelukan perlahan-lahan. Tiba-tiba, satu suara menegur mereka dari belakang." Halah, halah suwetnyerr..korang ni.." Tira mengibas-ngibas kepalanya menggunakan tangan.

" Sweetlah sangat.."

Kedua-duanya tersenyum malu.

*****

[C]My Boy Is Kpopers✔Where stories live. Discover now