" Huhuhu apa salah aku? Kenapa aku kena denda? Aku cuma menjerit je takkan lah itu pon nak marah? Huhuhu " Semasa Tira sedang ralit melayan perasaan. Tiba-tiba bahunya disentuh.
" Hye, err...kenapa awak duduk dekat luar ni? Kena denda ke? " soal Qimi yang entah tak tahu datang dari arah mana. Tira mengangguk.
" Ni mesti sebab awak lambat masuk kelas lagi , kan? Haih kan saya dah pesan jangan masuk kelas lambat kalau masa Puan Jenah kalau tak memang pupuslah telinga kelas 5U ni " Qimi membebel sambil didengari oleh Tira yang sedang mencebik.
" Saya pergi tandas je "
" Tandas pon boleh lambat? "
" Pastu terjumpa kawan lama so kitorang berborak lah sikit dan tak sangka pulak gorilla ni dah masuk " balas Tira dengan muncungan.
" Kamu panggil saya apa? "
" Pu-puan? Err...hehe"
" Lari dekat padang 10 pusingan !! " arah Puan Jenah dengan nada tegas. Tira meneguk air liur dab tidak lama kemudain dia mendapat idea bernas.
" Aip..cikgu tahu tak kalau denda yang macam tu boleh membuatkan anak murid menjadi semput? Hah Cikgu boleh disaman tau? Haha " balas Tira selamba.
" Semput ke mati ke ada nampak Mami happy? Mami tak nak Tira senyum dah pergi lari sekarang!! " arah Puan Jenah lagi.
" Mengikut seksyen 205 perenggan satu pendakwa bakal dikenakan hukuman teka teki sampai mati hah lebih baik cikgu bertaubat " Tira membuat muka diva.
" Banyak lah seksyen kamu dah cepat lari !! " Tira memandang Puan Jenah tidak puas hati dan mendapat idea nakal kembali.
" Cikgu jangan marah-marah sebab nanti cepat tua dan cikgu akan kerepot kalau dah kerepot Cikgu Seman akan lari Haha " Tira membuat muka bangga.
" Hah? Betul ke? Err...hah takpe kamu boleh masuk kelas sekarang Qimi apa yang awak buat dekat luar ni? Cepat masuk takut demam kena panas " dahi Qimi berkerut.
" Apa kena mengena , Puan? "
" Nak saya campak awak ke bawah tak? Kalau tak nak cepat masuk " arah Puan Jenah lalu masuk ke dalam kelas seperti tiada apa yang pernah berlaku.
Tira duduk ditempatnya. " Pandai kau eh? " Nurin membuat muka poker lalu memandang ke papan putih. Tira mendepakan tangan bangga.
" Tak elok riak lebih baik kau bertaubat " Khai memberikan tazkirah pendek khas untuk otak Tira yang agak lembap lagikan stupid ini.
" Jangan berborak masa saya sedang mengajar ya anak-anak " dengan anda lembut Puan Jenah menasihati anak-anak muridnya.
" Alhamdullillah dah taubat cikgu kita ni " Tira mengAminkan tangannya sambil tersenyum nakal. Khai hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
Khai memandang ke arah meja Fahrin dan mendapati Fahrin juga memandang ke arahnya mereka membuat eyes contact sebelum Tira mula menyelit.
" Maksiat!! "
●●●
" Disebabkan kau lah aku kena denda bersihkan kelas ni tahu tak?! " Khai mengepal penumbuk apabila Tira hanya buat tidak endah dengan bebelannya.
Nurin yang sedang mengelap tingkap memandang ke arah Khai yang sedang memaki kawannya itu. " Sabar jelah weh, budak-budak perlu dilayan kalau tak macam ni lah jadinya " Tira yang mendengar sindiran itu segera menoleh.
" Apa kau kata?! "
" Nothing , kiddo "
" Korang ni kalau tak bising tak boleh eh? Dari tadi memekak je !! " Fahrin yang sedang mengelap meja memandang mereka bertiga tidak puas hati.
" Kau lap meja lap jelah tak payah nak bising biar kitorang bising kau tak payah " balas Khai tanpa menoleh ke arah Fahrin.
" Ada jugak yang makan kasut kejap lagi karang " Fahrin bernada sedikit tidak puas hati.
" Hey, kalau tak disebabkan kau pandang aku semua benda ni takkan jadi lah " kata Khai dengan nada sedikit menengking.
" Kalau kau tak pandang aku jugak benda ni takkan jadi !! " Fahrin membahas dengan penuh kegeraman.
" Kalau aku tak jerit maksiat benda ni takkan jadi !! " keadaan diam sekejap apabila Tira tiba-tiba bersuara. Fahrin dan Khai memandang Tira.
" Semuanya salah kau!! "
" Eh? Tapi kalau korang tak buat maksiat semua benda ni takkan berlaku " Tira cuba untuk membela dirinya sendiri. Khai dan Fahrin mendengus serentak.
" Ok done rakam "
" What?! "
" Padam video tu cepat!! " arah Khai separuh jerit. Fahrin menutup telinganya yang sedikit berdesing mendengar jeritan milik Khai.
" Jangan lah menjerit!! Kau fikir ni konsert BTS ke?! " soal Fahrin sambil memaparkan muka pokernya.
" BTS? SIAPA TU?! " soal Khai dengan suara yang kuat lebih kuat berbanding tadi. Semakin geram Fahrin dibuatnya.
" BTS PON TAK KENAL?! HAHAHAHA NOOB!! " jerit Fahrin sambil tergelak besar. Khai memandang Fahrin lama.
" Sekurang-kurangnya aku masih kenal apa itu haram dan apa itu halal bukan main redah je " balasan deep daripada Khai membuatkan mereka semua terdiam.
" Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku dosa kedua ibubapaku semoga kami semua ditempatkan ditempat orang yang beriman Amin~ " Tira berdoa sambil diaminkan oleh mereka semua.
" Amin~ "
TBC
YOU ARE READING
[C]My Boy Is Kpopers✔
RomanceKhairunisha-Seorang gadis yang jahil tentang kpop, benci akan Fahrin yang seeing mengganggunya, orang kaya yang sangat rendah diri dan pemurah. Fahrin Wang-Seorang Mamat kpop yang mempunyai rahsia tersendiri, mempunyai 7 orang kawan baik, suka kacau...