7⚘

43 6 2
                                    

" Okey " Fahrin memandang keenam-enam kawannya lalu tersenyum sinis. Fahrin memandang Khai semula dengan senyuman yang sama.

" Kereta yang berasingan " terbeliak mata Khai di buatnya. Khai memandang Fahrin tidak puas hati lalu memandang ke arah kawan-kawannya untuk meminta bantuan.

Nurin membuat bahasa isyarat yang hanya boleh di fahami oleh Khai. Khai mengangguk dan terus berjalan ke arah Nazrin.

" Psst Nazrin sini kejap " Nazrin menoleh ke arah Nurin yang sedang memanggilnya. Dengan itu Khai mengambil peluang untuk melarikan diri.

" Cepat lari !! " jerit Khai dan terus lari dengan sepantas kilat dan diikuti Nurin an Tira di belakangnya. Khai menoleh ke belakang semula.

" Diorang dah tak kejar, kan? " Nurin menggeleng lalu menatap Khai penuh geram. " Kau ni masalah lah Khai lain kali nak membuang tu hati-hati lah " Khai mengangguk.

" Yelah...Btw kenapa kau suruh lari tadi? Bukan ke kita dapat pergi shopping sama-sama? " Nurin memandang Khai dengan tatapan datar.

" Kau ni, aku takut diorang apa-apakan kita lah, kau tak nampak ke cara Fahrin pandang kawan dia macam mana? " soal Nurin. Khai mengangguk.

" Woo sayang juga kau dengan aku,
eh " Tira membuat muka gatal lalu mencucuk pipi tembam mlilik Nurin.

" Eiyy, No jams "

" Apa maksudnya? "

" Entah "

" Korang ni tak habis-habis buat muka poker, seronok sangat ke buat muka macam tu ? " soal Tira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Itu je cara yang berkesan untuk judge orang HAHAHA " Khai tergelak mendengar lawaknya sendiri maka Tira dan Nurin pon membuat muka poker bagi menjudging lawak Khai.

" Tak payah buat muka macam tu okey sekarang ni jom kita balik aku dah penat " Tira dan Nurin mengangguk lalu berjalan keluar dari bangunan kelas dan menuju ke pintu pagar sekolah.

PENGUNGUMAN KEPADA GADIS POKER YANG BERNAMA BANGKHAI SILA MASUK KE DALAM KELAS 5U SEKARANG ULANG SUARA KEPADA GADIS POKER YANG BERNAMA BANGKHAI SILA MASUK KE DALAM KELAS 5U
TERIMA KASIH !!

" Tak serik-serik lagi ke mamat ni? Siap panggil aku bangkhai lagi, hoi manusia, nama aku Khairunisha lah bukan bangkhai !! " Khai memarahi Fahrin seorang diri sambil di dengari oleh Nurin.

" Nak pergi ke? " Khai memandang Nurin dan tidak lama selepas itu dia mengangguk sambil tersenyum sinis.

" Buat projek besar dulu " Tira yang tadinya sedang blur tiba-tiba tersengih apabila Khai mula menyebut projek besar.

" Yeah balas dendam !! "

●●●

" Ni ke kereta dia? Bapak ah kaya gila !! " mereka bertiga menatap kereta itu penuh teruja dan Khai segera menggeleng.

" Kita datang sini nak balas dendam dekat dia bukan nak puji kereta dia " Khai mula membetulkan niatnya untuk memancitkan tayar kereta lamborghini aventador berwarna silver itu.(Gambar diatas)

" Tapi..lawa siot kereta dia aku pernah kumpul duit sebab nak beli kereta ni tapi duit tuh hilang bersama bantal busuk aku tu huwaa!! " Tira meraung di hujung ayatnya.

" Yang aku ingat kau pernah cakap duit tu dah hampir 6 ribu, kan? Tu lah bank ada tak nak guna " Tira mencebik mendengar bebelan Khai.

" Mana tahu bantal tu boleh hilang " Khai menggelengkan kepalanya untuk kedua kalinya lalu menatap Tira penuh kegeraman.

" Kau lah ni hilang niat jahat aku di buatnya " Khai menjeling Tira sekejap sebelum mula menunduk bagi memudahkan aktivitinya.

" Aku tak tahu apa-apa eh kalau kau di denda Encik Qayum " Khai memandang Nurin tajam.

" Berat sama dipukul, ringan sama di jinjing . Sama-sama buat sama-sama tanggung " Nurin menggulingkan biji matanya menyampah.

" Aku tak buat apa-apa tiber aku terlibat sekali pehal? " soal Nurin lagi. Mata tajamnya memandang ke anak mata Khai dan membuatkan Khai terdiam.

" Takpe tak ada sesiapa tahu pon "

" Allah tahu "

" Bukan sekarang untuk buat ayat deep weh " Nurin menghembuskan nafas pasrah lalu mengangguk mengiyakan kata-kata Khai.

PSSSSSSSST

" Ok done jom blah " mereka bertiga terus berjalan perlahan menuju ke pagar sekolah. Khai membuat muka bangga apabila plannya tidak di musnahkan oleh Nurin.

" Dah , bye korang " Khai melambai ke arah Tira dan Nurin yang telah di ambil oleh Ibubapa mereka. Khai menunggu abangnya dengan sabar.

" Haih mana pulak Abang Airil ni? " Khai menyoal seorang diri dan tidak lama kemudian seorang lelaki yang lebih tinggi darinya berdiri tepat di hadapan Khai. Khai mendongak sedikit.

" Apa kau nak? "

" Mengaku jelah kau yang pancitkan tayar kereta aku " Fahrin memandang ke anak mata Khai dengan tatapan membunuh. Khai menoleh ke arah lain tidak mahu membuat sebarang eyes contact dengan Fahrin.

" Kenapa lari? Takut? " Khai berdecit dengan penuh sinis. " Aku? Takut? Oh no jangan harap aku nak takut lagi-lagi dengan mamat kpop macam kau ni " Khai meggulingkan biji matanya menyampah.

" Kau akan takut juga kalini " Fahrin berjalan mendekati Khai dan itu menyebabkan Khai rasa tidak selesa dan berundur ke belakang sehingga lah badannya bertemu dengan pintu pagar.

" Kau dah kenapa? " soal Khai dengan nada tenang walaupon jantungnya mula berdegup dengan laju. Fahrin tersenyum puas melihat kekalutan di wajah putih Khai.

" Tak susah pon nak tundukkan perempuan bermuka poker macam kau ni "Fahrin tersenyum sinis Khai mengumpul seluruh tenaganya dan terus menolak Fahrin dengan kuat. Dan, Yes dia berjaya dan Fahrin mula menjauh.

" Khai? "

Glup.

TBC

[C]My Boy Is Kpopers✔Where stories live. Discover now