32⚘

59 3 0
                                    

1 tahun kemudian.

Khai bangun dari pembaringan dan menoleh ke arah sisinya. Terlihat begitu jelas Fahrin sedang tertidur sambil berdengkur kecil.

Khai tergamam.

" AGHHH!! " jeritan Khai membuatkan dirinya terjatuh dari katil dan juga menyebabkan Fahrin tersedar daripada tidurnya.

" Apahal kau ni, Khai? " soal Fahrin sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Otak Khai mula berfikir secara logik semula.

" Dah masuk 364 hari dah kau terkejut bila pandang aku waktu pagi Khai. Terharu aku dengar kau punya jeritan setiap pagi. Bak kata orang melayu, sajian pagi."

Fahrin menggulingkan biji matanya menyampah lalu memandang ke arah Khai." S-sorry.." Khai tersengih.

" Wait, Khai! Kau okay tak kat bawah tu?! Macam mana dengan baby kita nanti?! " Khai hampir-hampir terlupa tentang kandungannya yang telah mencecah 7 bulan itu.

" Opss, sorry.."

Khai terus berdiri sambil memegang palang yang telah dibuatkan oleh Fahrin bagi memudahkan urusannya untuk berdiri dan berjalan.

" By the way, Fahrin. Thanks for everything. I love you so much." Khai tersenyum lalu berjalan menuju ke arah bilik air. Fahrin tersenyum.

" I love you more."

Fahrin tersenyum lalu menoleh ke arah jam yang terletak didinding. Fahrin terus menutup matanya perlahan-lahan untuk sambung tidur apabila jarum jam masih menunjukkan pukul 5.15 am.

" Fahrin, bangun."

Khai memanggil nama Fharin sambil mencekak pinggangnya yang sudah memboyot." Five minute, please." Fharin masih lagi menutup matanya.

" Neraka..." bisik Khai.

Mata Fahrin terus membulat. Dia terus bangkit dari pembaringan dan terus berlari masuk ke dalam bilik air tetapi sebelum itu, sempat juga dia mencium pipi Khai sebelum berlari masuk ke dalam bilik air.

Khai memegang pipinya yang sudah memerah." Suka betul dia buat aku macam tomato." Marah Khai lalu membentangkan sejadah ke atas lantai. Sambil-sambil menunggu bakal imamnya datang dia berselawat sambil mengusap perutnya itu.

" Anak Mama, nanti bila dah besar Mama nak anak Mama ni jadi anak yang soleh dan solehah. Mama tak nak anak Mama jadi jahat tau? "

"--tapi kalau jadi nakal macam Papa takpe, sebab lelaki yang nakal ni semestinya hensem.." terkedu Khai dibuatnya apabila Fahrin tiba-tiba menyampuk.

" Kalau perempuan macam mana? Takkanlah nak jadi hensem macam Papa dia pulak? " soal Khai sambil tersenyum sinis ke arah Fahrin.

" Harap-harap dapat kembar laki perempuan." Fahrin berkata dengan nada selamba sambil mengusap perut buncit Khai itu. Khai terkedu.

" A-anak kembar? "

*****

" Khai? Kau sure yang kau boleh duduk dekat rumah ni sorang? " soal Fahrin sambil memandang Khai yang sedang memperbetulkan tali lehernya.

" Iye, kau jangan risaulah. Pandailah aku jaga diri aku nanti." Khai tersenyum manis ke arah Fahrin. Fahrin masih lagi memandang Khai dengan pandangan ragu-ragu.

" Okaylah, kalau ada apa-apa call aku." Pesan Fahrin sambil menghulurkan tangannya ke arah Khai. Khai terus menyalami tangan suaminya itu.

" Okay, hati-hati."

Semasa didalam kereta Fahrin berasa tidak sedap hati akan keadaan isterinya. Dia terus mendial nombor Nurin dan Tira bagi melihat keadaan Khai dirumah.

Sementara itu, Khai duduk dirumah sambil memandang sekeliling." Fahrin pernah pesan. Jangan buat kerja berat tapi..rumah ni macam dah kotor sangat je." Khai mengomel seorang diri sambil memandang sekeliling.

" Baik, aku akan kemas! "

Khai berjalan menuju ke arah stor rumah dan mula mengambil peralatam untuk membersihkan rumah. Sedang dia leka mengemas, tanpa dia sedar yang terdapat air yang telah tumpah diatas lantai akibat percikan air ikan yang berada diaquarium.

BEDEBUK!

Khai jatuh tersungkur diatas lantai. Sambil menahan perit dicelah kangkangnya dia menjerit meminta tolong. Darah mula mengalir dengan deras tidak henti-henti.

Tepat pada masanya seseorang menyergah masuk ke dalam rumah Khai." BangKhai! Kitorang datang nka--KHAI!! " jerit Tira dan berlari menuju ke arah Khai yang terbaring lemah diatas lantai.

" Qimi! Cepat call ambulans!"

Tanpa berlengah Qimi terus mendial nombor kecemasan." Ah! Tak payahlah ambulans lambat! Takpe, biar Qimi je yang hantar Khai ke hospital." Qimi terus mendukung Khai dengan sepenuh tenaganya.

" F-Fahrin.."

" Wait, aku call Fahrin." Tira masuk ke dalam kereta dan terus mendial nombor Fahrin. Setelah panggilan disambungkan Tira segera menjerit.

Atiramitsu
Fahrin!!

FahrinBongok.
Hm? Nak apa?

Atiramitsu
Khai! Dia--

FahrinBongok.
Kenapa dengan Khai?!

Atiramitsu
Nanti aku cakap tapi seriously kau kena pergi kat-- nanti aku send location!

FahrinBongok.
Okay.

Aplikasi whatsApp ditekan, tepat pada masanya message mula masuk bertalu-talu daripada Tira.

" Ini, hospital.."

Hati Fahrin mula tak sedap. Dia terus berjalan keluar dari studionya dan mula berjalan menuju ke arah keretanya. Fahrin terus memandu dengan laju menuju ke arah location yang telah diberikan oleh Tira.

" Ya Allah, apa dah jadi.."

Setibanya dihospital, Fahrin terus berlari menuju ke kaunter yang berdekatan. Setelah mengucapkan terima kasih dia terus menekan-nekan button lif sehingga jahanam.

Tanpa berlengah dia terus berlari menuju ke tangga dan naik ke tingkat 5 dimana wad Khai berada. Kelihatan Qimi dan Tira sedang menunggu sambil memaparkan muka pasrah.

Untuk pertama kalinya, Fahrin melihat Tira tidak tersenyum ataupun melakukan perkara gila seperti memanjat kerusi hospital.

" Fahrin.."

Qimi terus memeluk Fahrin. Fahrin yang tidak tahu apa-apa hanya diam sambil menunggu jawapan daripada Tira dan Qimi. Jantung Fahrin tidak henti-henti berdegup kencang.

" Khai.."

" Khai apa, Tira? "

" D-dia keguguran."

[C]My Boy Is Kpopers✔Where stories live. Discover now