" A..aku tak faham, maksud kau pernah alami? " Qimi memandang Khai tidak percaya. Khai memandang mereka bertujuh dengan perasan bercampur baur.
" Ye, aku pernah alami benda tu maksud aku Papa aku pernah alami benda ni " Khai membuat muka sempoi berpura-pura tenang.
" Kau serius lah? Aku tak percaya " Khai mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Qimi memandang sekeliling sebelum mula mengibas mukanya.
" Kau okey tak? " soal Khai prihatin.
" Tak, kenapa kat Malaysia ni pa--" belum sempat Qimi mahu menghabiskan ayatnya tiba-tiba mulutnya ditutup oleh Nazrin yang berada di sebelahnya.
" Nak minum!! Hah tak ada apa lah Khai HAHAHA " Khai mengecilkan matanya memandang ke arah mereka berdua. Macam pelik je.
" Okey.." balas Khai lalu berjalan ke kaunter untuk mengorder makanan buat Papanya. Rizqi memandang tajam ke arah Qimi.
" Kalau kantoi tadi macam mana?! " soal Rizqi dengan nada garangnya. Fahrin hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat mereka.
" Hah, btw korang datang sini buat apa? Nak beli makanan ke? " soal Khai secara mengejut. Mereka bertujuh terdiam sekejap sebelum mula mengangguk.
" Pergi lah order " Khai duduk semula di kerusinya yang berada disebelah Fahrin. Fahrin membuat isyarat kepada Rizqi dan Qimi untuk pergi mengorder manakala yang lain hanya duduk diam di meja.
" Korang...tinggal serumah ke? " soal Khai secara tiba-tiba. Soalan Khai di balas dengan anggukan mereka berlima.
" Kenapa korang tak macam Qimi? Kalau Qimi dia banyak cakap tapi korang pendiam ceyh patutlah kawan aku pon tergoda " Khai memperlahan nada suara di hujung ayatnya.
" Mwo?! "
" Hah? Apa yang korang cakap tadi? Ya Allah ni mesti angkara Kpop kan? Ish ish ish aku dah kata kpop ni tak elok korang tak percaya " Khai membebel seorang diri sambil di dengari mereka berlima.
" Bila kau cakap? "
" Lah? Aku tak cakap ke? Eh? Opss lupa itu orang lain bukan korang hehehe sorry sorry " Tiba-tiba mereka berlima berdiri dan menari.
" Sorry Sorry Sorry Sorry " Mata Khai terbeliak. " Pahal korang ni? Tak betul? " Soal Khai sambil menahan malu. Mereka berlima terus duduk di tempat masing-masing.
" Anyways, Khai jom jadi kawan? "
" Tiberr !! "
" Alaa, Khai jadi kawan je bukan jadi pasangan hidup pon " Qimi mencebik dan itu membuatkan dia terlihat cute di situ. Khai menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Khai!! " Khai menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia tersenyum sendiri dan menghampiri kaunter pembayaran untuk membuat bayaran.
" Kak, saya bayarkan untuk makanan yang diorang tu order, ya? " Khai menghulurkan sejumlah wang kepada kakak penjaga kaunter itu. Wanita separuh abad itu mengangguk.
" Bye, see you later " Khai terus berlari masuk ke dalam syarikat Papanya dan terus masuk ke pejabat Papanya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
" Papa !! "
" Ya Allah, kamu ni kenapa?! "
" Kat sini ada kerja kosong, kan? " tanpa rasa bersalah Khai duduk di kerusi yang di sediakan lalu bertanya. Encik Khairul memandang anak perempuan kesayangannya itu.
" Ada, tapi bahagian dapur lah kenapa? Nak kerja ke? " soal Encik Khairul lagi. Khai menggeleng dengan laju.
