" Okey lah korang aku nak kena balik ni lagi pon dah nak dekat sejam aku tak balik-balik " Khai bangun dari kedudukan lalu berjalan ke arah belakang bangunan company milik Papanya.
Maka terkeluar lah kereta sorong...ceyh tak ada lah maka terpancarlah kereta syarikat Papanya keluar dari belakang bangunan. (Gambar diatas)
" Wow kayanya dia!! " kata Rizqi dengan nada yang agak teruja. Fahrin memandang kereta yang dipandu Khai dengan tatapan menyampah.
" Pendek lagi ada hati nak bawak kereta " hampir tersembur air yang diminum Rizqi apabila terdengar ayat yang terkeluar dari mukut Fahrin.
" Biarlah dia kau pulak kenapa? " soal Danial sambil memandang Fahrin tajam. Fahrin membalas pandangan itu dan terus memanggil pelayan untuk mengira kos makanan yang telah mereka makan.
" Tak apa tak payah bayar makanan kamu sudah di bayar " dahi ketujuh-tujuh mereka berkerut mendengar jawapan dari mulut pelayan itu.
" Siapa yang bayar? "
" Tak silap Khai, namanya "
" Yang silapnya? "
"......"
" Oh..tak apa lah terima kasih "
Fahrin memandang keenam-enam kawannya itu dan terus mengeluh kecil. Perasaan bersalah mula muncul di dalam hati kecilnya.
" It's more better kalau kau pergi ucap terima kasih dekat dia, Fahrin " Fahrin memandang ke arah Nazrin yang telah memberikan cadangan yang agak bernas tetapi menyakitkan hati bagi Fahrin.
" Tapi..kenapa aku pulak? " Fahrin menyoal dengan nada tidak puas hati. Nazrin memandang Fahrin dengan tatapan membunuh dan akhirnya Fahrin mengalah dan terus menyetujui rancangan mereka bertujuh.
" Ok, fine "
●●●
" Rasanya diorang dah balik ke tak? Ahh biarlah kisah pulak aku " Khai terus memandu ke destinasi yang ingin ditujuinya. Setelah sampai dirumahnya Khai terus melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah milik bapanya.
" Assalamualaikum!! Ummi!! Ooo Ummi!! " Khai menjerit dari pintu hadapan dengan suara yang sangat lantang. Pembantu rumah atau lebih dikenali sebagai Ummi menghampiri Khai.
" Iye sayang nak apa? " soal Ummi dengan nada tergesa-gesa. Khai terus memeluk Pembantu rumah yang telah di anggap sebagai ibu kandungnya sendiri.
" Rindu, Ummi "
" Baru berapa jam dah rindu? " Ummi tergelak kecil melihat riak wajah Khai yang telah berubah. Khai kini menjadi seorang gadis yang matang dan manja tidak seperti dahulu yang comot lagikan nakal.
" Yindu angat-angat " Khai memeluk wanita tua itu dengan kuat dan menyebabkan wanita tua itu sedikit lemas.
" Opss Sorry, Ummi "
" Huuhuu "
" Btw, mana Mama? "
" Mama kamu dah pergi Australia katanya ada masalah dekat syarikat Pak cik kamu tu " Khai hanya mampu menunduk lalu mengangguk.
" Ada Ibu tapi rasa macam anak yatim " Khai berasa sedikit kesal dengan Mamanya yang selalu busy dengan kerja sampaikan lupa tentang dirinya.
" Jangan cakap macam tu tak baik, Mama pergi sana untuk selesaikan urusan kerja bukam untuk saja-saja " Ummi cuba untuk memujuk. Khai mengeluh. Dipandangnya wanita separuh abad itu dengan muka sayu.
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...