Khai memandu keretanya sambil otaknya ligat berfikir apakah perkara yang sedang disorokkan oleh Tira dan Nurin. Sekali sekala kereta BMW milik Airil itu hampir terbabas kerana Khai masih lagi termenung.
" Khai, kalau sekali lagi kita hampir nak terbabas aku terus ambil alih kereta ni." Ugut Tira sambil membuat muka creepy. Khai menggeleng.
' Focus on the road, Khai! '
Nurin yang berada disebelah Khai mula berasa risau akan perubahan Khai sejak pulang dari mall tadi. Nurin memandang Tira bagi memberikan isyarat mata ke arahnya.
Tetapi malangnya Tira langsung tidak memahami isyarat mata yang baru dibuat oleh Nurin dan akhirnya dia bersuara keras.
" Cakap jelah Nurin aku langsung tak faham apa yang kau buat tu." Ujar Tira selamba. Nurin menampar dahinya kuat sebelum mula memandang ke arah Tira dengan pandangan menyampah.
" Korang ada sorokkan sesuatu daripada aku ke? Kenapa sejak kebelakangan ni korang macam--" kata-kata Khai dipotong oleh Nurin.
" Hello? Oh, Mama. Aww thank you mom! Huh? Nak keluar dinner? Malam ni? Okay. Pukul berapa? 8 malam? Okay Mama. Ha, okay. Wa'alaikumsalam." Nurin tersenyum manis sambil menutup telefonnya.
" Wow, ajaib telefon kau ni."
Nurin tersentak.
" Nurin, lakonan kau ni tak menjadilah." Bisik Tira sambil menggelengkan kepalanya. Tira dan Nurin kemudiannya memandang ke arah Khai.
" fikir lawak ah? "
●○●
Fahrin berjalan perlahan ke sekeliling Mall untuk mencari keenam-enam rakan selapar sekenyangnya. Setelah beberapa minit pencarian akhirnya dia menjumpai mereka berenam sedang bermain ditempat kanak-kanak bermain.
" Ya Allah! Member siapalah tu?! " Fahrin memusingkan badannya untuk berlalu dari situ tetapi belum selangkah. Namanya sudah diseru.
"Fahrin!! Jom ah lepak sini! Best doh!!" Jerit Qimi sambil melompat-lompat. Fahrin menggelengkan kepalanya dan terus berlalu dari situ.
" Fahrin tinggalkan kita? Ish! Tak boleh jadi ni! Woi, korang jom gerak!!" Jerit Danial sebelum mula keluar dari kotak permainan itu.
" Okay! "
Mereka berenam segera keluar dari taman kecil itu dan terus berlari menuju ke arah Fahrin. Larian dilajukan apabila mendapati Fahrin mula mengorak langkah dengan sepantas kilatnya.
" Fahrin!! "
" Ahh!! Korang ni siapa?! "
" Ah, kau jangan berpura-puralah! "
" Mana ada!! "
Larian masih diteruskan. Kesemua pengunjung yang berada disitu mula memandang pelik ke arah ketujuh-tujuh jejaka kacak yang sedang bermain kejar-kejar seperti bermain running man.
" Dahlah Fahrin janganlah lari lagi penat tahu tak aku nak kejar? " Rizqi mula mengeluh dan duduk dibangku yang berdekatan. Mereka berenam sudah mula terbaring lemah manakala Fahrin masih lagi meneruskan lariannya.
"Aduh, stamina korang ni lemahlah. Baru lari sikit dah penat tengok aku ni." Fahrin kemudiannya menunjukkan otot lengannya dengan muka riak. Mereka berenam mula membuat muka menyampah.
" Berlagak, tapi takut lipas."
" HAHAHAHA! "
●○●
" Betul Khai! Kitorang tak berahsia apa-apa dengan kau! Percayalah! Jangan lah macam ni Khai!! " rayu Nurin sambil menggenggam kedua belah tangannya.
" Yelah, aku percaya tapi hanya 1 peratus je." Nurin dan Tira tersengih suka dan terus masuk ke dalam kereta semula. Ya, mereka dihalau dan diugut dalam tengah hujan. Khai memandang mereka berdua lama.
" Betul ni korang tak berahsia dengan aku? " Khai bertanya untuk ke sepuluh kalinya sebelum mula berangkat menuju ke rumah Nurin. Nurin mengangguk manakala Tira sudah terbaring lemah dibelakang.
" Kalau Ibu Tira tanya kenapa dia lencun jangan tuduh aku tau, Nurin? " Khai tiba-tiba bersuara cuak apabila melihat Tira sedang terbongkang di seat penumpang bahagian belakang.
" Baik! Tapi kau jangan tanya lagi soalan kau tu! Aku bagi amaran ni! " Khai mengangguk sambil mengangkat sebelah tangannya seperti bersumpah.
" By the way, aku nak tanya. Kau pergi ke majlis tu nanti? " Khai mengangkat bahu sambil bibirnya dimuncungkan. Nurin mendengus geram.
" Datanglah weh! Datanglah! Majlis tu lagi 4 bulan je...takkan kau tak nak datang? Kau dah janji ngan aku yang kau nak ikut sekali erm.." pujuk Nurin. Khai mula termenung semula.
"Tapi, aku tak ada pasanganlah. Kau nak suruh Fahrin jadi pasangan aku? Kau tengok sendiri macam mana dia layan aku, kan? Kasar je.." ujar Khai dengan muka tidak puas hati.
" Kau nak tahu satu fakta tak? "
" Apa dia? "
" Lelaki ni kalau dia suka kat sorang perempuan tu, dia akan layan perempuan tu dengan kasar. Nak tahu tak sebab apa? "
" Sebab apa? "
" Sebab dia nak hilangkan perasaan suka, sayang, cinta dia dekat sorang perempuan tu." Nurin tersenyum.
" Mengarut."
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...