" Tak, tadi Adik jumpa sorang pak cik ni kesian dia Papa dia ada anak 5 orang tapi semua kecil lagi pastu isteri dia kat hospital then adik tegur lah dia dan adik cakap Papa akan tanggung semua kos rawatan hospital erm...boleh kan, Papa? " Encik Khairul tersenyum manis lalu meluku kepala anaknya itu.
" Niat kamu tu dah baik tapi kalau ye pon cerita lah dekat Papa dulu ni tak main hentam je Grr..." Khai tersengih sambil memegang kepalanya yang sedikit berdenyut.
" Boleh ya, Pa? " Encik Khairul mengangguk lalu matanya fokus pada laptopnya kembali. Khai menjerit dengan riang dia terus mencium pipi Papanya dan merampas kunci kereta pejabat.
" Bye, Pa " Encik Khairul hanya mampu pasrah melihat telatah anaknya yang kadang menyakitkan hatinya sendiri tetapi lama kelamaan dia tersenyum sendiri.
●●●
" Nah, ni pesanan kamu semua " setelah makanan tiba. Mereka bertujuh makan dengan lahapnya tanpa mengendahkan muka mereka yang ke'comot'an(?)
" Ish ish ish ni manusia ke binatang ni? " soal Khai secara tiba-tiba. Hampir tercekik ketujuh jejaka yang berada di hadapannya itu.
Mereka bertujuh terus mengambil cawan yang berisi air lalu diteguknya dengan rakus. Fahrin memandang Khai yang berada disebelahnya dengan tatapan membunuh.
" Kau ni, kalau kitorang mati tadi macam mana?! " soal Fahrin dengan geramnya. Khai meletakkan jarinya di dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
" Mati tanam lah apa susah? "
" Dad jokes "
" Eh, tetahu je HAHAHA "
" Eh, biasa aku kan pandai bukan macam kau bengap " Fahrin tersenyum sinis di hujung ayatnya. Khai menggulingkan biji matanya menyampah.
" Btw, Khai kau ke yang pancitkan tayar kereta Fahrin? " soal Danial dengan nada lembut. Khai menggelengkan kepalanya sambil membuat muka tidak bersalah.
Fahrin mendengus.
" Aku dah cakap perempuan ni tak akan mengaku punya " Khai menjeling Fahrin sekilas sebelum memandang mereka satu per satu.
" So, korang nak tahu siapa yang pancitkan tayar kereta mamat ni? " Khai membuat muka acah creepy lalu memandang mereka dengan senyuman sinis.
" Nak "
" Sebenarnya ada harimau datang sekolah kita lepas tu dia datang dekat kereta mamat ni dan cakar tayar kereta dia . Aku tak sempat nak buat apa aku cuma tengok jelah yang mampu " Khai mereka cerita dengan divanya.
" Berambus lah kau tang mananya harimau? Tang mananya hutan? Dan tang mananya bocor?! Kereta aku pancit bukan kena cakar ke apa!! Kau ni mengarut je kerja!! " Khai hanya mampu tersengih.
" Ok fine aku yang pancitkan "
" Kenapa kau pancitkan?! Ada masalah?! Nak gaduh?! Meh ah!! " Khai memandang ke arah Fahrin yang sedang mengelap mulutnya yang sedikit comot.
" Kau makan sekarang sebelum aku tumbuk kau " Khai membuat penumbuk dan pura-pura mahu menumbuk jejaka di tepinya itu.
" Ok fine aku makan "
" Aku rasa korang ni banyak persamaan " Adam tiba-tiba mencelah setelah sekian lama membisu. Dahi Fahrin dan Khai berkerut.
" Tang mananya sama?! " Khai dan Fahrin berkata hampir serentak dan membuatkan keadaan menjadi senyap sunyi.
" Cara korang pon dah sama " Rizqi berkata perlahan sambil bermain telefon pintarnya. Khai dan Fahrin memandang antara satu sama lain dan membuat muka jijik.
" Eiyuu!! "
BERSAMBUNG
![](https://img.wattpad.com/cover/177362863-288-k562164.jpg)
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomansaKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...