5 Tahun Kemudian.
" Mama!! " jerit seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun itu kepada Mamanya yang sedang duduk sambil menikmati angin sempoi-sempoi bahasa ditepi laut.
" Iye, sayang."
" Mama, mana Papa dengan adik? " soal kanak-kanak itu sambil memandang sekeliling. Khai juga membuat perkara yang sama.
" Ha, tu Papa."
Kanak-kanak kecil itu menoleh." Papa!! " kanak-kanak itu kemudiannya berlari untuk mendapatkan Papanya yang sedang mendukung adik kembar lelakinya.
" Farhana Ladasyia." Panggil Fahrin sambil menundukkan dirinya bagi menyama ratakan dirinya dengan anak perempuan kembarnya itu.
" Farhan Iskandar, pergi main dengan kakak sana." Farhan mencebik lalu menuruni badan papanya. Hana terus menarik tangan adiknya lalu berlari sambil bergelak ketawa dipantai itu.
Fahrin mengambil kesempatan dengan berjalan menuju ke arah Khai." Khairun!! " jerit Fahrin. Khai hampir terlatah hebat apabila diperlakukan sebegitu rupa.
" Ish, dia ni." Marah Khai.
" Khai, Kita nak bagi nama anak kita yang ni apa, eh? Yelah, nama si kembar tu huruf F sama macam Papa dia. Kalau yang ni pulak K nak? " soal Fahrin memberi cadangan sambil mengusap perut buncit Khai.
" Entahlah nak."
" Kalau perempuan namakan dia Kamilya. Kalau lelaki kita panggil Kamil. Kalau kembar kita bagi nama dua-dua tu kat diorang itu pun kalau tak seiraslah." Khai mengeleng.
" Taknak kembar, taknak kembar." Khai menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memegang perutnya. Fahrin menghemburkan gelak ketawanya sambil melihat ke arah Khai yang sedang cuak.
" Ish, Hana Farhan. Jangan main jauh-jauh. Sini cepat." Hana yang terdengar Mamanya memanggil segera menyahut tetapi bukan Farhan. Farhan hanya buat tak tahu sahaja sehinggalah Hana menariknya.
" Tengok, Farhan tu betul-betul ikut perangai Papa dia. Degil." Perli Khai.
" Tengok, Hana tu perangai dia betul-betul ikut Mama dia. Garang, macam singa. Aum.." perli Fahrin sambil membuat bunyi singa mengaum.
" Ish, tendang kang."
" Aip, perut tu." Marah Fahrin.
" Bluerkk."
Tiba-tiba seseorang menegur mereka dari arah belakang." Ha, gaduh-gaduh jangan tak gaduh." Qimi mula menganjing lalu duduk disebelah Fahrin.
" Eleh, jeleslah tu.."
Khai memukul lengan Fahrin sambil menggelengkan kepalanya." Tak baiklah! " marah Khai perlahan. Qimi tergelak kecil.
" It's okay, Khai. Aku dah boleh move on dengan arwah. Cuma aku tak boleh terima orang lain dalam hidup aku." Mereka berdua hanya mengangguk. Tidak lama selepas itu yang lain pula datang.
" Azrien!! Jangan main benda tu!! " suara seseorang yang agak dikenali oleh mereka mula kedengaran. Khai menoleh ke belakang dan terlihat Nurin sedang memarahi anaknya yang mahu bermain dengan kayu.
" Alaa, Mama ni. Itu bukannya kotor pun." Budak kecil tembam itu membuat muka merajuk sambil berjalan menuju ke arah kawan-kawan Papa dan Mamanya.
" Aunty Khai.."
" Hai, Bambam."
Budak tembam bernama Azrien itu hanya tersengih-sengih menampakkan beberapa batang giginya yang putih dan tersusun cantik.
" Hm..kau layankan dia Khai. Aku dah penat nak layan budak ni." Nurin terus duduk diatas pasir bersebelahan dengan Khai. Khai menoleh ke balakang.
" Suami kau mana? "
" Entah, tak tahu."
Khai mengangkat sebelah keningnya lalu tergelak kecil." Gaduh, eh? " soal Khai sambil menyiku-nyiku lengan Nurin. Nurin menolak.
" Eleh, sejak bila jadi gedik? "
" Sejak aku mengandung anak nombor 2? " Nurin bernada sedikit memerli sambil mengangkat sebelah alisnya. Khai menggeleng.
" Manja."
Tepat pada masanya, Nazrin tiba disebelah Nurin sambil membawa satu kotak yang mereka tahu berisi aiskrim. Mata mereka terbutang.
" What the ikan? Ni kau nak buat apa dengan banyak-banyak aiskrim ni? " soal Fahrin sambil melihat ke arah kotak yang dibawa oleh Nazrin. Nazrin menjuihkan bibirnya ke arah Nurin.
Khai melihat ke arah anak-anaknya yang sedang menelan air liur." Aunty! Hana nak syatu! " Nurin menoleh ke arah Hana lalu tersenyum. Dia mengambil sebatang aiskrim lalu dihulurkan ke arah Hana dan Farhan.
" Yang lain nak? " soal Nurin.
Anak-anak kepada Adam, Daniel dan Faris mengangguk sambil menghulurkan tangan mereka. Sengihan tanpa gigi dihalakan ke arah Nurin. Comel jerr.
Mereka semua menikmati aiskrim mereka sehinggalah terbenamnya matahari." Tantiknya.." puji mereka dalam keadaan pelat.
" Hm.."
Mereka hanya tersenyum sambil terkenangkan sahabat mereka yang telah genap 6 tahun pemergiannya.
" Dah, jom masuk bilik."
Fahrin bangun dari kedudukannya lalu membantu Khai untuk berdiri. Setelah itu, mereka terus berjalan sambil bergelak ketawa masuk ke dalam hotel mereka.
" Bye, korang."
Mereka akhirnya berpisah dan masuk ke dalam bilik masing-masing.
Malam itu mereka semua tidak daoat tidur kenana bunyi hujan dan guruh yang tidak henti-henti menghentam bumi. Tiba-tiba..
PLAK!
" Mama!! Gelap!! " jerit Hana dan Farhan serentak lalu berlari menuju ke arah katil Mama dan Papanya. Badan Khai dipeluknya erat.
" Jangan panik." Pesan Fahrin.
" Biar Papa keluar kejap. Jangan buat apa-apa." Fahrin mencari telefon bimbitnya yang berada diatas katil. Setelah menjumpainya, dia mula mencari button 'Flashlight' dan menekannya. Cahaya terang mula mengusai bilik.
" Fahrin, nak ikut? "
Fahrin memandang Khai serta anak-anaknya dengan pandangan yang kekok." Erm..Haih, yelah." Fahrin seperti sudah tidak boleh menyebut 'No' kepada Khai pada ketika ini.
Mereka berempat keluar dari bilik sambil berpegangan tangan. Tiba-tiba, seseorang menjarit membuatkan mereka menoleh ke arah belakang.
" Azrien diculik! " jerit Nurin.
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...