23⚘

31 1 0
                                    

" Ish, ceritalah betul-betul! " desak mereka bertujuh. Khai, Nurin dan Tira memandang antara satu sama lain sebelum mula terkebil-kebil.

" Yang korang nak tahu sangat ni dah kenapa? Gila? tak betul? " soal Tira.

Mereka bertujuh terdiam." Err..s-saja je l-lagi pun kita kan kawan? " jawap Nazrin tergetar-getar. Khai menjegilkan matanya ke arah mereka bertujuh lalu menangguk.

" Okaylah nanti rehat kitorang cerita. Tu cikgu kesayangan korang dah sampai." mereka bertujuh menoleh ke belakang sebelum muka mereka mula memucat.

" Matilah nak."

" Cikgu Ice Prince! "

KRING!!

Loceng rehat kedengaran. Ramai pelajar berpusu-pusu ingin keluar pergi rehat. Ada yang bertolak-tolak sehingga menimbulkan satu pergaduhan kecil.

" Haih, rehat. Nak makan tapi malas nak naik turun tangga." Nurin mengeluh sebelum mula bangun dari kedudukan. Tidak lama selepas itu, seseorang memanggil.

" Wei, korang makan dekat mana? " soal Adam. Nurin memandang Khai. Khai memandang Tira dan Tira memandang dinding.

" Makan dekat mulut." Jawap mereka bertiga hampir serentak. Terkebil-kebil ketujuh jejaka kacak dihadapan mereka bertiga itu.

" Jarang orang makan dekat kaki, dan jangan sampai korang orang pertama yang makan kaki aku ni." Ugut Fahrin. Terbahak-bahak Khai dan Tira ketawakan Fahrin yang sedang marah.

" Abang Fahrin kita marahlah HAHAHA!" gelak ketawa mereka terhenti apabila seseorang menyergah dari arah hadapan.

" Keluar kelas sekarang! "

Mereka bersepuluh segera berlari keluar dari kelas sepantas kilat apabila disergah oleh Guru disiplin sekolah." Potong daunlah cikgu ni." Rungut Qimi sambil mencebik.

" Tu lah."

Mereka bertujuh masuk ke dalam kawasan kantin dengan muka poyo dan tanpa senyuman. Pelbagai gaya mereka buat supaya dapat menarik perhatian zombi yang berada dikantin itu.

" Poyonya korang ni."

" Apa? Kita mesti Cool girls! "

" Ni sakai namanya." Mereka bertiga terus berjalan melepasi mereka bertujuh. Fahrin memperbetulkan rambutnya." Hensem tak? "

" Langsung tak."

○●○

Setelah mendapat tempat, Khai, Nurin dan Tira segera duduk disuatu meja yang agak tersorok dan terperinci. Iaitu dibawah pokok rendah. Kenapa pokok rendah? Dah ketinggiannya pon rendah nak buat macam mana.

" Ha, aman sikit duduk sini."

" Betul-betul-betul."

Mereka bertiga memandang ke arah gerangan suara itu sebelum mula terjerit." M-macam mana kau tahu kitorang dekat sini? Sebab setahu aku tempat ni tempat larangan."

" We are bad boy."

" I am a good boy." Faris dan Qimi segera menari lagu 'Good boy' by Taeyang and G-Dragon.

" Aww, aku rindu lagu tu." Ujar Tira sambil tersenyum-senyum. Khai memandang Tira pelik." Lagu apa tu? Lagu English ke? " soal Khai. Tira menutup mulutnya lalu menggeleng.

" Tak ada apa."

" Khai, kau seriuslah tak minat Kpop langsung? " soal Fahrin yang berada disebelah Khai. Khai menggeleng malas." Kenapa kau tak minat? "

" Aku tak sukalah, sebab lelaki dengan perempuan sama je, pakai make up then pakai baju ketat macam tak cukup kain. Aku tak suka tengok benda-benda macam tu." Ujar Khai.

" Kalau macam tu minatlah Boy band? Diorang tak seksi.. kan? " Adam menyoal sambil memandang keenam rakan-rakannya.

" Kan aku dah cakap tadi. Diorang pakai make-up pastu tindik telinga. Sudah tu pulak pakai rantai, gelang dan subang." Mereka semua terdiam.

" Banyak point lah bila kau bercakap. Bila dah besar kau nak jadi apa eh Khai? " soal Faris sambil menongkat dagu memandang ke arah Khai.

" Dia nak jadi Peguam."

" Huh? Macam mana kau tahu? " soal Nazrin sambil memandang ke arah Fahrin. Fahrin mengangkat sebelah alisnya sambil memandang Nazrin.

" Aku main teka je. Sebab dia banyak point kot bila bercakap. Takkan dia nak jadi pilot pulak en? " Fahrin menggulingkan biji matanya.

" Betul tak Khai? " soal Fahrin.

Khai terkedu melihat wajah tidak berperasaan Fahrin memandang ke arahnya. Tanpa dia sedar dia mengungkapkan ayat yang mampu membuatkannya malu 7 keturunan.

" Hen-hensemnya kau, Fahrin."

[C]My Boy Is Kpopers✔Where stories live. Discover now