" Dah tak payah nak drama sangat cepat siap cepat lah kita balik rumah aku dah tak sabar nak dating dengan katil ni " Khai terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
" Aku nak dating dengan jamban !! " keadaan menjadi sunyi seketika sebelum Nurin mula berdehem.
" Ok teruskan kerja ya? Abaikan suara katak tadi " Nazrin mencebik geram apabila diperlakukan sebegitu rupa. Maka mereka pon menyelesaikan denda mereka dengan aman damai.
" Ok kerja aku dah siap !! So sekarang aku nak pergi rehat sekejap " Khai mengambil kerusi di bahagian paling belakang lalu duduk disitu dengan nafas turun naik.
" Penat~~ "
" Baru buat sikit dah penat? " Sindir Fahrin yang sedang mengelap meja dihadapan Khai. Khai tersentak lantas memandang ke arah Fahrin.
" Kau tak boleh lap dekat meja lain dulu ke? Semak aku tengok muka kau dekat sini " Khai menggulingkan biji matanya menyampah.
" Hey, kalau aku tak lap kat sini bila kerja aku nak siap? Dan kau mungkin boleh fikir kot kenapa aku lap dekat sini? " Fahrin memasang muka pokernya.
" Tak aku tak boleh berfikir bila kau ada dekat depan mata aku !! Kalau boleh aku nak je cungkil mata kau guna sudu !! " balas Khai dengan muka menahan geram.
" Eh? Kenapa? Kau dah tersyok dekat aku ke sampai tak boleh berfikir? HAHAHA perempuan memang senang nak jatuh cinta dengan lelaki hensem macam aku ni " balas Fahrun dengan nada riak.
" Perempuan bodoh je yang boleh tersyok dekat lelaki macam kau ni " balas Khai berupa perlian. Fahrin memegang dadanya berpura-pura sentap.
" Sorry bro aku tak cepat sentap " Fahrin tersenyum sinis dihujung ayatnya. Khai memandang Fahrin dengan senyuman.
" Petanda hati kau sudah hitam "
Kalini Fahrin betul-betul tersentap dan dia hanya mampu mendiamkan diri selepas itu. Khai tersenyum kemenangan melihat jejaka di hadapannya itu tunduk.
" Heh tak ada lah susah sangat nak tundukkan playboy ni " Khai tersenyum sinis lalu bangun dari kedudukan dan berjalan ke arah Nurin yang sedang mengelap tingkap.
" Hah Khai, kau dah siapkan tugas kau ke belum? Kalau belum kau jangan nak ajak aku gosip atau perkara yang berkaitan " sergahan Nurin membuatkan gadis bernama Khai itu membuat muka poker.
" Kau tak boleh tanya dulu ke? Main redah je kerja kau " Nurin yang tahu dirinya salah segera tersengih lalu meminta maaf.
" Sorry, Btw kau dah siapkan ke kerja kau? " Khai mengangguk perlahan lalu duduk di kerusi yang berhampiran dengan tingkap.
" Nurin, aku bosan "
" Sabarlah dulu kalau kau bosan sangat hah kau nampak budak pendek tu? Hah pi kacau dia " Nurin menjuihkan bibirnya ke arah Tira yang sedang menyusun meja.
Khai menggeleng. " Tak naklah, aku tengok dia tu fokus sangat sampai sanggup guna pembaris nak samakan meja depan dengan belakang " Nurin tergelak kecil mendengar dengusan milik Khai.
" Kalau macam tu pergi gaduh dengan Fahrin sana kalau tak nak juga kau pusing-pusing satu kelas ni macam juri untuk kelas tercantik " Khai yang terdengar nama Fahrin di sebut cepat-cepat mengerutkan dahi.
" Fahrin? Siapa Fahrin? "
" Mamat kpop tu lerr "
" Hah?! Nama dia Fahrin? "
" Yelah, kenapa? "
" Nama sedap tapi minat Kpop " Khai menggulingkan biji matanya menyampah. Geli hatinya apabila bercerita tentang Kpop.
" Apalah yang kau bencikan sangat kpop tu Khai oi " soal Nurin sambil matanya fokus pada kerjanya yang sedikit tergendala.
" Tak suka Fake !! Lelaki ke perempuan ke dua-dua pakai make-up eiyy muka dah cantik hensem tapi..pakai make-up? Ergh.." Khai meluahkan isi hatinya.
" Alaa...biasalah tu diorang bukannya islam pon kan? "
" Tapi disebabkan diorang lah orang Malaysia ni jadi macam diorang tahu tak? Dah tahu islam pakai baju ketat alasan? Nak jadi hiphop, nak jadi hipster dan benda alah ni datang dari mana? KPOPLAH!! " Khai menjerit dihujung ayatnya.
" Wooo wooo wooo relax sis jangan marah-marah ok ok kita ubah topik ya? Jangan cerita pasal kpop tak guna ni, okey? " Khai menarik dan menghembuskan nafasnya lalu mengangguk.
" Haih sabar jelah "
" Jangan marah, Bosskur "
" Kan best kalau orang yang minat kpop ni bertukar jadi orang yang minat islam " Khai mengeluh kecil. Teringatkan tentang kpop yang telah menghancurkan generasi islam.
" InsyaAllah benda itu akan jadi "
" Amin~~ " Tira tiba-tiba mencelah dari arah belakang. " Oh..gosip tak ajak eh? Sampai terjerit-jerit bagai ni pahal? Nak terberanak ke? HAHAHA "maka dengan itu perut Tira dicubit kuat oleh Khai.
" Awww sakit !! "
" Gatal lagi "
" Gatal dengan U je HAHAHA "
" Serai detected "
TBC
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...